Saturday, June 7, 2014

Kilauan Emas 4: final yang tak final...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
06-06-2014


Pasti ramai sekali pengikut setia program Kilauan Emas Musim 4 yang terkejut dan mungkin marah-marah kerana siaran konsert akhir yang dikatakan final itu sebenarnya belum final...! Astro oh Astro...

Agak kelakar sebenarnya, sebab di tempat kerja saya pada siangnya, ramai yang rata-rata berkejar nak balik awal semata-mata nak tengok Konsert Akhir KE4 ni. Maklum sebahagian besar rakan sekerja saya adalah golongan retro..!


Masa mula-mula Firman muncul dalam samar lampu, saya dok sangka itu Syed Sobrie! Cehhh... Firman nyanyi malam tu terukkkk...! Farahwaheeda buat sanggul camtu, udah sebijik macam Nurul. Huhhh tertipu oleh mata.

Sekali lagi, tahun ini finalist Kilauan Emas tiada wanita yang berjaya. Saya rasa orang pompuan yang sudah berusia memang susah nak pertahankan vokal sehebat penyanyi yang ada basic vocal class, dan latihan bertahun. Kalu setakat dok dalam studio setakat 3 bulan, plus bakat semulajadi, agak perit untuk menyaingi orang lelaki.


Pembukaan. Memperkenalkan finalist. Ala-ala Bujang Lapok. Tribute tu Bujang Lapok yang tidak pernah lapuk di hati kita.

Saya tak larat nak snap semua. Mana yang sempat saja lah...

Saya suka Abe Megat Nordin nih... Muka klasik. Sekali pandang macam pelakun teater/drama Azhan Rani pulak.


Zain@Renggo bekas vokalis kumpulan Arrow ni agak sukar diramal. Sekejap naik, sekejap turun undiannya. Tapi pada malam itu, suara Renggonya ketara sekali. Masih hebat!




Berbanding empat finalist lain, lagu baru ARIP inilah yang paling sedap sekali. Tajuk apa eh? Aku Tak Bisa? Hasil garapan Edry Abdul Halim. Sedap, tapi dengar melodi dah boleh teka, "sangatlah Kru nyaaa...!"

Tabik pada ARIP. Dia nyanyi lagu tu baik sekali!


Dan untuk lagu pilihan bebas, ARIP pilih lagu slow-rock Wing, Taman Rashidah Utama yang membuatkan penonton terpukau dan bersorak menyokong. ARIP memang talented!



Barisan juri tetap, dan juri undangan si cantik Erra Fazira. Ohhh Ziana Zain bertambah cantik di usia kilauan emas. Hahahaha macam Kajol pun ada...

Saya terlepas nak snap gambar masa artis undangan yang nyanyi lagu paberet saya Budi Setahun Segunung Intan. Sapa eh? Lupa plak saya. Yeaa itu memang lagu yang menjadi caller ringtone hp saya sekian lama...! (sehingga kengkawan saya yang dengar hp saya bunyi, akan panggil saya, "cik adikkk!")


NAS pernah beberapa minggu menduduki carta undian teratas, tapi saya berani kata malam final tu dia salah pilih lagu! Kesian. But berbaloi juga la RM10,000.


Megat Nordin sukar nak tandingi Ben, Arip dan Zain. So ok la tempat ke-4. Lagipun dia dah dapat RM15,000 hadiah penaja susu. Well, lumayan juga RM30,000.


Berdebar menunggu keputusan utama. Tapi bila Raja Azura umumkan mereka harus bertanding sekali lagi minggu depan dalam Konsert Mega Kilauan Emas, terus nampak ketara muka Zain yang macam tak puas hati dan terpinga. Alahai kesian...

Dikabarkan, malam final betul-betul nanti, depa kena nyanyi 3 lagu. Mungkin ini lah masanya untuk depa perbaiki dan memilih lagu dengan betul.

Saya rasa, antara sebab kejutan ini ialah, rating KE ini yang mencecah jutaan penonton. Lalu, penaja pun banyak. Bisnes is bisnes. Lumayan pak!

Begitulah adanya....

Dalam banyak-banyak realiti show di Astro yang bersifat hiburan, kami lebih memilih lawak. Kilauan Emas ini hanya ditonton oleh saya dan MyLaki saja. Bebudak memang tak layan laa. Bukan depa kenai pun penyanyi retro tu.

Itu jauh lebih baik dari tengok The Band yang dok harap rupa saja tuh. Bak kata MyToklaki, "ingatkan The Band ni pertandingan bebudak band main muzik".





~...musim mengemping bakal bermula dan akan bersaing dengan musim durian yang mula rahat gugurnya, lalu debur gugurnya menyamai alunan orang menumbuk emping dengan alu kayu yang licin di tangan tapi tajam di lesung, memaksa Mak Utih membuat janji agar HISYAM menjadi penjaga setia setiap kali SERI BULAN menyertai kumpulan belia yang bergotong royong mengemping di tepi Sungai Menghijau Lumut...~




4 comments:

  1. Saya retro mmg tak pernah miss tgk KE ini...hope Arip menang sebab kejujuran vokalnya terserlah....bawa apa lagu pun masuk jer berbanding yg lain...

    ReplyDelete
  2. KE yang musim sebelum nie saya tak pernah tonton la pulak tetapi KE4 nie follow dari awal sebab nak tgk Abe Megat Nordin. Hehehe....salah percaturan saya sebab ingatkan Nas dpr jadi juara sbb setiap minggu nampak cam bagus jer suara & persembahan dia

    ReplyDelete
  3. huhu..hari tu je layan masa intro..tu pun kes ingat dah final..tapi sat jela tgk.tak minat program nyanyi2 ni..

    ReplyDelete
  4. tak pernah tgk ... boleh la tgk nanti ... mcm kena fight jer dgn bebudak ...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails