Thursday, November 17, 2011

“Aku ingat kau ni kampung sangat...!”

Assalamualaikum
Khamis malam JemAAt
17-11-2011


Cinta Kontrak, novel by Nurul Ain Syuhada. Memang penulis baru kot. Maaf aku baru kenal nama ni.



Hasil karya, not bad. Kelakar jugak. Pun guna watak utama “aku” tetapi sedikit bercelaru dan aku keliru sebab ramai sangat jadi “aku” dalam novel tu. Sampai perasaan pun takleh feeling.

Ada beberapa dialog yang aku suka. Sangat suka:

“…aku ingat kau ni kampung sangat.”

“Orang kampung tu bukan berdosa kalau dia orang tinggal di kampung pun. Apa yang peliknya dengan kekampungan? Orang kampung la yang banyak etika, adab, adat, budaya. Tak macam orang Bandar. Kejar duniawi.Kalau kat kampung, tenang ajer nak beribadat.”

“Je t’aime,” = I love U
“Moi aussi.” = I love U too.

“Estoy enamorado de ti.” = aku mencintaimu.
“Yo tambien.” = aku juga.

Romantik. Tapi seorang aku kurang merasainya. Kenapa? Ntah, mungkin selera aku tak sama atau mungkin expectation aku tinggi sangat kot.

Banyak sangat dah baca kisah orang kampung, gadis bertemu lelaki jutawan, (sekurang-kurang anak hartawan), hensem kacak baik budi, romantis... pendek kata cemerlang dan sempurna.

Seorang aku, susah nak lupa watak hero yang baik dalam diam, macam watak JAD dalam novel Fauziah Ashari tuh... (Bisik-Bisik Gelora). Tengok drama Cinta Ellisa tu ada watak ARIL (by Johan ‘Botak’ JUVANA), lebihkurang begitulah juga watak JAD. Jahat macam kejam tapi di satu sudut diri mereka, sebenarnya mereka sangat baik hati. Tetap ada kebaikan walaupun tidak diserlahkan.

Bila terlalu ‘perfect’ susah pula akal nak terima. Macam takda kelemahan langsung pulak.

Uishhhh... aku pandai jer komplen novel orang. Tapi semua ulasan tu dibuat setelah aku BACA novel tersebut. Tiada yang ulasan sembarangan teka.

Kalu one day aku tetiba berjaya hasilkan novel sendiri, hati kena kuat ler bila kena kritik, kan? kan?



~...idea gila untuk menikah kontrak sudah pernah disebut oleh seorang anak dara Kampung Spearuh Desa, tetapi HISYAM hanya mampu tersengih malu kerana setiap usulan pasti harus mendapat kelulusan si SERI BULAN...~








24 comments:

  1. ha novel baru

    btw, krn entry akk aritu, sy jd kelam kabut nk dpt kn novel 'my love playgirl"..cr punya cr x jumpa.finally dpt jg tu pn tggl 1 je.laast stok. mlm ni lps tgk bola nk dok katam kn.kalu rajin sok sy update entry sambil2 nk kutuk akk hahahahahahah jgn mare.

    tq

    ReplyDelete
  2. ada tak novel yang cuma 10 mukasurat jer? barulah saya boleh habis baca tanpa terlelap lagi... huhuhu

    ReplyDelete
  3. haha. saya pun adalah anti watak terlalu sempurna. mmg saya akan chop watak novel lah! hahaha!!

    ReplyDelete
  4. i kalau baca novel suka yg direct. kalau macam 'laskar pelangi' tu setahun baru habis i baca..haruuu..

    ReplyDelete
  5. SALAM,
    DAH LAMA TAK MEMBACA NOVEL ! TKASIH PERKONGSIAN

    ReplyDelete
  6. Sallam Azie,
    Saya pun dah lama tak baca novel ni,
    dulu memang peminat novel juga, tap[i sekarang ni dah tak ada masa.

    ReplyDelete
  7. hai kak

    sebenarnya
    kritikanlah yg buat kita berjaya


    pujian akan buat kita leka


    :)

    sy paling suka Ombak Rindu

    ReplyDelete
  8. dah lama tak baca novel2 mcm ni.. cliche sangat.

    ReplyDelete
  9. seronok juga baca e novel ni sebelum dijadikan novel....

    dah jadi novel tak sempat pulak nak gi beli...

    ReplyDelete
  10. KHAIRIN:
    Wuaaaaaaaa...! dia dah dapat novel tu dulu dari Kak Azie.



    EELOBOR:
    Suratkhabar pun ada lebih 10 mukasurat bang... hahahaha

    ReplyDelete
  11. GADISBUNGA:
    Terlalu sempurna sehingga kita merasa tak masuk akal pulak. Terbuai pun macam tak lojik.


    YAN:
    Novel Laskar Pelangi antara novel terlaris dan terbaik di persada nusantara.

    ReplyDelete
  12. DATO’ LF:
    Mungkin sampai satu tahap, saya pun mungkin akan jadi jemu juga dengan novel nanti.



    LIPISLADY:
    Betul tu. Saya pun adakala sangat lah sibuk sampai blog pun tak leh. Sekarang ni agak free.

    ReplyDelete
  13. BONEKA DALAM CERMIN:
    Salam.

    Kak Azie paling suka novel-novel tulisan Abdul Talib Hassan. Tema berat tapi ayat best!



    ERI-CHAN:
    Memang. Macam drama tv. Banyak plot yang cliche.

    ReplyDelete
  14. CUTE OVEN:
    Kak Azie lebih gemar beli novel boleh ulang baca. Jika baca online, terasa letih mata.

    ReplyDelete
  15. banyak novel novel yg dah di kongsi dlm blog nih, tp hati sya belum tergerak nak membaca, tapi bila tengok tv barulah terkejar kejar tercari cari...

    ReplyDelete
  16. KASIH IBU:
    Saya menulis dan mengulas komen bukan untuk menyuruh orang beli pun. Saya menulis mengikut persepsi saya sebagai pembaca. Selera tak sama. Yang kuar kat tv tu pun bukan semua menepati jangkaan kita berbanding membaca.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,
    Saya jugak orang kampung, tapi...kejar dunia juga; sampai tak terkejar hu hu hu

    ReplyDelete
  18. ANYSS:
    Salam.
    Kalu nak kejar dunia, kejar jer dunia sendiri. Kejar dunia orang tu yang tak terkejar tuh...

    Dunia kita mungkin berbeza, tapi kita berpendapat yang sama.

    I like Kelantan!

    ReplyDelete
  19. kakkkkkkkkkkkkkkkk
    rindu dekat hisyam dan seribulan,. hehehe

    PS: mungkin novel nie sesuai dengan jiwa ayu..
    hahahhahah...

    ReplyDelete
  20. lama sgt tak baca novel dah kak. last novel yg saya baca 'cinta sang ratu'. Tangkap cintan dgn watak Laksamana Sunan..ekeke...

    ReplyDelete
  21. ok hari ni belajar istilah baru 'hero baik dalam diam'. luar nampak jahat ye tp dlm hati ada taman gitu hikhikhik.
    sy pun x berapa suka hero yg terlampau baik, alim sgt maybe sbb boring lah dan predictable mcm watak fiz fairuz dlm nur kasih.
    maybe sy jenis yg more attracted to 'bad boy' kot? hahaha

    ReplyDelete
  22. ada lagi novel baru..hmmmmm bestnyaaa...AA leh buat mini library dah nih.

    ReplyDelete
  23. AYU:
    Rindu jenis apa tu agaknya AYU? hehehehe

    Kalu sesuai boleh baca. Memang ada jenis novel yang sesuai, kan?



    NORMALIZA:
    Tu novel karya Ramlee Awang Murshid kan? Kak Azie jer yang tak pandai nak layan novel thriller.

    ReplyDelete
  24. LIASARI:
    Istilah tu saya memandai jer bagi. Hero baik dalam diam ni kadang gelagat depa sangat menyentuh jiwa. Cewahhhh!



    ZUWAIDAH:
    Memang tengah plan nak beli lemari buku yang baru ni.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails