Friday, December 28, 2012

Rakan serumah kena sihir, Dak AMOI lari balik rumah jam 2 pagi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
28-12-2012


Hari Ahad Dak Amoi balik semula ke rumah sewa dia, seperti biasa sebab Senin dia kerja. Tidak berhajat untuk balik semula walaupun Thalatha tu cuti Krismas. Dia ada urusan lain pada hari cuti tu, sambil sambil nak cari barang untuk laptop Ika.

Bila dia nak balik malam itu (Thalatha malam Rabu), 2 orang rakan serumah sms dan pesan ‘jangan balik rumah dulu’. Lalu mereka (dengan ditemani dua orang kawan lelaki yang dipanggil menemani), berjumpa di kafe luar rumah.

Cerita bermula (diceritakan semula oleh Amoi, tapi aku macam lupa banyak part):
  • Sehari sebelum Krismas, seorang rakan serumah (lets sebut as Dara) yang tinggal seorang dalam bilik, sms kawan di bilik lain: “Ada dengar tak bunyi perempuan menangis?” Kawan yang lain tak dengar.
  • Pada hari cuti Krismas tu Dara yang kerja, balik petang dan senyap dalam bilik. Part ini aku terlupa cemana 2 kawan bilik lain pergi ke bilik Dara dan Dara dah ‘lain macam’.
  • Kawan Dara call kakak dia ‘yang boleh menengok’, lalu ditanya kepada Dara “ada sesiapa sukakan awak?” Tiada. “Ada sesiapa bencikan awak?” Dara kata, ada seorang rakan sekerja tak sukakan dia.
  • “Ada terima apa-apa barang dari orang?” Dara kata, dia ada terima gula-gula dari orang dan terus makan. Kakak tu kata, Dara kena sihir.
  • Kakak itu minta mereka baca beberapa surah yang disebut, kemudian memberitahu “BENDA” tu ada dalam plastik tepi almari baju dalam bilik Dara tu. *Memang di tepi lemari tu ada plastik pun (walaupun kakak tu cakap dalam hp saja kerana dia tinggal di Sabah).
  • Kakak tu tanya, “Dara ada pakai tangkal?” Memang ada (gelang di tangan), tapi tangkal tu sudah disimpan, Dara lupa mana letak.
  • Menurut kakak tu, SIHIR tu ikut tangkal tu, dan plastik serta tangkal mesti dibuang segera.
  • Dara dah lain macam. Baca surah pun mahu-tak-mahu saja sedangkan dia memang seorang yang tak tinggal solat. Mata dah juling juling besar lihat kiri-kanan-atas-bawah. Masa tu time maghrib plak tu.
  • Abang Dara dipanggil untuk bawa Dara balik rumah keluarga. Mujur keluarganya orang KL juga.
  • Dua orang kawan yang tinggal, kemudian mengemas rumah (kerana Dak Amoi dan 2 rakan sebilik lain tiada di rumah). Mengemas segala sampah, kotoran (termasuk sampah di dapur bimbang ada sisa darah ikan/ayam). Darah kotor adalah makanan ‘benda’ tu.
  • Dua orang kawan lelaki kemudian singgah, solat Isyak dan ‘melihat’. Masa tu kata depa “dah takda apa-apa dah...”
Tapi Dak Amoi cuak juga sebab 2 rakan sebilik masih cuti. Lalu jam 1.24 am, dia call saya “nak balik rumah”. Saya terkejut ingatkan apa yang dah berlaku. Itulah ceritanya.

Sebab kerja, Dak Amoi balik juga ke rumah sewanya. InsyaAllah, hujung minggu ni depa nak buat majlis baca Yassin dan seorang Ustaz akan dipanggil.

Sehingga semalam, Dara masih belum balik ke rumah sewa itu.

Pesanan: orang perempuan jangan tinggalkan bekas pad dalam bilik air atau dalam tong sampah. Kena basuh bersih dan terus buang. Toilet adalah tempat kotor dan di situ syaitan banyak.

Semoga kita semua dilindungi dari perkara syirik dan mungkar dan semoga mereka yang pernah terjebak dengan perkara sebegitu akan segera bertaubat.



~…ketika hampir semua warga Kampung Separuh Desa percaya ada benda pelik yang jatuh menimpa lalu merasuk Tok Ujang sehingga dia pengsan beberapa jam, tetapi SERI BULAN yakin orang tua itu pengsan kerana tidak tahan panas terik menimpa ubun kepala malangnya apabila HISYAM mengenyit mata memberi isyarat jangan bercakap banyak macam orang pandai, andaian itu hanya disimpan di poket seluar sahaja…~



 




50 comments:

  1. penah terjadi pd keluarga terdekat..kalau tegok serupa org menurun plk..seram lah !, tau plk org yg 'menengok' tu ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang 'menengok" macam gifted kot. Boleh tahu, boleh rasa. Tepat plak tu.

      Delete
  2. fuh!! sebbaik baca tghr buta. kalau memalam.. kompem tak sidai ken baju...

    ReplyDelete
  3. Azieazah, ingat dulu2 saja kita dgr bnda ni, zmn sekarang pun ada lagi na?.org yg buat tu memang tak takut Tuhan na..kalau masa buat tu dia mati mcmmna nk mengadap Allah di sana...aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada. Harap-harap tak kena pada kita, or orang terdekat kita..

      Delete
  4. betul kak, kalo saya pun, sah2 sy balik umah, tak tunggu dah kat umah sewa tu. betul sgt tu kak, jgn tinggal bekas pad yang belum dicuci kat toilet. cam saya ni keja kat pusat pengajian, slalu jumpa pad yg belum dicuci dlm toilet yg student slalu masuk. geram sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hygenic la camtu. Kena selalu pesan. Jangan ambil mudah benda camtu.

      Delete
  5. Kakak baca tajuk pun dah seram. Betul Azie bersihkan dulu baru buang. Kalau org tua-tua dulu memang pantang kalau tak cuci dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan serumah Amoi, memang semua pembersih. Saya nampak begitu. Memang dibersihkan. Tetapi sengaja saya pesan lagi dan lagi.

      Delete
  6. Seram la
    Bdk2 muda mmg agak lalai mnguruskan bab2 private ni....dlm duk pesan pun depa lalai
    Harap si dara pulih cepat la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga begitulah. Benda remeh kalu buat leka, mudah jer benda kotor nak datang.

      Delete
  7. Hmmmm..

    Saya nantikan episod seterusnya...teruskan menulis cerita ni ya..

    ReplyDelete
  8. Uish....khusyuk sy baca. Teringat zaman belajar dulu. Hebat penangan sihir ni...

    ReplyDelete
  9. kenapa laa orang nak sihir-sihir? :(

    ReplyDelete
  10. tiba2 teringat zaman di ITM dulu, seorang kawan serumah kami mmg selalu kena mcm ni...seram.

    ReplyDelete
  11. hehehehe.. masa nak start baca tadi tetiba rasa nak gi toilet. Mula ingat nak baca dulu baru gi toilet, bila baca baris kedua terus tangguh dulu. Gi toilet dulu, balik toilet baru sambung baca.. haaaaaaaa.. nasib baik dah siap2 gi toilet, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naper? takut terkencing atas kerusi eh? hehehehe

      Delete
  12. perkara macam nie memang x boleh diambil remeh .. terutama wanita .. kalau tidak , padah menimpa .. hurmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  13. Semoga Dara akan segera pulih. Saya tak boleh terima sikap orang yg suka menyihir2 orang lain ni. Dia tak ingat nak mati & balasan yg menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia hanya fikir kepuasan diri sendiri saja. Tak fikir orang lain. Janji dia puas.

      Delete
  14. Adoi la.... ada lagi sihir2 ni kan. teringat zaman sekolah, sampai kena panggil ustaz baca Yassin. dapat cuti panjang minggu tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu zaman sekolah, lebih kurang macam kene histeria la, kan?

      Delete
  15. seriusss...

    meremang bulu roma ayu..

    harap DARA sahabat dak Amoi segera sembuh..

    ReplyDelete
  16. mmg darah kesukaan jin dan syaitan. banyakkan minum/guna limau kasturi or limau nipis. depa benci limau. kena rajin jugak baca ayat Qursi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Kita cuba berusaha dan berikhtiar. Selagi mengikut landas agama.

      Delete
  17. org klau dh dengki...mcm2 bole buat...takutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengki yang tak boleh nak kawal. Lalu berkawan la dengan iblis.

      Delete
  18. Gangguan syaitan memang takkan berhenti. Tapi hati manusia yang macam syaitan mungkin boleh dipulihkan. Semoga Dara cepat sihat.

    ReplyDelete
  19. Zaman la pun ada lagi orang nak buat/amal benda2 macam ni kan..

    ReplyDelete
  20. ada kawan x suka basuh pad...terus buang ...adoi..seram...

    ReplyDelete
  21. kenapa sampai nak sihir2..kalau benci jangan dekat sudah la..sampai sihir2 memang tak boleh diterima..

    ReplyDelete
  22. Seram. Membacanya pun dah seram apalagi kalau mengalaminya.

    ReplyDelete
  23. macam2 la manusia di dunia.....

    moga Dara cepat sembuh!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails