Thursday, April 15, 2010

Bukan Tak Kisah, tapi Malas Nak Cari Susah...

Ya, semalam pagi memang aku panjat juga Tingkat 8 dan 9 di Jabatan Tenaga Kerja (Jabatan Buruh) di Jalan Ampang. Sekadar mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat berkenaan kes di tempat kerja aku.


Terimakasih kepada pegawai-pegawai di sana yang sudi memberikan penerangan panjang lebar kepada aku, tentang perkara yang berlaku, hak sebagai pekerja dan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan. Walaupun aku sudah ada keputusan, tapi aku merasa amat perlu sekali untuk aku mengetahui lebih jelas lagi.

Harus aku menulis dengan jelas nama pegawai yang sudi memberikan khidmat nasihat penuh mesra dan senyum manis. En ROSLAN (di Tingkat 9) dan Puan AZIAN (di Tingkat 8). Terimakasih.

Aku tidak sekali-kali berniat untuk menentang majikan, jauh sekali memusuhi sesiapa sahaja di pihak pengurusan. Tidak. Itu bukan aku. Menentang hingga ke peringkat tertinggi (mahkamah) pun bukan hasrat, malah jika terpaksa pun itu adalah perkara terakhir. Tapi tidak langsung terlintas.

Sekadar untuk memuaskan hati sendiri. Dan beberapa perkara (yang menjadi pengalaman pertama buat aku), cukup untuk memberikan aku suatu ketenangan, tiada lagi spekulasi, tanda tanya dan bila berkongsi dengan beberapa orang lain lagi, aku amat berharap mereka juga dapat membuat keputusan dengan bijak, tenang dan tiada menyimpan sebarang rasa tidak puas hati di dalam hati.

Berkhidmat sudah lama, belajar banyak perkara, begitu banyak ilmu, meningkatkan skill hingga ke level professional (sebab itu kena berurusan di Tingkat 8 bukan Tingkat 9), sudah pasti membuatkan aku berasa betapa beruntungnya aku, walaupun tidak lagi dapat berkhidmat lebih lama.

Semoga majikan aku akan lebih maju jaya di tempat baru.

Aku anggap segalanya hampir selesai, dan apa jua yang belum selesai itu boleh dibuat melalui perbincangan dan budi bicara.

Terimakasih kepada sekian ramai kawan-kawan (termasuk para blogger) yang sudi memberikan khidmat, berkongsi pendapat dan nasihat, juga kawan-kawan yang sudah mula memberikan idea, cadangan dan ruang kerja baru untuk aku. Thanks a lot...!

Tapi buat masa ini, aku menyimpan dulu semua tawaran itu. I'll put under my serious consideration... bila menjelang Mei nanti.

Sekarang ni, tenangkan hati, teruskan keceriaan, mengisi masa ini dengan terbaik bersama kawan-kawan sekerja (yang kelak ntah bila dapat bergurau senda lagi), dan yang pasti mungkin akan merindui banyak perkara di sini dan merindui suasana di persekitaran Bukit Bintang ini...

Dan plan untuk bercuti, harus diteruskan...!



~...melihat wajah sahaja belum tentu mengubat rindu, kan? So, kenalah belanja makan pula, kan? Apa nak buat, memang SERI BULAN lebih suka makan dari merenung awan...~


15 comments:

  1. Semoga segalanya berakhir dengan baik Kak Azie..zureen doakan.

    ReplyDelete
  2. AA tentu tahu apa itu PARADOX kan?insyallah akan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Insya Allah Azie.. semuanya akan berakhir dengan baik.. esok dah nak pergi bercuti, ya? (dengan nada cemburu..) :)

    ReplyDelete
  4. Azie,
    azie hanya ingin mengetahui 'hak-hak' azie sebagai pekerja... bukannya nak menentang majikan... jangan risau... semuga segala-galanya dimudahkan untuk azie. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  5. azie... moga semakin tenang dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  6. Angahnya

    Semuga semuanya ok dan seperti yang dirancang.

    Insya Allah

    ReplyDelete
  7. oyesss.....hidup mesti ceria. Buangkan keserabutan, jika perlu bercuti jangan bertangguh lagi.

    ReplyDelete
  8. salam...
    tempat jatuh lagi dikenang..inikan pulak rakan taulan yang lama bersembang..

    ReplyDelete
  9. Terimakasih SEMUA.... terimakasihhh....

    IXORA... untuk menjadi WOW kelihatan macam pahit, tapi pasti manis jika berani menempuh kepahitan tu dgn jayanya...!

    ReplyDelete
  10. yer kak azie..sy pun sama..doakan yg terbaik buat kak azie...

    ReplyDelete
  11. hoye hoye...so skrg buat apa?b4 dis makndak more to publishing kan..nak try cust service?? hee

    ReplyDelete
  12. DATIN SHIKIN > Customer service? hmmm.. thanks but no thanks...

    ada bahagian lain? other than Cust Service? Takut kena migrain...heheheh...

    ReplyDelete
  13. Kak Azie, Kadang2 dugaan yg mendatang kita tak nampak hikmahnya.. Tapi suatu hari nanti kita tahu kenapa sesuatu yg berlaku itu dan Insya-Allah... kita akan berterima kasih diatas segala yg telah berlaku..

    Saya doakan Kak Azie tabah selalu dan sentiasa ceria.. Biarlah duka yg mendatang kita simpan jauh dilubuk hati... :)

    ReplyDelete
  14. Azie
    Cuti & damaikan serta seronokkan hati. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan & membantu Azie dlm membuat keputusan yg terbaik serta yg diredhaiNya. Salam bahagia.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails