السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-12-2012
Kita biasa melihat, mendengar, menonton dan mungkin mengalami sendiri: bahan lawak yang banyak menggunakan kelemahan/keburukan orang lain sebagai bahan utama.
Jika kita tonton Maharaja Lawak samada Mega tak Mega, banyak punch-line, bahan lawak mengambil dari kelemahan/keburukan orang lain. Rakan sepasukan or orang lain.
Contoh, kegemukan seseorang, buncitnya perut seseorang, jongangnya seseorang...
kadang-kadang kehodohan atau kebodohan seseorang... ada juga melawakkan kepincangan orang lain. Mungkin mereka melihat itu suatu bahan lawak yang paling mudah, paling senang nak buat orang lain ketawa.
Lupakan sebentar pasal program lawak di tv. Tetapi cuba perhatikan, dalam kehidupan sebenar pun, kita selalu dengar orang lain buat lawak pasal diri orang lain. Dan kita pun kadang ikut sama menyokong, ikut sama ketawa terbahak-bahak. Lucukah, bila orang lain bercerita pasal seseorang yang telinganya capang macam telinga gajah? Lucu? Lucu kah? Macam badut kah? kah?
Tidak sah jika tidak mengaitkan sesuatu rupa fizikal itu dengan benda lain, kan?
Begitulah kita manusia. Kalu bab nak gelakkan orang, memang lupa semua. Gelak macam diri sangat sempurna. Lupa orang lain terutama orang yang digelakkan itu ada perasaan.
Tiada apa yang boleh dijadikan bahan lawak dengan Sambal Tumis Udang + Petai ini. Tapi lepas makan, jangan bergelak sangat, sebab bila bergelak mulut terbuka luas, kan? kan?
~..setiap malam sebelum tidur, Pak Utih semakin rajin menjadi Penglipur Lara bercerita mengarut-meraban tahap Gaban sehingga SERI BULAN terkikih ketawa dan HISYAM menumpang ceria lalu terlupa pulang dan bila berbaring menunggu mata meredup, mulut mengulang cerita dengan dinding sampai Mak Utih menepuk lantai menamat anganan...~
akak menggoda saya dengan hidangan ini..
ReplyDeleteadushhh~ udang berenang2 dalam kuah sambal di celah2 buah PETAI.. nikmatnya..
Amboiii bombastiknya gambaran. Udang berenang? Petai tu buah eh? hehehe
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAda masa kita gelak sbb benda tu GEDEBUK kena muka sendiri. Cer tengok citer P.Ramlee...kita gelak dgn penuh sedar yg depa tu bantai kita tak henggat ;)
Hu hu hu dikau memang! Suka menggoda dengan udang itu...paprik masih terhutang blm buat lagi tau hu hu huhu
hehehe.. P.Ramlee pernah buat lawak pasal fizikal orang lain. Kita gelak sungguh-sungguh. Padahal kita pun gitu juga. hehehe
DeletePaprik? Alahai... berapa mangkuk dok susun tuh?
pernah merasa sambal tumis udang an petai yang paling sedap sekali...masa tu kawan arwah mak masak.. tapi sekarang tak jumpa lagi dah rasa yang serupa...
ReplyDeletekenapa ya?
Mungkin rasa kasih sayang itu yang dibawa bersama. Lain orang lain selera. Saya sendiri pun belum handal masak, tapi boleh laaa..
Deletedan pastikan x ada cili melekat di gigi selepas mkn sambal...nnt jd bahan lawak jugak hehehee
ReplyDeleteWahhh awak sangat kreatif! Bakat pelawak!
DeleteSedih. Tak suka lawak yg sebegitu.
ReplyDeleteYes. Dinas faham maksud entri saya.
DeleteSbb tu sy tk suka kumpln osbon dulu tu..asyik os jelah yg kena..hermm
ReplyDeleteTapi kita pun bergelak sakan la jugak, kan? Adehhh
DeleteSama pulak menu kita. Semalam emak adam masak sambal tumis udang + petai. Semerbak bau bilik air kami .... huhuhu
ReplyDeleteSekali sekala bang. Jangan salahkan petai, jangan salahkan udang.
DeleteGitula kaedahnya lawak org Melayu kita....kehabisan modal.
ReplyDeleteMungkin tidak semua begitu. JOZAN masih boleh dipuji. Ramai lagi yang membuat lawak bijak tanpa perlu mengejek rupa paras orang lain.
Deletebetol tu kak..ada orang langsung tak pernh fikir perasaan org lain & rasa malu org..memang ada org jenis camtu macam seolah-olah dia sempurna..
ReplyDeleteKadang mereka merasa orang lain takda perasaan. Mereka rasa seronok mempersendakan diri orang lain untuk dijadikan bahan lawak.
DeleteSetuju.
ReplyDeleteLawak pd kita mungkin air mata bg org lain.
Yeah... aduhai. Sedih jika terkena diri kita sendiri, kan?
DeleteRasulullah SAW melarang kita mempersendakan sifat orang lain...
ReplyDeletesaya pun tak suka lawak macam tu....tak pikir perasaan orang...
ReplyDeleteTak baik gelakkan org. Tapi udang melingkar dalam pinggan tu pun tak baik juga buat kakak kecur semacam.
ReplyDeleteMemang tak baik lagelakkan kekurangan fizikal/kelemahan orang,
ReplyDeletetapi makchaq selalu jugak cerita kat member2 & gelakkan kesengalan diri sendiri..(tak tau la kenapa makchaq selalu buat benda sengal..)
Sambal petai -- masa anak2 kecik2 habih depa kutip petai, tinggai udang /ikan bilis ja.. mak abah terpaksa redho..
tulah namanya manusia kak
ReplyDeletekalau x cari salah org dan aibkan org x sah
harap2 kita x digolongkan dari org2 macam tuu kak huhuh
mmg gitu kalau tak kutuk org tak lawak namanya..
ReplyDeletecair air liur tengok sambal tumis tu...
melawak..bergurau tak salah..yang salah bila dalam melawak atau berjenaka tu kita dah mempersendakan rupa fizikal seseorang..serius...saya pun tak suka jenis melawak macam ni..
ReplyDeleteYup. Sy pnh tekankan bab ni dlm entri lama dulu. Bergurau dgn menjadikan keburukan org lain sbg modal. Kenapa? Orang gemuk itu kelakar ke? Org jongang tu kelakar ke? Kdg2, bercakap pun tak pk perasaan org len. Sy dulu pnh gak tersentap sbb sy ni bukan normal mcm org2 Msia yg ada. Jumpa je sy, gelakkan saya. Katanya, sy ni mcm gorila - tinggi besar
ReplyDeleteTersentap sungguh!
salam kak azieazah.salam kenal dari ahli baru KKA:)
ReplyDeleteorang anggap bergurau tapi yang terkena ni menusuk ke dalam hati..sedih..lawak tak kena gaya
sedap sambal udang+petai..memang wajib harum bilik air hahaha
alahaiii kak, feveret saya ni, sambal udang ngan petai...sedapppp sgttttt
ReplyDeleteTu la.. kehabisan modal barangkali.. Sedap benor tengok sambal udang tu.. Nur tak makan petai..
ReplyDelete