Sunday, January 16, 2011

Restoren Rawsha: Membetulkan Fakta...

Bila baca ENTRI EELOBOR ini, tentang Restoren Rawsha, haruslah AA membetulkan sesuatu. Aku pernah sebut Restoren ini membuka cawangan baru di Kg Pandan (dekat dengan Kompleks Sukan) tetapi rupanya itu adalah restoren utama, di mana yang di Jalan Damai belakang Yow Chuan Plaza Ampang dulu sudah ditutup.

Terimakasih kerana mencuba makan di situ dan berpuas hati. Kak Azie bukan promote tetapi berkongsi info makan yang sedap di sekitar KL. Memang sedap, kan? Cuma harga, perhhhh...!

Sedikit info dari entri CHE YAH (one of blogger yang ikut makan bersama AA malam itu): Al-Rawsha, is a Lebanese Restaurant named after the famous legendary Rawsha rock in Beirut, Lebanon. The rock located in the middle of the sea, with 60 meters height. With large whole which cut through the rock with the boats can easily pass through the tunnel.

Roti Al-Rawsha ni dimakan panas-panas.

Al-Rawsha Restaurant Lebanese Cuisin adalah restoran Arab no 1 di Kuala Lumpur. Patutlah orang begitu ramai, kebanyakannya bangsa Arab, tak terkecuali mat saleh, dan orang-orang Malaysia sendiri.

Kami makan pada tahun 2008, lama dah pun.

Nasi Madghut. Selain ini, juga order Halap Kebab dan Khashkhash Kebab.


Setiap orang yang makan di Al-Rawsha, harus cuba air Barbican nih (macam air lemonad).

Ramai tahu, menu Arab banyak menggunakan minyak sapi, enak sehingga ayam dia sangat lembut. Harga memang agak mahal, tapi tak tau berapa kos kami malam itu, kerana kami datang 4 family dan ditaja oleh Dr Dinon (AnakPerlis.com) yang menjadi kawan kepada family AA sekian lama.

Memang lokasi lama di Jalan Damai itu agak kecil dan kelihatan sempit walaupun ada 2 ruangan, dalam rumah dan juga di ruangan terbuka.

Tetapi lokasi baru di Jln Kg Pandan memang sangat besar dan setiap kali ulang alik pegi-balik keja dulu, AA nampak pembinaannya dari mula sehinggalah ia sudah beroperasi sekarang. Walaupun dah dekat dengan rumah, belum lagi tersampai-sampai...


~...samada makanan Timur Tengah atau Pantai Timur, SERI BULAN tidak pernah kisah pedas rempah atau masin budu selagi yang disuap ikhlas ditaja HISYAM, apalagi makan semeja...~






22 comments:

  1. Saya pun selalu dibelanja orang di Rawsha... Memang sedap azie

    ReplyDelete
  2. roti dia nampak best...kene try nieh....

    ReplyDelete
  3. saya memang pantang makanan arab ni..pantang tengok!hihi memang suka sangat

    ReplyDelete
  4. Nak ke Restoran ni dari lah dulu sampai sekarang tak sampai sampai jugak lagi. Betul ker kat Jalan Damai tu dah tutup. Nampak nyer kena pergi Pandan lah jugak.

    Tapi apasal orang selalu kata kat Jalan Ampang lagi sedap dari Pandan ek, Konpius gak takut tak sama restoran. H,,,,...

    ReplyDelete
  5. salam

    macam roti canai je tu :D

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Dah habis berkunjung balas rakan yang singgah, melencung ke sini kejap ... dah dua kali terakhir Kak G singgah ni terkejut dengan selipar besau tu!

    Masa restoran kat Jln Damai, dekat la sikit ... ini semakin jauh ... ari minggu pula orang penuh ... jadi malaslah.
    Tetapi rata2 orang terus cerita! Setakad ni belum lagi kempunan. Kalau rasa nak makan sangat nasi arab tu, nanti kena buat sendiri la.

    ReplyDelete
  7. Kakcik pernah makan beberapa kali di Restoran lama tu.. yang di Kg Pandan tu, Abg Mus pegi sorang2 waktu dia tak boleh tidur dia dinihari! Kadang2 dia pergi dengan kawan2 sebab kakcik tak berminat. :)

    ReplyDelete
  8. Harga mahal takpa janji makanannya sedap dan berpuas hati.

    Kak Zai nak cuba pula yang dekat Jalan Ampang nama kedainya tak tahu tapi ada beefsteak bagai.

    ReplyDelete
  9. hehehe....sedap sungguh kak. lain kali nak pegi makan roti pulak kat situ

    ReplyDelete
  10. kalau tempat kakak di sini roti ini bakar dalam tempayan macam kat Mekah tu. Cecah dengan kimi (tak tahulah dia yg bagi nama macam tu). Selepas keluar dari tempayan sapu butter. Sedap tau...

    ReplyDelete
  11. CIKGU NORMAH:
    Memang sedap, lebih sedap sebab dibelanja orang...:)


    NAA:
    Selain roti, nasi dan ayam dia sangat lembuttttt...

    ReplyDelete
  12. KALAMHATI:
    Saya lak bukan setakat makanan Arab jer yang pantang.. semua makanan saya pantang tengokkkk!


    ACIK:
    Agaknya ada tukang masak yang ditukar kot... hehehe bleh plak gitu ek?

    ReplyDelete
  13. SYIRA:
    Yeahhh lebih kurang roti canai, tapi lebih besar dan tidak berminyak. Ditabur dengan Black Sesame...


    Salam KAK DR G:
    Seliper besau tu utk kaki saya yang besau lerrr...:)
    Kalu AKAK pandai buat sendiri menu Arab, lagi bestttt makan puas.

    ReplyDelete
  14. KAKCIK:
    Amboiiiii... bleh plak pegi sensorang time tak leh tidor.


    ZAITUN:
    Kak Zai leh la cuba yang kat Kg Pandan tu. Harus sedapppp...

    ReplyDelete
  15. EELOBOR:
    Bagus lah jika sesuai dengan selera...



    KAK ZAKIE:
    Ahaaa roti tu macam yang roti yang dlm tempayan panas, saya biasa tengok kat kedai mamak.

    ReplyDelete
  16. Berbanding Al Rawsha acu lebih suka makan di Al Diafah,Sri Petaling...emmm..tapi harga nya "lebih" sikit dari Al Rawsha...
    eh..SABA pun sedap..harga lebih murah di SABA...

    ReplyDelete
  17. ACU:
    Thanks info.
    Pasni Kak Azie pun nak try gak ler SABA tu.

    ReplyDelete
  18. wah..kalau makanan2 ala2 arab ni
    mmg fav. kita...tapi kalau mahal
    susahlah skit..hihi

    ReplyDelete
  19. ATI:
    Ada banyak pilihan Restoren Arab yang mampu kita pergi...



    NORASHIKIN:
    Yeahhhh! DATIN. I followwww....!

    ReplyDelete
  20. saya selalu pg sana kak...sy suka makan syawarma dia..sedap sgt..kenyang...ngn nasi kabsa

    ReplyDelete
  21. MaRdHatILLah(Fatahiyyah):
    Wahhhh nampaknya peminat makanan Arab niii....:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails