Monday, October 15, 2012

Semoga Uncle Jason segera sembuh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
15-10-2012


Semalam Ahad, pagi aku bersama beberapa orang kawan pergi ke Pulau Pinang. Melawat kenalan kami (dari komuniti AnakPerlis.com) yang dikhabarkan sakit yang agak membimbangkan.

Lalu program yang sudah dirancangkan beberapa minggu bersama beberapa teman blogger untuk berunding sambil berziarah ke Senawang terpaksa aku lepaskan. Sorii...

Kami tiba kira-kira 3 petang, dan menghabiskan beberapa jam bersama Pakcik JASON (ramai juga yang memanggil beliau Uncle JASON, tapi nama sebenarnya Abd Aziz).

Ditempat di Hospital Besar Pulau Pinang, kerana disahkan mengidap leukemia. Menurut isterinya, seminggu sudah ditempatkan di Hospital Sungai Petani sebelum ditempatkan di Pulau Pinang pula untuk mendapatkan kepakaran dan rawatan lanjut.

Rawatan susulan yang akan dibuat adalah kemoterapi dan menunggu beliau sembuh dari demam. Beliau demam berulangan dan sentiasa berada di bawah pengawasan.


Walaupun dia seorang pesakit, tetapi dia masih juga bergurau dengan kami. Kami kawan-kawan yang hadir menziarah pula mengambil kesempatan ‘reunion’ bertemu beramah mesra bertanya khabar. Hampir semua kawan-kawan yang hadir adalah dari Perlis.

Semoga Uncle Jason segera sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Marilah kita sama-sama mendoakan...



 




16 comments:

  1. Semoga beliau pulih seperti sediakala. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Moga beliau kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan dariNYa.. moga beliau cepat sembuh hendakNYA.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. eloklah awak pergi menizarahi dia .. semoga dia segera pulih.

    kalau nak datang Senawang, bila2 pun boleh .. jangan pukul 3 pagi sudahlah. hehe

    ReplyDelete
  4. INNA LILLAH... ALLAH gives syifa to him INSYALLAH.. semoga dia tabah dan redha dengan apa yang ALLAH beri kan.. ujian ini mungkin ganjaran di akhirat nanti.. kita dua'a agar dia sabar..

    ReplyDelete
  5. assalam azie..semoga en.abd.Aziz akan sembuh semula

    ReplyDelete
  6. Punya sahabt-handai yg prihatin syukurlah... moga dia segera sembuh.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Azie

    saya doakan agar dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. moga uncle jason cepat sembuh seperti sediakala.....

    ReplyDelete
  9. Doa dari kak Zai semoga uncle Jason cepat sembuh,amin.

    ReplyDelete
  10. semoga beliau cepat sembuh..berat jugak penderitaan yg ditanggungnya tu..semoga saudara mara juga tabah n sabar membantu..

    ReplyDelete
  11. Aamiinnn....
    Terimakasih atas doa dan sokongan teman-teman semua. Terimakasih yaaaa

    ReplyDelete
  12. semoga uncle Jason cepat sembuh....

    ReplyDelete
  13. Aina dengar juga cerita pasal uncle Jason tapi tak ada rezeki nak menziarah dia padahal minggu lepas balik kampung sepatutnya boleh le jengok sekejap tapi bila balik menziarah org sakit jugak kat kampung masa amat2 terhad.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails