Friday, June 11, 2010

Cerita Carca Marba....

Demam aku datang tanpa amaran, baik tanpa signal. Alhamdulillah, tak perlu pun aku nak minta MC.

Boleh jer aku kerja, malah duk pulun sakan lagi lebih dari biasa. Tapi nampaknya rutin akan berubah lagi... dan lagi.

Memang aku sudah jangka, keadaan memang akan berubah. Sekali sekala perubahan itu menyeronokkan, kan?

Esok, Sabtu ada kerja urgent, dan Ahad pun aku sudah ditempah untuk handle satu lagi projek urgent. Bukan melihat sebagai buli, tetapi menerimanya sebagai suatu cabaran yang semakin kurang aku rasakan, lately.

Biar aku bercerita juga sedikit tentang kerja-kerja luar yang aku terlibat sejak dulu. Bukan sahaja kerja-kerja sukarela bersama Yayasan, tetapi juga kerja-kerja keusahawan sosial di mana aku terlibat sedikit. Ada yang secara langsung, dan tidak.

Semuanya bermula dari sini. Yahoo Group yang terbesar setakat ini. Sahabat Interaktif Malaysia (SIM). Aku tahu ramai orang di luar sana adalah juga ahli SIM. Telah wujud sejak 2005 lagi.

Setelah Yayasan berubah wajah, berubah konsep kepada Keusahawan Sosial (terawal di Malaysia) dan menjadi Yayasan Keusahawan Sosial (YKS), banyak program yang diatur sehingga ke peringkat antarabangsa. Mewujudkan suatu program yang dinamakan KerjaDariRumah (KDR) mempunyai lebih 4,000 ahli buat masa ini.

Menyebut sedikit projek-projek di bawah KDR:
MangkukTingkat.com sudah pergi merata Malaysia dan menarik perhatian ramai para francise luar negara.
Program pusat asuhan yang mempunyai modul pendidikan sendiri; BondaMama.com sudah mempunyai rangkaian tadika yang begitu banyak sekali di seluruh negara. 2 orang anak buah menjadi antara tenaga pengajar di cawangan Seri Kembangan.

ZAMZARINA juga merupakan Naib Presiden YKS. YKS mendapat slot sebanyak 52 siri di dalam program Apa Kata Wanita.


Penggambaran bersama Berita Harian, untuk promosi MangkukTingkat di Berita Mingguan. (kenal ker sapa tu?)



KOSIM - Koperasi yang mendapat sokongan dari lebih 35 ribu orang ahli SIM.

Selain itu, ada SIMBizNetworking, KedaiRakyat, Ecotouria Resort (Sg Congkak), Myza Collection (jualan tudung), Food Delivery, dan lagi.. lagi..

Ada banyak lagi program yang sedang dirancang dan bakal dilaksanakan secara serentak dalam masa terdekat ini. Walaupun aku bukan secara rasami terlibat, tetapi menjadi pasukan sokongan, kesibukan memang tidak dapat dielakkan lagi.

Sejak dari awal, konsep KDR adalah membantu begitu ramai masyarakat yang ingin menambah pendapatan, mencari pendapatan tetap tanpa perlu meninggalkan rumah berjam-jam. Dan objektif membantu suri rumah tangga (juga para ibu tunggal) tercapai dengan begitu sukses sekali.

Nanti aku bercerita lagi. Selama ini aku banyak bercerita secara details hanya di blog peribadi aku yang lagi satu itu. (Sori Berlori, yang itu memang private).

Ni cerita malam tadi.

Setelah menunggu berjam-jam kerana student portal jem teruk, tengah malam baru dapat semak result dia. Result Semester 1 dah kuar. Alhamdulillah. Dekan lagi kali ini, dengan CGPA 3.9.





15 comments:

  1. keja kuat tul walaupun tak sihat... jangan lupa kesihatan kena jaga gak

    kirim salam tahniah kat amoi, belajar rerajin kerana ada amanah agama, bangsa dan negara yang dipikul

    ReplyDelete
  2. tahniah untuk cerita malam tadi

    ReplyDelete
  3. bekerja dari rumah.

    mmg tgh cari kerja yg boleh di buat dr rumah atau online untuk kakak saya.

    ada apa2 info kak?

    oh! tahniah ntuk dia yg dapat ponter 3.9 itu

    ReplyDelete
  4. CIKGU NORMAH > kalu tiada insan bernama GURU, apalah makna kejayaan.


    CEMOMOI > terimakasih. Kadang2 kalu dah suka, penat pun tak rasa.

    ReplyDelete
  5. EELOBOR > terimakasih. (saya harap cerita 1 para itu tidak dilihat sebagai riak) hehehe


    sI tEDI > SILA KLIK pada mana-mana PROGRAM itu, dan pilih mana sesuai. Sebaiknya klik KDR dulu, dan daftar. Pastu kaji apa program yang sesuai dgn diri. Semoga dapat membantu. apapun memang nak cakap YKS ini memang rekodnya sangat cemerlang sehingga menjadi sebutan di peringkat menteri termasuk Datin Rosmah Mansur sendiri...

    ReplyDelete
  6. wao!! hebat!! :) tahniah~ teruskan result gempak sebegitu!

    oh2.. pasal follower-222 tu, dah jadi follower nanti ade la surprisenye. jgn risau. cume nak settle kan contest dulu k :)

    ReplyDelete
  7. MJ > terimakasih. I folllowwwww...!

    ReplyDelete
  8. salam azie..
    seronok jugak dengan penerangan azie.. kalau akak nak buat 'mangkuk tingkat.com' boleh tak?.. sapa nak dihubungi???...
    seronok juga kan, azie dengan keputusan periksa anak-anak. tahniah buat amoi...

    ReplyDelete
  9. psssstttttt nanti kirim salam kat AMOI ye... choki-choki sedozen menanti dak AMOI tu... hahahaaa..!!

    ReplyDelete
  10. tak sihat rupanya... moga dah sembuh
    nak kirim stawberry berapa kilo? hehehe..saja menyakat org sakit.

    Tahniah untuk Amoi puteri kesayangan tu

    ReplyDelete
  11. AKAK > Saya rasa area Bangi belum ada pembekal MangkukTingkat.com lagi..
    Tkasih KAK..


    ICE > Choki-Choki sedozen tu nanti kasi ikat sama riben tauuu...
    MAK AMOI suruh...!

    ReplyDelete
  12. Salam ZUREEN..


    KAK UJIE > Alhamdulillah dah kebah. Demam urat kot. Tapi kalu nak kirimkan strawberry tu, boleh ajaaaa...:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails