Thursday, October 11, 2012

Kenapa mesti berbalah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
11-10-2012



Ya, kenapa mesti berbalah?

Berbalah untuk menang, atau memang EGO menyuruh? 

Bagi aku hanya 5% sahaja kemenangan dari perbalahan yang membawa kebaikan, selebihnya, sangat merumitkan, sangat melemaskan, dan akhirnya menjahanamkan...

Paling malu, bila lelaki mengajak wanita berbalah, lagi lagi atas isu yang sangat remeh, yang sangat ketara memalukan. Emosi setiap manusia, memang sukar dijangka. Hari ini kita melihat orang berbalah, kita menjauh dan cuba beralah. Suatu hari nanti, mungkin kita pula terlibat dalam perbalahan. Malu... 

Aku pun suka juga berbalah, tetapi tanpa niat memalukan teman balah, atau menuding mencari salah. Sekadar berbalah, meningkatkan pemahaman tentang isu yang masih kabur.

Siapa menang bukan soal. Sebab kalu menang pun, ada ke orang nak belanjer makan? atau nak kasi naik pangkat? hehehehehe...! 

Berbaju kurung untuk melepak merasa gebu pasir pantai, bukan salah pun, kan?

apalagi untuk menulis nama sebesar ini...
*Desaru 2010





~...mungkin tersalah musim ketika meninjau di laman Teratak Nyatuh, HISYAM tersipu kerana wajah SERI BULAN yang diharap di sebalik kain tutup tingkap, malangnya Pak Utih tiba-tiba berdehem sehingga terkejut bagai dipanah tahi burung di atas kepala!...~



 




15 comments:

  1. kak azie saya adalah antara insan yang selalu akan angkat bendera putih setiap kali perbalahan nak start.. bila nampak macam nak start jek, saya angkat bendera.. bukan mengaku kalah, tapi awal2 mengalah demi megelakkan berbalah.. huuu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Silakan jawab. Kalah pun takpa. Takda sapa marah.

      Delete
  3. Aina suka berbalah kalau bab2 kerja...kalau bab2 rumah cepat2 mengaku kalah malas nak sakitkan hati lelama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang suka balah bab nak menang kerana ego dan maruah. Konon jaga prinsip la sangat.

      Delete
  4. ooo...nama yang menjadi trademark tu tulis kat desaru...tahun 2010.... :-) hehehe...sesekali berbalah best jugak...ala2 debat peringkat kebangsaan gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Baru tingat sebab baru terjumpa balik gambar tu. Memang tulis kat pantai Desaru dulu.

      Delete
  5. Salam Azie,

    Hanya peguam yang pakar tentang perbalahan, hik3x
    kalau rasa boleh kalah dalam perjuangan, engage peguam yang handal, akan terasa bila sampai bill..masa tu lah kita kalah...hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kalu dapat peguam yang mahal, berbaloi la juga jika menang besar Auntie!

      Delete
  6. kadang tu orang berbalah sebab nak cari pasal nak ber'mesra' kononnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermesra dengan cara yang tersendiri, kan?

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    saya jugak mcm Anaa...org nak start saya gerak tepi. Kalau org nak serang saya pun, saya habaQ kat depa suh cool n x payah balah asal saja tidak libatkan maruahku hu huhu

    cer try tuduh saya buat benda2 yg saya tak buat...boleh tau saya gerak ke tepi ke masuk gelanggang huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani kerana benar. Kalu sudah dituduh benda yang tidak benar ada ketika beralah jauh lebih baik dari berbalah sampai kering tekak.

      Delete
  8. diam bukan bermakna salah..
    mengalah bukan bermakna alah..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails