السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-04-2014
Aduhai... lama betul saya tidak berperanan sebagai blogger sepenuhnya. Saya terpaksa mengenepikan sebentar tumpuan kepada blog kerana sudah hampir sebulan, masa saya terlalu banyak untuk kerjaya (kerjaya la sangat!). Sejak kebelakangan, terlalu banyak projek yang memerlukan ‘tarikh mati’ dan perlu tindakan segera.
Kesibukan membuatkan masa bekerja menjadi lebih panjang dari biasa (mujur jari tak panjang sama), dan saya biasanya tiba di rumah menjelang malam. Mana la saya ada selera nak ngadap laptop lagi dah. Walaupun saya lama tak update dan BW, tapi saya tahu musim sibuk saya akan surut dan keadaan akan kembali seperti biasa juga nanti...
Dan seperti tahun lalu, bila saja Pesta Buku Antarabangsa mula disebut-sebut, banyak tajuk (ratusan tajuk untuk puluhan ribu cetakan) mesti disiapkan, dicetak dan dibungkus untuk segera disedia-angkut ke dalam lori. Dan jadual tugasan juga mula di-tolakpi-tolakmai. Huhhh nasib la sapa yang tak suka duty di booth tapi nama naik. Saya jenis suka. Saya suka buku jadi bila nama naik untuk 2 hari saya dah happy dahhh...!
Ok itu citer hujung bulan. Citer yang sekarang ni sebenarnya bercampur aduk. Dalam gumbira ria saya meraikan genap setahun saya di bangunan ini, dengan kenaikan yang sangat di luar dugaan... bercampur dengan sedikit pahit dan sedikit kesedihan kerana hp kesayangan saya (Samsung Galaxy Grand) yang baru pakai 2,3 bulan saja sudah hilang dicuri orang.
Saya tidak pasti bagaimana ianya terjadi. Balik dari Pasar Pudu, sedar-sedar beg dah macam kena toreh:
Kesan torehan. Amatlah cuai saya, tak pernah pernah bawak shopping bag dan purse yang penuh kad ni ke pasar, tetiba boleh nak bawak. Dan ianya ditakdirkan terjadi. Syukur juga purse (sebenarnya card holder) tidak hilang sama sebab dalamnya ada RM430 cash!
Lalu bila hp yang sentiasa menjadi santapan mata pagi petang siang malam sudah tiada di tangan, selera saya terhadap media sosial terus berubah. Masih boleh FB dan sekali sekala blogging, tapi tidak sama semasa saya ada hp sendiri. Lalu Whatsapp pun saya tak register dah. Nasib laa..
Apapun saya masih sihat, masih cergas dan gumbira. Tiada perkara lain lagi yang menyedihkan saya. Semuanya baik-baik saja dan terkawal.
Dan hujung minggu ini saya akan mengulangi rutin tahunan seorang kaki jalan. Bercuti pendek untuk melihat negara orang. (*tajuk “Aduhai LAKI” = bersyukur sebab sejak jadi bini dia, tidak pernah saya dihalang berpergian ke mana-mana)
Tayang-tayang:
Kasut yang saya sempat beli di Festival Shoe hari tu. RM89.90 tetapi dijual dengan diskaun 50%. Ada lagi sepasang, tapi mana ntah pic nya...
~...musim mengintai di bawah tempurung mencari surat sudah menyusut pergi kerana HISYAM bagaikan sudah tidak pandai lagi mengarang ayat bercampur sudah tidak pandai lagi mereka cerita ceria tetapi SERI BULAN tetap merasai kerinduan itu semakin menggebu dan bakal tepu apabila setiap kali berpura rajin menyidai di ampaian, tempurung sudah tidak berisi surat berlipat empat lagi......~