Friday, April 2, 2010

Sedih sungguh aku hari ini...

Al Fatihah buat beliau...

Pergi meninggalkan kita malam tadi di Hospital Selayang, kerana demam denggi berdarah.

Sedih sungguh aku hari ini...

Bagaikan masih terdengar segala gurau lawak beliau dalam beberapa program yang beliau terlibat.


Aku jarang dengar radio ERA di mana beliau bertugas di waktu pagi berganding bersama Aznil Hj Nawawi. Jarang sekali. Tapi aku tahu ramai sekali.. ramaiii.. yang sangat suka gandingan mereka, suka berhibur sepanjang perjalanan ke tempat kerja, menjadi peneman hingga tidak terasa jem di jalan. Ketawa bersama, terbahak bersama adakala bengang adakala geram tetapi itulah hiburan dan kenangan yang beliau tinggalkan buat semua pendengarnya.

Nama DIN BERAMBOI sudah wujud bertahun-tahun lamanya. Sejak aku masih di bangku sekolah lagi. Aku tidak pernah tahu bagaimana nama watak itu wujud. Tidak pula aku tahu yang mana satu wujud dulu. Arwah yang mulakan nama itu sebelum komik dilukis (dengan watak nama yang sama) oleh Kartunis UJANG, atau UJANG dulu yang create watak itu dalam Gila-Gila dan arwah menggunakannya. Sesiapa yang tahu, harap dapat berkongsi info.

Tempohari di Pesta Buku, aku terdengar seorang pengunjung berbual dengan Kartunis NUDS tentang watak DIN BERAMBOI (macam tahu plak kita akan kehilangannya). Yang sempat tertangkap di telinga adalah ayat ini, “Ya, ada beberapa cerita dalam komik tu lebih kurang watak dia.” Selebihnya tak dengar. (Maaf jika tersilap dengar)


Aku “mengenali” watak DIN BERAMBOI memang bermula dari Gila-Gila. Suatu watak yang sedikit gila-gila, kelakar dan sungguh menghiburkan. Dan aku membesar dengan sekian banyak watak dalam komik tersebut (sementelah ketika itu tidak banyak komik sebegitu di pasaran juga program kartun tempatan di tv).

Kemudian kira-kira 10 tahun dulu lagi, beliau sudah aktif di radio. Berlawak, bergurau dan pelbagai lagi. Bagi yang biasa dengan stesen THR (Time Highway Radio) mesti ingat dgn DJ NASH (Nasharudin) yang kadangkala berganding dengan DIN juga (sering membawa watak kelakar “Badigol So’ot”) dan ketika itu (sekitar 1996-97) kami yang sering mendengar di ofis akan terbahak-bahak gelak keseronokan.

Kerjaya beliau meningkat hingga ke tv (ada banyak lagi yang aku tak tahu) sehingga menjadi gandingan yang serasi dengan beberapa nama yang popular seperti Aznil Hj Nawawi, Afdlin Sauki, (sekadar beberapa nama) dan ada banyak program yang beliau terlibat (terkini program game show “Mandi”).

Dan sesuatu yang sangat aku tak boleh lupa adalah ketika arwah menjadi juri Raja Lawak 4 bersama Bob Lokman dan Afdlin Sauki. Aku sukerrr..! Aku sukerrr..! Aku sukerrr..! Malah tonton rancangan itu bukan gelak sangat pasal lawak peserta, tapi sukakan lawak para juri yang kelakar habis. Ohhh.. masih teringat segala lawak selamba beliau.

Malah sesiapa yang rapat dengan aku, selalu dengar aku suka mengajuk semula (hafal) banyak dialog arwah ketika menjadi juri dan kami akan bergelak-gelak kerana aku boleh buat hampir sama macam apa yang Arwah DIN cakap. Sedihnyaaaa... Kita kehilangan beliau. Kita akan sunyi tanpa lawak beliau. Bagi setengah orang, mungkin beliau bukan hebat bukan bagus, tapi bagi aku, beliau begitu tersendiri. Tiada orang seperti dia. Beliau berlawak selamba, sedikit kasar tetapi aku suker...

Semoga ALLAH merahmatinya di sana, semoga amanlah arwah. Sebagai manusia biasa, ampun dan maafkanlah dia andai anda pernah terasa hati dengan guraunya, pernah rasa geram, pernah rasa marah sepanjang beliau menjadi penghibur.

Sedih sungguh aku hari ini...

Jarang saya kuarkan airmata atas pemergian orang-orang yang tidak begitu rapat melainkan bersedih, tapi hari ini, saya menangis atas pemergian seorang insan seni bernama DIN BERAMBOI. (aku bukan memujanya, tetapi aku sekadar meminatinya sebagai seorang penghibur yang pernah menceriakan hari-hariku)

Sedih sungguh aku hari ini...

Entah bagaimana lah pula Aznil Hj Nawawi menerima pemergian ini...

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Semoga tabah buat anak-anak dan isteri arwah. ALLAH lebih menyayanginya dan simpanlah kenangan bersamanya sehingga ke akhir hayat kita.


~...aku bergerak ke luar dari KL malam ini. Sayu jer rasa hati ini. Jangan lah ada sesiapa yang akan nampak airmata ku malam ini...~


22 comments:

  1. alfatihah untuk beliau

    seingat saya masa saya sekolah dulu sekitar 1986, pnah dengar satu tape bebudak yang merakamkan perbualan mereka dengan sorang pesakit jiwa, bernama din beramboi (kalo tak silap disebutkan di hospital tg rambutan, kononnya la) dan perbualan itu memang lawak maklum la bercakap dengan orang tak sihat, daripada merapu hingga ke mencarut dan cerita lucah dan saya hanya mendengar sekali tu je la sebab satu kaset dikongsi beramai tentulah nak kena berebut nak pinjam dan saya tak pasti di situ ke titik tolak nama din beramboi tu wujud

    ReplyDelete
  2. dr acu sekolah lg acu minat dia
    dari watak kartun...hingga lah masa arwah join THR..pastu rakam suara dalam kaset...sampai la sekarang nie acu minat dia...

    sekelip mata je dia dah tak de...al fatihah utk arwah...semoga roh nya di tempat kan di kalangan org yg beriman..amin

    ReplyDelete
  3. salam..
    paling minat suara shasa.....tu masa t/malam dulu dekat THR..

    ReplyDelete
  4. Entry Kak Azie buat saya menangis... untuk pengetahuan akak di sini saya selalu buka Youtube cerita "Spontan" dimana Sharifah Shahirah jadi pengacaranya... dengan cara ini dapatlah saya mengubat kerinduan pada rancangan2 tv di Malaysia.. apabila saya dapat tahu berita pemergiannya, sampai sekarang saya terbayang2 wajah arwah kerana saya amat meminatinya... Perginya seorang permata dalam dunia seni.

    Saya respect padanya kerana walaupun sudah glamer namun imej bersihnya membuatkan peminatnya semakin bertambah saban hari..

    Al-Fatihah.. :'-(

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Budak-budak di rumah ini kenal watak arwah sebagai "Kicap" dalam Tom-Tom Bak Aznil dan "En Rahim" dalam "Afi dan Abah". Saya jarang dengar radio Era, tapi sesekali dengar ketawa dibuatnya. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah , Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmahnya dipinjamkan dikau sekejap di dunia bersama kami . Ampunkan dosa²nya Ya Allah..ampunkan dosa² kami ini…Ya Allah.

    ReplyDelete
  7. K. Azie... Saya teringat kat arwah Abah....

    Arwah Abah bercakap dgn lembut, menyenangkan...
    Arwah Din Beramboi berlawak, menghiburkan...

    K. Azie bila ketawa, saya yg x tau biji butir pun tertawa sama...
    K. Azie bila sedih, saya lagi sedihhh.... sob..sob...

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah ..Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  9. Salam Azie ...

    Samalah kita. Words cant describe wpun tak kenal aruah namun terasa aruah seperti jiran sebelah rumah aje. I suka sangat bila dia jadi 'Shasha' (kat radio early 90s). AlFatihah.

    ReplyDelete
  10. Arwah Mior Ahmad Fuad a.k.a. Din Beramboi ialah seorang seniman Malaysia. Maknanya, selepas ni, insyaAllah, baru akan ada mana-mana pihak yang mulalah nak beri label lagenda ke, Tan Sri ke, Datuk ke, nak bagi sempena nama jalan ke, nama pasar ke... bla bla bla... Semasa hidupnya dulu kita cari gembira dari keringatnya dan melupakan penghargaan untuknya.

    1Malaysia...

    al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad...

    ReplyDelete
  11. salam azie, lama x singah sini, sihat ke wak?

    alfatihah..
    semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman
    amin

    ReplyDelete
  12. tak dengar era, dan tiada astro, tak leh komen..

    ReplyDelete
  13. walaubagaimanpun

    ALfatihah, buat arwah


    banyak kali keluar air mata lagi baik, terutama ketika SUJUD.

    ReplyDelete
  14. salam azie..
    ida pun rasa sedih sgt bila mendengar berita pemergiaan arwah Din..rasa mcm tk percaya..bila baca entri azie ni airmata pun menitis...ida mng minat sgt dgn laawak selamba arwah lebih2 lagi bila arwah menjadi juri(sebagai org tua nyanyok)smpaikan ida tertawa terbahak2..kita yg terlalu jauh dr arwah pun sgt terasa aapa lg org2 yg begitu rapat dgn arwah..
    alfatihah buat arwah muga beliau di tempatkan dikalangan insan yg beriman kerana ida pasti hati arwah sgt luhur di sebalik kata2nya yg kdg2 pedas..

    ReplyDelete
  15. Siapa yang mengenali Din Beramboi
    (walaupun dia tak mengenali kita)pasti rasa kehilangannya. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Dia telah banyak menceriakan dan mendatangkan tawa kepada ramai rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Al Fatihah utk arwah...semoga ditempatkan dikalangan org yg beriman.
    Akan terasa kehilangan krn setiap pagi seblm sampai tempat kerja, mesti dengar celotehnya di radio...

    ReplyDelete
  17. Salam Angahnya

    Takziah untuk Arwah Din Beramboi.

    Sungguh terasa kehilangan nya

    Maaf juga sebablama dah tak mengomen kat sini, maklumlah kerja kuli je, tak de masa nak baca blog sangat.

    Lagipun aku kulirlah, ada orang gile sewel bungul warek mun bepandir lior behamboran.

    Gamar aku pun dah masuk dalam blog dia dah he he he urang bungul punya gawian.

    ReplyDelete
  18. Terimakasih buat semua yang sudi berkongsi rasa dan ucapan di sini..

    Semoga doa kita terus sampai...

    *mengomen dari utara...

    ReplyDelete
  19. Salam!
    AlFatihah...
    Sesungguhnya mana yg pergi dahulu adalah panggilan Ilahi krn sudah ditakdirkan, kita disini hanya menunggu masa dan ketika sahaja.

    ReplyDelete
  20. al-Fatihah.
    Semoga ditempatkan bersama-sama orang beriman.Amin

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails