Wednesday, November 30, 2011

Lelaki Pengkritik Terbaik...?

Assalamualaikum
Rabu
30-11-2011



Dalam mana pertandingan pun, pasti ada juri atau hakim. Juri yang dianggap dan diterima sebagai lebih arif dan pandai lagi pakar, tentulah pilihan pemenang itu tidak perlu dipertikaikan lagi.

Pengkritik tidak semestinya menjadi juri. Pengkritik memberikan pendapat, kritikan dan pandangan dari beberapa sudut berdasarkan beberapa pengalaman, fakta dan garis panduan yang mereka miliki atau terima.

Berapa ramai kita boleh menerima kritikan dengan mudah dan hati terbuka? Kecuali peserta mana-mana competition, yang harus bersedia mental (minda) untuk menerima kritikan. Itu pun ada gak yang emo bila kena kritik.

Dalam hidup kita, siapa pengkritik kita paling rapat? Paling tepat? Paling kita senangi?

Tidak semestinya our Other Half, kan? > kalu bab melaram baju, biasanya anak-anak dara ler yang jadi pengkritik.

Ada orang sangat suka kritik. Sangat suka kritik. Tidak kira bidang apa yang kita buat. Selagi mana dia nampak, sebanyak mana yang dia tahu, dia akan kritik. Selagi kita tak kisah akan kritikan dia, atau kita tak terbaca/terdengar, dia akan terus kritik tanpa rasa bersalah.

Sebenarnya, kita harus berani menerima kritikan. Dan harus tahu membezakan kritikan membina atau kritikan yang langsung tidak membantu.

Percayalah, berbanding perempuan, pengkritik yang baik adalah LELAKI. Perempuan masih boleh tetapi rata-rata mengikut emosi pastu menjurus jadi mengata! > my pendapat peribadi berdasarkan pengalaman.

Aku ada beberapa orang kawan lelaki yang baik, tak begitu mesra pun, namun menjadi pengkritik setia dalam banyak keadaan aku. Sesekali bila terlepas beberapa info atau perkongsian dalam dunia siber atau komuniti maya, depa ni cepat saja nak kritik.

Peringkat awal dulu memang sakit jiwa, geram mengeram dibuatnya. Menangis pun ada. Berbalah ajak gadoh pun pernah. Tetapi lama-lama, kritikan itulah sebenarnya yang membantu aku menjadi lebih baik (dalam erti kata: perkataan, dalam tulisan, emosi, pendedahan maklumat). Kritikan depa ni juga membuatkan aku semakin berani menerima segala bentuk dugaan atau kutukan lain pula.

Kerana sekarang aku lebih banyak tertumpu kepada blog berbanding forum-forum lain, setiap entri blog “...yang ingin kukongsi...” sentiasa menjadi perhatian teman pengkritik.

Sebenarnya respons yang “terlalu” bersopan santun sering membuatkan aku terbuai sayu dan sentimental tidak menentu, tetapi respons agresif dan kritikan sedikit kasar membuatkan aku KENTAL dan cekal.

Sehingga hari ini aku masih melihat pengkritik lelaki banyak membantu kehidupan seharian aku, dan pengkritik lelaki juga boleh menerima semula kritikan kasar dari aku pula.

Kalu berani mengkritik, tentulah kena berani menerima kritikan juga, kan?


Aku tak pasti ini nak panggil kritikan, atau komen sakat-manja? hahahahaha....!

Terimakasih para pengkritik!




~...bila SERI BULAN berbaju kurung Johor dikritik sebagai makcik bidan terjun oleh HISYAM, terus sahaja dia ingin berpatah balik menukar baju tetapi akhirnya sedar makcik bidan “tertomoih” inilah yang sering dirindu HISYAM macam pungguk rabun mata sebelah...!~








15 comments:

  1. salam... pagi pagi ni belum ada modal nak kritik

    ReplyDelete
  2. Nak kritik kasar? Kakcik tak berapa reti la... (nak tunjuk baik ni sebelum tumbuh tanduk!) :)

    ReplyDelete
  3. saya tak suke mengkritik..just beri pandangan je...

    p/s; trime kasih atas jemputan menghadiri perjumpaan para blogger..maaf saya tak dpt hadir kerana ada urusan pada hari itu..semoga majlis berjalan sukses ya, kak

    ReplyDelete
  4. kdg lelaki ni kalau dah mula menkritik, boleh kembang telinga saya nih.

    ReplyDelete
  5. kritik dan komen .... samakah iaaa ....

    ReplyDelete
  6. Salam,

    N3 yg bagus.

    Auntie tak suka kaki kritik, memang ada orang macam tuh bukan kritik depan2 tapi belakang2, lepas tuh ada talibarut tukang sampai dah tambah lagi semangkok.


    Auntie anggap kaki kritik ni adalah kaki mengumpat dan mengata orang.
    Kaki kritik selalu nya perasaan dia
    bagus tapi sebenarnya haprak..hahahahah

    ReplyDelete
  7. ...susah sy nak bagi komen yg agak berterus-terang pd blogger perempuan. Sy kena jaga ati. Tak nak hati mereka terguris. Tak semua boleh menerima teguran kita. Walau kita selamba, tapi org takkan sama dgn kita.

    =D

    ReplyDelete
  8. anak2 saya adalah pengkritik terbaik saya, nak2 lagi bila mak dia makin gebu-gebas..huhuhu

    ReplyDelete
  9. owh LELAKI..tak sangka kau dipuji kali ni..AA, Tq.

    ReplyDelete
  10. SY LEBIH SUKA KRITIKAN YG TELUS DARI PUJIAN YG TAK IKHLAS... BIAR KRITIKAN YG MEMBINA SIKIT ITU LAMBANG KEIKHLASAN PENGKRITIKAN NAK MELIHAT KITA BERGERAK LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA DRPD PUJIAN YG MENGUNUNG TINGGI TAPI DISEBALIKNYA EJEKEN DAN KEJIAN YG MENYAKITI HATI.

    ReplyDelete
  11. suka kritikan yg membina .. jgnlah kita bagi kritik yg boleh membawa kepada kejatuhan

    ReplyDelete
  12. kritik yang kritis? :) ..

    nak kritik orang lebih2, takut nanti dikata mengata dulang paku serpih.. huhu...

    ReplyDelete
  13. masa tgk raja lawak mega,

    i tak suka chef wan tu.. for me too daring.. maybe tak sesuai buday akita kot kena kritik cam tu..

    ReplyDelete
  14. i takreti nk kritik tapi selalu bagi pandangan manja2 je..taknak la cuit perasaan org sbb perasaan sndr pun mudah dicuit...:) jd lbh suka jadi kawan mesra dan sopan je..hehe :)

    ReplyDelete
  15. pengkritik sebagai cermin.... kita dapat melihat jauh di dalam..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails