Tuesday, March 4, 2014

Catuan air ~ Hujan lebat ~ krisis hebat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
05-03-2014


Ahad lepas, saya hanya sempat masak sarapan Chicken Cabonara saja ketika air masih menderu dari kepala paip.

Kemudian saya dan MyToklaki pergi ke Kompleks Muhibbah (again) untuk sarapan hujung minggu kami. Rutin kami bersarapan berduaan pada hari Ahad, samada selepas balik pasar or sebelum ke pasar.


Kali ini dapatlah snap pintu masuk kompleks.

MyToklaki memang peminat tegar Pulut Kuning!


Pulut Kuning dia dah nak habis, baru order saya siap.



Pilihan saya, Fish & Chips. RM10.00 saja. Tu pun jenoh nak habiskan. Dengan harga camtu, dari segi rasa hanya boleh diberi 3 * saja la.

Hmmm... kita hadapi catuan air, kan? Balik dari pasar, jenoh berjimat air nak siang ikan yang berkilo-kilo. Alahai. Sabor jer lah!

Cuma, cadangan catuan air berselang 2 hari saya rasa sangat tidak praktikal. Kenapa tak buat berselang hari? Untuk menyimpan stok selama 2 hari dengan kadar tong dan tangki yang sedia ada sebenarnya tak cukup bagi kami yang agak ramai. Adalah lebih baik catuan berselang sehari bukan 2 hari. At least, simpanan boleh ditop-up. Kalu catuan berselang sehari, nak catu sebulan pun takpa!

Apapaun, saya rasa sangat kesian pada beberapa kawasan yang lebih teruk lagi contohnya Balakong yang dikatakan sebulan lebih langsung tidak berair.

Dan, alhamdulillah... beberapa hari ini hujan lebat semakin kerap membasahi bumi dan diharapkan kawasan-kawasan tadahan air akan bertambah dan bekalan mencukupi.

Makcik dah tak tahan ni... mandi tak puas! Ahaks!





 ~...HISYAM, walaupun bukan seorang lelaki yang dilihat cemerlang di mata setengah orang, tetapi dia tetap menjadi lelaki gemilang di hati SERI BULAN bukan kerana dia baik budi dalam nakal yang terkawal, tetapi juga ikatan janji SB yang menjadi pengikat hati tanpa sedar masa berlalu begitu lama dan janji tidak lagi diuji, budi tidak lagi dipuji...~




34 comments:

  1. dah la berjerebu,air pula kena catu... kesian .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alam kita semakin tidak menentu dan sedih melihat persekitaran semakin tidak sihat...

      Delete
  2. adala dosa-dosa kita yang membuatkan Allah murka, sehingga kita diuji begini, moga ramai yang amik iktibar, bukan sekadar merungut dan mengeluh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah kita manusia yg mudah lupa dan kurang menginsafi. Hikmahnya tetap ada samada kita rasai atau lewat menyedari...

      Delete
  3. bila takde air,setitik pun amat berharga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak. Bila dah tak cukup baru la nak berjimat-jimat...

      Delete
  4. Salam kak azie,
    Kawasan saya baru nak catu. mandi tak puas ya kak? cebur je..hehe. Rasanya nak syampoo pun kena jimat air kalau rambut lebat, huhuhu. Tak syok tak basuh rambut.
    Last Sabtu pergi tmn tasik menjalara, nampak surut air tasik. Moga kemarau cepat berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemarau ni saya ibaratkan sebagai suatu dugaan kepada kita. Semoga tiada antara kita yg melihatnya sebagai bala atau musibah...

      Delete
  5. Mandi sekadar basahkan abdan je ya Kak Azie?

    ReplyDelete
  6. cemana ye kalau tak de air sebulan..saya ni kalau tak de air sehari pun dah rasa nak nangis..susah le.dah la ada ank kecik.nak mandi solat ,membasuh payah sangt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa yg pernah rasa memang faham sangatlah akan kepayahannya...

      Delete
  7. alhamdulillah kawasan tempat tinggal saya tak kena tempias catuan
    kalau tidak jenuh juga kan
    kesian pada yang terlibat
    tapi hujan lebat ni, insya allah tak lama dugaan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan lebat jika sekadar sehari masih tidak dapat menampung kemerosotan paras air takungan. Harap2 catuan tidak berpanjangan...

      Delete
  8. tempat saya syukurlah takder ler pulak...memang rasa dah seksanyer..
    nampak sedapjer fish and chiptu.. tak sedap sangat yerk..
    saya juga peminat tegar pulut tapi suka yang putihjer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut Kuning ni memang dah jadi perkara biasa bagi kami. Pulut putih lak sesuai dimakan dgn pengat durian or kelapa dan ikan masin...

      Delete
  9. org balakong dh hampir 3 mgg xde air langsung..kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lori Syabas hantar air pun masih tak cukup nak cover keperluan penduduk. Tu yg sampai kes mengamuk dan marah tuu... memang kesian.

      Delete
  10. Mandi mcm cite p.ramlee tu...nanes.huhuhuh. Moga krisis berakhir dgn cpt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandi mcm P.Ramlee tu la yg tak puas tuu...

      Delete
  11. Alhamdulillah, taman sy tak de masalah air, tapi taman2 sebelah semua kena catu air dah..kesiann..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika taman2 sebelah dah kena catu, bersedia lah. Bimbang terbabit sama.

      Delete
  12. pagi2 dah makan fish&chips :P

    mmg tak puas bila mandi hanya guna 3/4 baldi air sahaja..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba mcm tingin nak makan Fish&Chips. Dah pegi pagi, makan pun pagi...

      Delete
  13. AA
    Alhamdulillah tempat I tak terjejas dek catuan air. Boleh mandi shower berkuak butterfly ...

    ReplyDelete
  14. AA
    Alhamdulillah tempat I tak terjejas dek catuan air. Boleh mandi shower berkuak butterfly ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiii sakan la dia mandi manda yerrrr... Untung laa

      Delete
  15. Assalamualaikum,
    macam sedap
    nampak sedap
    nyummmm nyummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut Kuning tu rasanya Kak Azie buat lagi sedap kot.
      Fish n Chips tu agak kureng. Mungkin yang di Papa Rich lagi sedap agaknya.

      Delete
  16. Takde pun gambar pulut kuning..
    Saya duduk kat Puchong buat masa ni air ok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak kahwin tinggal di Puchong ya.... Harap2 Puchong tidak terlibat dgn gangguan air.

      Delete
    2. Kalo puchong terlibat..mandi lombong la gamaknya..huhu

      Delete
  17. dengarnya nasib baik Melaka tak jadi catuan air..kawasan tadahan air masih mencukupi lagi......

    ReplyDelete
  18. Saya baru nak tadah air buat simpanan walaupun setakat ni tak dengar ura-ura nak buat catuan di kawasan saya.. Moga masalah yang kita tengah hadapi ni cepat berakhir hendakNYA.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails