Friday, July 29, 2011

Ikan Bakar Meletup...!

Salam
Jumaat lagi.
29-07-2011



Kisah ini kena publish sebelum mula berpuasa. Sebab ini kisah makan-makan.

Hari tu, hari apa ntah, lupa dah (mengong dah aku nih), MyBoss bawak kami pegi makan-makan. Sejak CINDY LAUPER takder, MyBoss ni memang sungguh berubah, berbeza dan kembali ceria dan mesra. Macam family, seperti dulu-dulu kata depa orang lama.

Wokeh citer makan. Simple sebab kami makan lunch di luar, tidak jauh dari premis.

Jom layan gambar:







Terimakasih BOS!

*Lokasi: medan selera berhampiran bangunan Dirgahayu, Taman Maju Jaya, Cheras.


~...SERIBULAN akan meneduhkan cahayanya...~










Terimakasih...! Terimakasih...!

Salam
Jumaat
29-07-2011



Sekejap lagi akan outstation, berada luar KL sehingga Ahad.

Maaf andai tak berkesempatan beramah mesra.

Apapun, sempat juga nak ucapkan terimakasih kepada SEMUA...!


juga kerana ini:

si "dia" yang setia



Dan ini:


hadiah kiriman blogger... dari Gua Musang. Thanks blogger MULUTPAYAU!


AA hargai semuanya.


*update dalam gelut kalut.



~...HISYAM masih mencari di mana SERI BULAN sembunyikan sinar rembulannya, kerana dia sangat rindu...~















Wednesday, July 27, 2011

Keletihan Merebut Masa Senggang...

Salam
Selasa (lagi?)
28-07-2011


Terimakasih atas sokongan:


Entah kenapa aku suka pula bila “dia” selalu hantar mms setiap kali menjadi pembaca setia.

Nak cerita panjang, tapi keletihan itu yang lebih menang merebut waktu senggang yang semakin tidak lapang...



~...SERI BULAN pernah kata, “dari mata turun ke hati membentuk rasa dan cinta,” tetapi HISYAM lebih senang untuk “membentuk rasa dan cinta walaupun mata tidak lagi melihat, hati tidak lagi terusik”...~











...Separuhnya Buat-buat...!

Salam
Rabu
27-07-2011

... curi guna komputer orang, sebab degil ndak jugak update blog.

Sibuk...! > yang separuhnya adalah buat-buat!




~...SERI BULAN sedang bercuti, HISYAM pun tidak sempat tahu ke mana, hanya perahu tertambat di dahan jambu, julainya mencecah permukaan sungai...~
















Tuesday, July 26, 2011

Ulangtahun CHAK: Cemana Aku Bleh Terlupa...?

Salam.
Thalatha
26-07-2011


USB Modem rosak!

No connection. Cedih!

Tunggu beli baru!

Sebelum terlambat, nak wish Selamat Ulangtahun Kelahiran buat puteri bongsu AA, Nur Aisyah Alissa or CHAK, ke-9, hari ini 26 Julai, 2011.

Sebenarnya aku terlupa, dah balik baru dia remind. Apa punya emak ler ko nih Azie...!


Yeahhh aku memang patut kena kutuk...!


~SERI BULAN sentiasa ada rasa sekebun cinta yang berbungaaaa....!~









Control ~ Option ~ Shift = Command...!

Salam
Monday
25-07-2011


Demam selsema berulang lagi. Pelik aih, lately kerap sungguh beringuih. Dah ler minggu lepas, aircond kat ofis tuh baru servis, then satu lagi aircond dalam bilik rehat (yang biasanya aku sorang jer monopoli time lunch) yang rosak sudah repair.

Sejuk menggigil. Jarang-jarang guna stoking, tapi lately, hari-hari pakai stoking dalam ofis, dan selimut selendang 24 jam! Masa tu dok bayang, kalulah kat umah macam tuh, bleh lena tanpa gangguan.... aduhhhh nikmatnyer hidup! >> betul ker nikmat?

Kalulah hidup boleh di“control” kemudian diberi banyak “option” tentu banyak perkara yang boleh kita “shift”, kan?

Ini mungkin akibat aku merajuk seminggu dulu tu kot? Saja cari pasal.

Entri santai ini sengaja ditulis, sebelum beberapa entri nak menyambut Ramadhan.


Terimakasih atas sokongan:

Dalam kapalterbang kot. Bleh on IPad eh?

*****

Perkhabaran terkini tentang program Reunion skulah lepas raya:

Ada tugas menanti...! Lama dah tak buat kerja nih.



Lastly, sebelum terlupa:

Selamat Ulangtahun Kelahiran, today, to kawan blogger YAN




~...besar sungguh hasrat mereka agar selepas 10 atau 20 tahun akan datang akan ada reunion yang akan menghimpunkan semua muridnya, dan ketika itu betapa bangga untuk menunjuk kepada warga Kampung Separuh Desa, HISYAM akan datang berpimpin tangan dan berganding jari bersama SERI BULAN tanpa segan...~









Monday, July 25, 2011

Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?

Salam
Ahad
24-07-2011



Belum pun masuk Ramadhan, dah banyak isu timbul. Ya ta ya jugak, sikit sebanyak kenalah plan dari awal, ye tak?

Soal nak kuar shopping barang dapur, soal kecik jer. Itu rutin. Bila nak posa, barang kering dalam rumah kena cari awal, sebab hari-hari bekerja mana sempat nak beli barang kering. Cari barang basah jer.

Isu nak balik kampung pun dah mula panas nih. Sedih pun ada. Sebab kali ini (bermula tahun lepas lagi) My TOKLAKI macam guna “absolute power” jer. Tahun ni nak raya di Kuala Pilah lagi. What? Lagi?

Aku no hal, but at least aku ndak juga balik kampung aku, wpun aku macam dah takda kampung lagi. Rumah kampung dah tak sesuai jadikan tempat berkumpul, sebab dah uzur. Dah berapa tahun pun bila raya kami asyik berkumpul kat rumah kakak jer. Lama-lama anak-anak aku dah rasa rumah kampung di Kuala Pilah lagi best!

Dulu-dulu, 7,8 tahun dulu lagi suasana tu dah berubah. Sedangkan sejak lahir bebudak ni, aku memang menang tanpa bertanding! Raya jer, mesti balik Rumah BONDA (budak-budak kata Rumah Biru). Sebab masa tu MyTOKLAKI takda rumah kampung lagi (rumah lama sangat uzur) dan My Mak Mertua memang masih duduk KL.

Tapi, sekarang dah terbalik. Padan muka aku. Dulu eksyen sangat!

Aku memang suka kampung Kuala Pilah tu, suka sangat. Tapi raya kali ini aku nak jugak balik kampung aku, mungkin pada Raya ke-2 ker.. Alasan lain, lepas raya ada Reunion Skulah lama aku. Nak la juga pegi, jumpa kengkawan lama.

Isu ini masih tergantung lagi tanpa keputusan.

Tunggu mood lain datang, nanti “bergaduh” lagik! hehehehehe

Silap-silap ada yang ajak lancar Perang Sabil nih...!


Ni pic ulang tayang, 2 minggu lalu:




Ini pic terkini, minggu ini:

Lokasi, kampung My Mak Mertua. Dia dah ada bela ayam!



~...HISYAM tidak pernah memaksa SERI BULAN mengikutnya menetap ke Kampung Separuh Desa, tetapi ketidakpaksaan itu sebenarnya lebih membuatkan SERI BULAN melihat kampung itu sebahagian dirinya, separuh kehidupannya, dan setengah dari masa depannya yang gemilang...!~








Sunday, July 24, 2011

Melepak Tanpa Kepak...!

Sunday
24-07-2011
...mendung yang best!



Hari melepak tanpa kepak!

IKA sudah berangkat balik skulah dia.

Hari ini bersantai dalam cuaca mendung redup lagi nyaman.

Program untuk site visit pagi ini, dilepaskan kepada Projek Manager — cuma melepaslah nak makan durian yang konon nak dibelanja oleh seorang pembeli lot.

Mesyuarat reunion skulah yang akan berlangsung petang ini di KL juga tak “peraya” nak join. Sebab aku bimbang dengan menjadi Urusetia, tiba masa nanti tak bleh nak bagi komitment pula. Maklum, bukan dekat lokasi reunion tu. Jauh di Jawi Golf Resort. Apapun, sangat berbunga hati untuk menjadi part of the team...!


Jom layan pic tayang-tayang:

Aku belajar buat cokodok pisang ni dari My BONDA, guna tangan.


Itu pun saiz masih tak sama, bengot-bengot.
Kalu MyBONDA yang buat, bulat elokkkkk jerrr!



~...bila jari melecur di panggang api semasa melayur daun pisang, yang kecoh becok tentulah si WAHAB sehingga berebut perahu dengan HISYAM hendak membawa pawang dari baruh, tetapi SERI BULAN hanya mahu daun sireh nan sehelai membungkus luka...~







Sesi Luah Perasaan: Hujan Pun Tak Sedar...

Salam
Sabtuday (lagi)
23-07-2011



Balik kerja tengahari tadi, singgah Puduraya carik tiket untuk IKA balik ke skulah dia semula selepas cuti seminggu.

Aku sepatutnya sambung kerja di luar KL seperti minggu-minggu lalu, tapi memandangkan segalanya terkawal, minggu ini aku “skip”. Sebenarnya aku juga nak gunakan alasan “jelez”kan kawan aku yang sorang tu — kawan ABC yang pernah AA sebut dulu (3 orang termasuk MyTOKLAKI) — sudah 3 minggu berturut asyik tak sempat jer nak join aku buat kerja tuh. Bukan aku soh dia mop lantai or sapu sampah or buat Teh pun. Aku cuma nakkan moral support saja.

Hari ini si A ada urusan keluarga di luar KL, MyTOKLAKI pun ada kerja di luar KL, kemudian berurusan pula dengan si A, lalu si AA tetiba teringat nak jumpa si C. Kebetulan si C berada di KL minggu ini. Cantekkk!

Lalu bersembanglah kami, selama 3 jam. Bagus juga sebab aku memang nak mintak nasihat — selama ni kan aku susah nak makan nasihat? — atas beberapa perkara. Kerana dia ni terlibat banyak dalam kerja-kerja motivasi, sesuai benorlah sesi meluah perasaan petang tadi.

Antara isu tentulah pasal blog (yang dengan tak malunya aku mengaku) dianggap sebagai “jiwa” ku, diariku, kenanganku, dan segala minat dan kreativiti tertumpah > ayat riak aku.

AA: “Saya berhasrat nak buat Pilihan ke-3, tutup ruangan komen.”

Aku akan terus dilihat lemah tidak berani berhadapan dengan kritikan.

Dia: “Siapa lagi yang juga macam saya, selama ini selalu kritik pedas sampai awak jadi kental? Sejak bila awak sudah tidak kebal kental lagi?”

Sengih.
Dia tidak pernah tahu siapa yang menjadi punca, dan aku memang tidak akan sebut pun.

Soklan drastik aku: “Patutkah saya tutup blog saya?”

Dia: “Tidak. Kerana sayalah orang pertama yang sarankan awak buat blog umum dari blog private dulu.”

AA: “Terimakasih.”

Kami berpisah di tengah bandar KL, dan kemudian baru sedar rupanya KL basah disimbah hujan petang.

Mengabaikan segala yang disebut middle-age crisis (hahahahaha...!), tetapi tidak akan melupakan andaian buruk dan tuduhan menyimpang yang pernah tercatat di ruang komen. Apalah sangat...


Terimakasih atas sokongan ini. Spek kita macam sama jer?
*lokasi jauh dari KL, kena naik kapalterbang.



~...bunga melur selit di rambut,
sepit cute selit di jambul,
hati gembira kasih bersambut,
wajah ceria pipi bergembol.

...bagai terpancut kencing (uishhh?) si HISYAM bila terserempak WAHAB yang merepek meraban di celah pokok buluh sedang mengintai SERI BULAN yang hendak belajar mendayung kolek sampai dapat lesen...~









Saturday, July 23, 2011

Latihan Menulis Entri Pendek: Seksa...!

Salam
Sabtuday
23-07-2011


Kerja. Fakta bukan mereka-reka.

Lupakan sebentar pasal kawan baik atau kurang baik itu. Sebenarnya semua orang baik, tapi kita sendiri yang kurang baik kerana merasa orang lain tidak baik. Kan?

Yang pasti aku sangat sayang pada kawan aku itu.

Story ringkas yang timbul idea dari FB.




Aku berhasrat nak balik minggu depan.

Sekadar pemberitahuan perkara yang dirancang lama. Jadi atau tidak, belum pasti.


*Alasan: kerana aku dah tak boleh nak jadi macam aku yang biasa lagi. Dah tak terdaya nak jadi diri sendiri melalui penulisan sendiri. Dah payah! Lemahnya aku...



~...enjin generator terpadam sendiri membuatkan Mak Utih melatah tidak tersukat patah sedang Pak Utih masih di serambi melayan asap merawang di depan mata dan SERI BULAN terpegun tidak berkutik di penjuru laman kerana HISYAM yang terperanjat macam telinga kena jentik...!~








Friday, July 22, 2011

Apalah Maknanya..

Salam
JumAAt (lagi?)
22-07-2011



Apalah maknanya, bila ada kawan baik, tapi masih boleh bercakap buruk tentang kita. Kerana yang baik itu sebenarnya hanya bermakna tidak bercakaran.

Apalah maknanya, bila ada kawan yang kita sangka memahami, tapi kemudian kita rasa dia menjadi asing pula. Kerana tak faham maksud kita walaupun bahasa tetap sama.

Apalah maknanya lagi, bila terlalu akrab dan mesra gurau-senda sakat-latah, lalu sempadan itu menjadi kabur, lalu boleh bercakap apa sahaja sehingga terlupa kawan dia rabun dan pekak..!

Seorang guru disiplin pun bila nak marah atau bincang, ada Bilik Disiplin untuk berbincang.

Seorang CEO pun lazimnya, panggey staf dia masuk bilik (U can be seen but can’t be heard). Alasan apa? Pendapat AA, supaya jaga maruah, jaga muka, jaga ego... jaga nama baik agar tak timbul persepsi pelbagai dari orang lain yang tak tau apa-apa.

Dan aku masih menjeruk rasa bila kena “malu” dalam laman sendiri!


*pic menunjuk-nunjuk:
Harap tidak malu terus berkawan dengan aku yang memang minat giler pada SELIPER...!




~...utusan “pulang-balik-cincin” yang dijangka berlangsung sepetang, rupanya berakhir selepas beberapa patah ayat dan kelip mata, sehingga Pak Utih dan Mak Utih tertunduk malu tak terngadah muka kerana cincin belah rotan untuk SERI BULAN sudah bertukar kepada cincin berlian berikat emas putih tanda bersalah HISYAM si wajah tenang...~









Pilihan 2: Memendekkan cerita...

Salam
JumAAt
22-07-2011


Pilihan ke-2, ialah memendekkan cerita.

Bermaksud lagi pendek lagi bagus. Panjang meleret akan dilihat seperti bebel dan merapu tapi ikan kerapu pun tak kenal.

Penegasan ayat di atas adalah merujuk kepada penulisan dalam “yang ingin kukongsi” SAHAJA, takda kena mengena dengan tulisan orang lain. Titik.

Mengingatkan diri sendiri, merapu yang seronok pada diri sendiri sebenarnya bukan semua orang seronok nak baca pun (uishhh kenapa la baru sekarang aku terfikir?).

Berazam sendiri. Tak perlu tunggu awal tahun. Entri ini adalah latihannya.

Review filem atau drama, mungkin terpaksa dilupakan saja!

Sekian.

*Alasan: kerana aku dah tak boleh nak jadi macam aku yang biasa lagi. Dah tak terdaya nak jadi diri sendiri melalui penulisan sendiri. Dah payah! Lemahnya aku...


Kunci rahsia dalam jiwa...



~...semasa utusan meminang dari HISYAM yang dianggap gurauan oleh SERI BULAN, sungguh tidak disangka sireh sudah sesepah, pinang sudah sekacip diterima tapi tepak tidak sama diajak...~








Thursday, July 21, 2011

Pilihan 1: Menapis Cerita...

Salam
Khamis
21-07-2011



Menapis cerita adalah bermaksud pilih cerita.

Juga pilih rentak cerita.

Supaya tidak terlalu seronok macam orang menari agogo sampai lutut nak cecah tanah...!

Atau rentak rancak macam twist lutut dengan pinggang 360°!

Juga tidak terlalu sentimental macam Salmah nyanyi tunggu Ramlee tepi kolam bawah pokok!

Tak boleh dah nak rentak ala-ala leleh konon raih simpati macam.... (tak jumpa contoh dahh...)

Atau dengan kata lain, pilih cerita menggunakan jangkauan fikiran yang lebih panjang. Bukan macam dulu, main hentam saja nak tulis apa suka dalam batu jemala (yang selalu ada batu besar juga ada duduk!).

Sekarang kena pilih... kena jaga kategori... kena jaga rentak. Supaya tak tersentak lagi bila kena hentak.

Alasan: kerana aku dah tak boleh nak jadi macam aku yang biasa lagi. Dah tak terdaya nak jadi diri sendiri melalui penulisan sendiri. Dah payah! Lemahnya aku...

*bukan pic Google, ini memang koleksi peribadi.


~...semasa musim hujan melanda Kampung Separuh Desa lalu air Sungai Menghijau Lumut bagai melempah tidak terempang, tiada siapa sangka airmata SERI BULAN lebih banjir dari itu...~










Wednesday, July 20, 2011

Ujian Permata Pintar: Yang Meneman Pun Rasa Teruji...

Salam.
20-07-2011
Rabu untuk merapu lagi.



Lunch Nasi Ayam di kantin sekolah orang. Sedap!




Menduduki Ujian UKM2 Permata Pintar. Terpilih. Dulu masa Ujian UKM1, dibuat secara online di rumah sahaja. Tak ingat bila ntah, Disember tahun lepas kot...


Si EMAK yang menunggu di kantin sekolah orang, selama 2 jam setengah!
Tapi best sebab aman damai tak tension pun...



Harus mengaku, memang penat dah letih. Lelah yang datang dari dalam dada agaknya.



~...SERI BULAN terasa terkelar bila diselar, tersayat kerana gayat, tersinggung lalu tersandung sedang HISYAM ketawa ria kerana berjaya banyak perkara terutama memiliki hati kering...~








Wordless Wednesday: Tertekan Lalu Jeran...!

Salam
Rabu: 20-07-2011


...lalu aku jalan-jalan.








~...terlalu lama bersama mengekor ke hulu ke hilir dan barat serta ke baruh, HISYAM akhirnya merasa SERI BULAN sangat tidak setaraf untuk diajak berganding atau berbalah yang tak pernah kalah...~







Tuesday, July 19, 2011

Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!

Salam
Thalatha: 19-07-2011
...panas terik!


Bila aku terasa bengang, marah or sedih sangat normal (common sense) bila kemudiannya aku akan tulis di blog. Luah perasaan (konon!). Tak salah, kan? kan? (wpun pasni mesti kena perli balik)

So, bila aku terlibat dengan apa-apa kejadian seperti yang dicontohkan di atas, sikit sebanyak, mesti terluah di sini.

Semalam, bengang sebab ada orang mungkir janji.

Malam tadi rasa tergelak campur kesal bila tujuan “memohon kerjasama” dianggap komplen.

Kemudian rasa seronok sebab kami sefamily layan JUVANA episod akhir dengan lancar sekali dan happy.

Hari ini, sibuk kerja dan juga beberapa urusan yang perlu dibuat berkaitan projek luar. HP berdering hampir setiap 10 minit. Tetap dirasakan simple tiada masalah.

Yang menjadi masalah ialah, perkara yang mudah bagi aku rupanya tidak mudah diterima oleh orang. Lalu, mahunya yang macamana? Jika ada orang lain yang lebih baik boleh melakukannya, silakan. Aku sangat happy untuk melepaskan tugasan. No biggie!

Bukan minta dipuji atau diberi anugerah (memang tak pernah pun, dan jangan harap lah), tetapi sekurang-kurangnya hargai. Kita tak perlu senaraikan apa pun pengorbanan (in English, wordnya ialah SACRIFICE) yang kita dah buat untuk selesaikan tugasan (nama indahnya ialah “tanggungjawab”) dengan sebaik mungkin. Takkan kita nak cerita, kan?

Lalu, emosi hari ini ialah sebal, kesal, bercampur demam yang tiba-tiba masuk ke badan semula! Macam ada bela saka plak!


Ekspresi “cuci tangan” ala-ala Malik si KL Gangster!

Aku akan rasa berganda gembira (bahasa lain ialah syukur) jika ada yang boleh menggantikan tempat aku dan membuatnya jauh lebih baik!


~...antara membela ayam dan itik, SERI BULAN lebih berminat dengan si nila, berbanding HISYAM yang masih tidak kenal mana angsa mana serama sehingga kolam itek disangka kolam kubang si kerbau tanduk keweh...~







Monday, July 18, 2011

Suka Duka Masam Cuka...

Salam
18-07-2011
Monday, yang betul-betul blues...!


Terimakasih, komen semangat di entri sebelum.

SORI BERLORI, tidak “peraya” nak berjalan or melompat merempit di rumah korang. Nanti bila senang dan kuat untuk kembali melompat.

Hari ini sepatutnya, ada orang datang ajak pegi makan dan bawa hadiah. Janji yang dibuat sejak minggu lepas. Beria-ia.

Tapi kita hanya merancang, dan aku tidak berharap lagi.

Sepagi ada meeting tentang kerja-kerja dan sesi meluah komen tentang prestasi kerja masing-masing. Samada individu atau teamwork. So far, alhamdulillah, AA berada di tangga kepujian, seperti yang diharapkan oleh kedua-dua pihak.



Walau apapun pangkat kita, siapapun kita, apapun warna kulit kita, berapa besar pun size kita (AA paling besarrrRRR — kawan aku kata “tembon udoh”), dan berapa lama pun kita telah berkhidmat, tetap akan ada room for improvement, kan?

Dan kami setiap orang staf Melayu mendapat ini:



Sepasang kain khas untuk Hari Raya (My Boss yang berdua itu bukan Melayu). Tapi haruslah dah tak sempat nak tempah pun.

AA ada 4,5 pasang lagi, terperok dalam almari tak berusik. Tak sempat nak hantar pun. Tahu-tahu dah nak posa.

Itu dulu cerita nya, ya anak-anak....

Goodnite everyone!



~...berkolek perahu mendayung ke hulu,
diharap ke hilir, tergolek di muara,
menoleh ke darat mengharap si anak Penghulu,
kenapa SERI BULAN yang terbayang di mata...~









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails