Wednesday, April 7, 2010

Memang Dah Suam Kuku, Silap-silap Dah Nak Basi...

Malam itu aku sempat tonton program anugerah ini sebab tiba di KL sebelum maghrib.

Keterujaan hanya 20%. Sebab terlalu kerap melihat banyak majlis anugerah. Orang yang dapat, bukan kita pun. Hehehehhe... Walaupun hadiahnya sungguhhhhh ler lumayan, tapi melihat tanpa perasaan itu sebenarnya seksa juga.


Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk kali ke-13. Anugerah tertinggi, Paling Popular milik Datuk Siti Nurhaliza. Ya dia layak. Itu pendapat aku. Bukan senang, kan? 7 kali memegang anugerah itu. Sebagai Bintang Paling Popular, Siti membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM328,000 termasuk hadiah barang kemas Habib, Nissan X-Trail 2.0L, Perabot Empire Classic, Pakej Penginapan Mewah di Head Of State Suite Palace Of The Golden Horses.

**Pic ini aku snap dari skrin tv aku (yang lain copy dari web BH). Semoga apa yang menjadi miliknya terus dihormati dan disenangi. Aku tak minat dia, tapi aku respect cara dia bekerja.

Tema warna warni. Semua yang hadir seboleh mungkin cuba menepati tema, sampaikan yang lelaki pun sanggup berlipstik kebiruan. Phiewww! Lawo kerrr? Kalu tak mekap macam tu, suara tak sedap ek?

Memang aku dengar ramai orang ketawa, tapi aku tak pasti samada aku patut ketawa sama...

Rasanya hanya inilah satu-satunya persembahan yang memikat aku selepas persembahan tribute to arwah Ustaz Asri by Kumpulan RABBANI.


Ada sesiapa tak yang sama macam aku? “Terasa macam salah dengar?” SCHA sebut, “Umi Nazeera baru balik dari Melbourne USA”. What? USA? USA yer?

Pengacara pada aku, ok la. Gandingan yang serasi walaupun aku pernah lihat gandingan yang lebih hebat dari itu. Benarlah kata orang, wanita dan mulut laser tidak dapat dipisahkan. Pro kontra di situ.

*Lihatlah berapa banyak buku novel hasil karya AL-TAHA (Abdul Talib Hassan) yang aku ada?


~...SERI BULAN sendiri tidak pasti di sudut mana HISYAM sering berlegar sering bersendirian, yang pasti Bumi ini dipijak bersama...~


20 comments:

  1. Salam Azie..

    mungkin sebab kakcik dah 'berusia'.. tiada yang menarik bagi kakcik.. penyampai pun ramai seperti yang 'syok sendiri'..bercakap meleret2...

    ReplyDelete
  2. KAK CIK > mungkin juga agaknya. Saya sendiri tak berapa nak masuk bila tang lagu yg mengarut... Malah tidak pernah selesa melihat penyanyi lelaki bermekap macam pompuan..

    Tapi memahami dunia mereka harus sebegitu (agaknya), kita pandang saja laah..

    ReplyDelete
  3. hOHOH ade ek part melbourne usa tu??? huhuhu tak pasan pulak sbb ejaa tak tgk sggt abp ni.tgk kejap je..huhuhu

    tapi bertuahnya datuk siti kan..huhu xde chance orang lain nk lawan die.dulu pun mawi je. tu pun mawi dah suam2 kuku je

    ReplyDelete
  4. hOHOH ade ek part melbourne usa tu??? huhuhu tak pasan pulak sbb ejaa tak tgk sggt abp ni.tgk kejap je..huhuhu

    tapi bertuahnya datuk siti kan..huhu xde chance orang lain nk lawan die.dulu pun mawi je. tu pun mawi dah suam2 kuku je

    ReplyDelete
  5. hOHOH ade ek part melbourne usa tu??? huhuhu tak pasan pulak sbb ejaa tak tgk sggt abp ni.tgk kejap je..huhuhu

    tapi bertuahnya datuk siti kan..huhu xde chance orang lain nk lawan die.dulu pun mawi je. tu pun mawi dah suam2 kuku je

    ReplyDelete
  6. kenapa ramai pompuan tak suka tokti ekk.heran aku :p

    tokti tetap sempurna dimata aku..go go go tokti :)

    aku rasa bangga sbb dia bekerja bukan main-main seperti sesetengah artis lain yg hanya utk glam semata-mata.. (bukan semua artis laa..nnt aku kena saman pulak)

    apapun aku berpuas hati dgn APBH mlm tu cuma lagu feminin tu yg hancuss :(

    ReplyDelete
  7. COMBI > Aku kalu minat sama rata saja. Susah aku nak cenderung mana2 artis tu sangat. Kalu banding skang, aku lebih minat artis dolu-dolu seperti Sudir, Sanisah Huri.. heheheh.. old fashion ek?

    ReplyDelete
  8. sALAM,
    ingatkan dah tumbuh bandaraya baru kat USA tu namernye Melben kan...blom tumbuh lagi ek?

    Ish! ish! ish!

    ReplyDelete
  9. Vic cuma suka lagi tribute to Ustaz Asri tu aje. Tu je yg sedap di halwa telinga vic dan menyentuh perasaan, selebihnya tak.

    Tak paham dengan artis wanita yg sengaja pakai seksi seksa tu. Baju dah elok labuh sampai buku lali dibelahnya sampai atas peha. Ada yang melampau2 plak seksi nyer bila semua dipotong separuh.... tak de rasa hormat ke... bukan ke industri muzik sednag berkabung di atas kematian Yanie dan Din Beramboi? Kecewa betul dengan perangai artis Malaysia.

    ReplyDelete
  10. ANYSS > pun dengar sama gak ek? harharhar! Melbourne kat USA.. hmmmm...?


    V.I.C. > selera manusia memang berbeza. Kelompok sebegitu memang bangga dengan penampilan mereka...

    ReplyDelete
  11. alahai, sy boleh tak tengok kak..tengok2 dah abis..:) sebab layan movie apa tah masa tu,hehehe..:) lagipun memang sy tak minat sangat tengok benda2 camni..banyak gak siti menang :) dah rezeki dia kan kak..

    ReplyDelete
  12. ACAI > lebih baik layan bola, kan? CHELSEA ada harapan tuuu..

    ReplyDelete
  13. Lagu tribute utk ustaz asri mmg best. Lagu terakhir dari group otai juga terbaik. Cuma ada sedikit kecacatan dr penyanyi baru yg tak study lagu2 org lama. Perosak......

    ReplyDelete
  14. Salam azieazah
    Maaf bertanya, A. Talib Hassan tu ke yg tulis SAGA? Puluhan tahun dah tak baca novel. Terakhir saya baca SALINA atau SUBUH (?). Dulu-dulu baca banyak novel Pak HAMKA.

    ReplyDelete
  15. EELOBOR > Setuju...


    Salam Bang TEMUK > Ya benar. Hampir semua buku A. Talib Hassan saya beli dan baca. SALINA sudah tidak ada di pasaran rasanya (tulisan A Samad Said). SUBUH saya baca masa saya di sekolah rendah lagi, tak ingat sapa tulis, tapi memang best novel SUBUH ni. Kulitnya warna biru, itu jer yang saya ingat..

    ReplyDelete
  16. sian si Scha tuh...geografi eh cukup2 makan je kut...melbourne eh kat USA...apa daaaa

    ReplyDelete
  17. next year kalau nak tengok 'event' tu 'live' bagitau eikkk, boleh nak bagi tiket preee tu, kalau berminatlerrr, tapi IX sendiri pun tak pernah ambil dan tak pernah peduli :D..mujur lerr aku bukan treasurernya!:D

    ReplyDelete
  18. KAK ZIE > dengar juga kan? Kak AA tak silap dengar ler maknanya..


    IXORA > Thanks but no thanks. Tak rajin lah nak panjat Genting semata-mata program tu... Tengok kat tv pun lompat2 jer.. Tang lagu jer, tune channel lain...

    ReplyDelete
  19. kak azie,mmg ada Melbourne di USA (blh rujuk wikipidea)
    cuma nye ummie tu bukan kat Melbourne USA,dia di Melbourne Australia..

    acu suka masa wings nyanyi tu tapi Jac buat spoil la..banyak kali salah lirik..lagu tribute utk Ust Asri akan lebih menyentuh perasaan lagi sekira nye penyanyi Rabbani tu tak lupa lirik...tapi apa2 pun tetap touching...

    ReplyDelete
  20. Hikhikhik ACU... thanks for the info. Melbourne USA ler tu agaknya, kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails