Wednesday, April 28, 2010

Aku tidak memaksa sesiapa pun memahami entri ini...

Salam takziah buat UNCLE SHAHRIR atas pemergian MAMAnya awal Sabtu lalu. Tapi baru tadi aku terbaca di blognya. Moga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Rasa macam baru sangat kami berbual tentang arwah dan kesihatannya.

Dan berita itu juga yang mendorong aku menelefon BONDA di Penang. (Bukanlah tak penah tefon...) Borak-borak dan aku tersebut juga kisah aku yang akan berhenti kerja. Tak plan pun nak bagitau dia, tapi ntah cemana, aku tersebut juga. Sekadar nak bagitau jer, supaya dia dimaklumkan.

Suara dia sungguh segar bugar. Sedang mengajar mengaji anak-anak murid Taska ACIK. Sempat juga kami bergelak-gelak.

Berita terkini, Rumah BONDA sedang dalam proses pembersihan dan baikpulih. Ntah sudah kali ke berapa. Kali ini upahkan orang saja. Memang Rumah BONDA semakin uzur, sepi dan suram sekali. Semuanya bermula sejak arwah AYAH tiada. Dan kesuraman dan kesepian itu mendadak menyelubungi bila BONDA mengambil keputusan tinggal menetap di Pondok... Dan kini tidak upaya lagi berseorangan di pondok, menetap pula dengan ACIK di Penang.

Lalu, Rumah BONDA kekal atas nama, kekal atas laman nan luas, yang pernah menjadi padang lompatan petang hari, main galah panjang, atau terkinja main bunga api di malam Raya...

Malas nak sebut banyak tentang itu, sudah terlalu banyak aku menyebutnya dalam entri-entri aku terdahulu. Malah sajak tentang Rumah BONDA pun dah tersiar di majalah. Puas hati aku...

Bukan tiada hasrat untuk menetap di situ kembali, tetapi itu keputusan sukar. The last thing I would do...



Yang pasti aku rindu, sentiasa rindu dan akan terus rindu...

Banyak yang aku rindukan. Terlalu. Terlalu...

*Aku tidak memaksa sesiapa pun memahami entri ini.

*Update: Atas permintaan, aku copy sajak tersebut:

Sebuah Rumah BONDA

Melangkah kaki menjejak laman warisan
Seutuh rumah tinggalan yang penuh kenangan
Mencuri pandang ke lorong suram
Mencuri hidu wangi bunga dan rumput
Terimbas berlari dikejar dan mengejar
Mata tiba-tiba terpandang Bonda di pintu
Dalam renungan yang berbeza

Aku yang pulang, tak akan sama dengan sekadar datang
Meski jarang namun tetap ku ulang
Bonda yang enggan bertanya namun matanya
Penuh persoalan
Tak ingin jua aku membuka cerita
Kerana sudah sekian lama
Yang dinanti tidak kunjung tiba

Mungkin Tuhan belum memberi masa
Layar sang teruna belum bertemu jetinya
Terumbang di lautan nusantara
Camar juga kekadang ingin berpaut dek lelah
Mengapa dindaku belum penat menjelajah

Angin, andai bisa bersuara
Sampaikan salam Bonda padanya
Jika memanggil pulang tidak lagi berdaya
Cukup sekadar membawa khabar Bonda masih ada

Entah berapa lama lagi bisa bertahan
Di muka pintu sebuah rumah warisan
Walau ku pasti seorang Bonda tidak pernah bosan
Tetap menanti dan mengharap
Hingga Tuhan tidak lagi mengizinkan.




~...SERI BULAN pernah jatuh basikal di laman hingga parut masih ada di belakang lengan GEBU dan masih ingat bagaimana HISYAM ketawa bergolek-golek walaupun tak sedar dia hanya berseluar pendek, berkaki ayam dengan lastik di tangan. Cehhh...!~



29 comments:

  1. kak zie ni awie . nak baca sajak tu. sajak rumah bonda

    ReplyDelete
  2. ya Allah kak, rindu pulak suasana kampung:) Teringin juga nak baca sajak tu

    ReplyDelete
  3. Yang penting - apa yang terbuku di hati dapat diluahkan, biarpun tiada yang mengerti.. :)

    ReplyDelete
  4. AWIE > Yang ikut saya trip Langkawi ritu ker? Awat ler guna nama ABDUL?


    JUMA > tidak salah merindu...

    ReplyDelete
  5. Nampakknya KAKCIK memahami... thanks.

    ReplyDelete
  6. Walaweiiiiiiiiii.....


    Best... Kak Sajak orang2 lama nih hehehheehhehe

    Kak...kakalu tak boley pergi Ahad...SABTU malam ponk boleh....kami bermalam kat sana Kak..
    Acu cakap dia masak special kat Akak

    ReplyDelete
  7. salam buat AA...
    macam biasa nampak ja rumah tu...rasa macam umah belah tajung piandang atau belah ban pecah...

    ReplyDelete
  8. PAKLONG... pandai nyer diaaaa!

    Betul lah tuh. Sangat tepat tekaan tu. Kalu dari laman tu, naik motor 5 minit jer sampai tang Ban Pecah...

    ReplyDelete
  9. EPOI... Thanks atas undangan. Memang tak leh nak janji ler dik oiii..

    Sbb 1 & 2 Mei ni anak-anak dah booking MAK depa. Huhuhuh..

    Btw, ACU masak apa ek? wuaaaaa!

    ReplyDelete
  10. EELOBOR > sajak tu banyak maknanya.. Kak Azie sendiri pun suka...

    ReplyDelete
  11. Aslmkm Azie.
    Org mengerti atau tidak itu perkara kedua. Yang paling utama, Azie rasa lega & terubat dgn luahan ini kan? Alhamdulillah.
    Kak G dedulu lbh kurang macam tu le ... sering melakar perasaan dlm tulisan, tp diperap begitu kerana ego. Selepas dah kahwin, kerja turut mengajar supaya tdk melayan & memaparkan perasaan. Sekarang, entahlah ... Mak Kak G kata Kak G jenis keteqaq :)
    Luv d sajak. Teringat juga kampung.

    ReplyDelete
  12. OMG! mmg terbayek...meleleh air mata bg yg faham cerita..rindunya pada semua.ntah bila dpt berkumpul lagi..

    ReplyDelete
  13. nmpk rumah bonda hang teringat rumah bonda aku.. :(

    ReplyDelete
  14. Indah rumah bonda tu..zureen suka rumah sebegitu (teringat pula emak dikampung..)

    ReplyDelete
  15. Sajak tu memang besh sangat.
    Tersentuh hati membacanya...
    penuh dengan intipati tersirat..

    ReplyDelete
  16. Azie,
    Rumah Bonda akak dah mula makan anai-anai walaupun telah dinyahkan.

    ReplyDelete
  17. Kak Azie...

    Dlm manyak2 menda 1 ja cek x paham... HISYAM tuh sapa?

    ReplyDelete
  18. Salam Kak G..
    terimakasih. Memang ada kelegaan di situ.

    Ketegaq tu kadang2 best gak. Saya sendiri pun keras hati gak.

    Kita yg berasal dari kampung, mesti tak leh tidak mesti teringat kampung halaman..

    ReplyDelete
  19. DATIN NORASHIKIN > Ikin ingat tak pada PAKSU? Sajak tu ada skit tentang PAKSU RANI yang belayar berpuluh tahun tak balik-balik.. ATUK pun dah lama tak sebut nama dia lagi, tapi Mak Ndak tau, dia selalu berharap PAKSU akan balik...

    huhuhuhu.. Mak Ndak pun ingat ingat lupa dah cemana rupa PAKSU. Gambar pun takder.. sedihhhhhh!

    ReplyDelete
  20. ECHAH > COMBI kalu hang nak balik Titi Serong lagi, habaq mai. Aku pi cari hang.
    Btw, aku rasa hari ini hang mungkin akan menerima tetamu dari KL. Yang suka gelak setan tuh. Amboiiii.. jeles akuu!


    ZUREEN > Dulu memang indah, sekarang indah dalam kenangan sebab tak berpeluang nak tinggal di situ lagi.

    ReplyDelete
  21. V.I.C. > tersentuh yer. Terimakasih kerana turut merasainya. Segala yang nostalgia memang seronok untuk dikenang.



    Kak NORA > Kata orang, rumah lama kalu tidak berpenghuni, dia akan merajuk sendiri. Sayang kan...

    ReplyDelete
  22. CHEYAH COMEL > Buat masa ini, terpaksalah Kak Azie biaq hang teruih tak peham.. hehehehe..

    HISYAM dok baca komen ni kot... so, masa blem sampai untuk Kak Azie belek MyKad dia.. hehehehe

    ReplyDelete
  23. saya awie cik zura ( anak perlis )
    abdul tu nama bapa saya abdul hamid heheh

    ReplyDelete
  24. Heeeee... geram!

    AWIEEEE...! Kak Azie ingat budak Awie yg ikut trip Langkawi ritu nih.. rupanya hang ker SHAQ...

    welkam welkam welkam..!

    ReplyDelete
  25. tak sabar nye acu nak balik kg mggu dpn...nk jumpa mak...rindu nyeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  26. ACU > wow! bestnya dapat balik kampung lagi...

    Hang pi la cari Kui Karaih...hehehehhe...

    ReplyDelete
  27. tetiba teringat pulok rumah emak kat kampung tu..ditinggalkan sepi juga...sempat sekali je bermalam di rumah baru emak di kampung tu

    ReplyDelete
  28. amin bin khalif

    cantik lah rumah makkkkkkkkk

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails