Monday, September 29, 2014

Our quality time. How about you?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
29-09-2014


Saya nak highlight perkataan ‘masa berkualiti’ sepertimana komen blogger Aina di entri saya sebelum:


Lain orang lain cara. Lain rumah lain remah (tau remah tu apa?) Abaikan jika tak tahu.

Antara yang saya berani kata tentang masa berkualiti kami:
  • makan berhidang dulang besar, duduk bersila ramai-ramai di lantai. Dan siOmak masak sakan pluas buat air sedap — Teh O Ais Lemon jer pun.
  • ada ketika saya balik lewat, makan sendirian, sengaja amik nasi lebih sebab kemudian saya akan suap Chak dengan tangan saya (kekadang Alia pun menyibuk nak juga, sebab jeles).
  • depa main-main sambil gelak-gelak dengan si Cici tapi biasanya MyToklaki yang lebih-lebih!
  • ramai-ramai lepak tengok filem yang best, tapi biasanya acara sukan yang selalu boleh himpunkan semua orang duduk bersama depan tv.
Semua di atas berlangsung dalam rumah sempit saya jer.

Selain itu, acara keluar beramai-ramai menonton or makan di luar adalah kebiasaan dan kelaziman bagi kebanyakan kita.

Nak buat macam orang lain untuk acara yang lebih hebat, seperti bercuti berkelah sewa hotel sewa bot sewa resort chalet or seumpamanya... bukan budaya kami buat masa ini. Teringin la juga.

Saya yakin, jika dalam hati kita merasa itulah kegembiraan yang kita hayati dan hargai, sekadar makan di kedai mamak anak-beranak pun dah cukup happy dah. Kan?

Tayang-tayang:


MyKakDah, yang kini menetap bersama MyBonda di rumah kampung, dah start bela arnab. Wahhh gumuks nya!

Ada 4 ekor dah. Boleh la nak buat burger niii...!





 ~...antara jemu dan kasihan, antara kasih dan meluat mana satu agaknya yang bakal dipilih oleh HISYAM? ...~




Friday, September 26, 2014

Saya takda niat nak buat dia sedih...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
26-09-2014


Kesibukan bukan lagi menjadi alasan untuk kita orang pompuan mengelak nak buat kerja rumah or lain-lain tanggungjawab. Bagi yang anak ramai, laagi la banyak benda nak kena buat.

Terbiasa dengan keluarga besar sejak kecil hingga dah tua bangka, saya adalah orang yang tidak pernah ‘kering tangan’ 24 jam sehari. Tolak time tido pengsan ngorok berdengkur dan waktu lepak berjimba.

Tekanan kerja dan tuntutan masa yang dirasakan sendat (kita jer rasa tak cukup masa tu, padahal masa tu sama jer dengan masa orang lain) membuatkan kita sesekali sesak nafas. Apatah lagi zaman canggih kita tidak boleh tidak terpaksa juga mewujudkan sedikit masa untuk melayan media sosial. Alahai... sapa ler yang tak guna tepon pintar zaman skang nih? Hampir setiap saat nak tengok hp.

But, kerana di tempat kija saya, ‘main hp’ adalah larangan, jadi peluang nak ngadap memang terhad sangat. Kekadang jer curik-curik intai. Ini bukanlah suatu yang salah or masalah, memang waktu kerja dimaksimumkan untuk kerja.

Lalu terasa dalam certain keadaan, saya jadi ketinggalan. Takpa. Cari makan.

Bak kata CHAK suatu malam tu (selepas dia tengok jam dinding dan mengadap Mak dia makan), “Lambatnya mak balik.” (jam 10.12 malam ketika itu)

Mak: “Apa nak buat. Mak kan cari makan.”

CHAK pandang saya macam kesian dan sedih. Dia jawab, “Okey.”... and go.

Saya takda niat pun nak buat dia sedih. Sungguh!

***

Tayang-tayang (sebab dah takda benda nak tayang):


Salad, cili merah, dan cili padi jenis merah: 3 barang sebakul begitu hanya RM3. Percaya dak? Alhamdulillah. Pasar Pudu terus menjadi pasar pujian (dan pujaan) saya.

Dan semakin hari semakin ramai pulak yang rajin nak kirim sayur dan barang mentah dari sana. Uishhh kalu saya ada van bergerak ni, mau saya bukak bonet jual sayur kampung depan opis!






 ~...pengalaman menjadi petani baru belajar membuatkan HISYAM pernah serik sejak kaki terpersok dalam lubang bekas tikus dek kerana geli geleman sehinggakan SERI BULAN rasa hendak mengejek kerana dia pernah jatuh ke lubang kubang kerbau tanduk keweh pun tidak pernah jeran malah ingin lagi pura-pura jatuh...~




Tuesday, September 23, 2014

PERFUME: tolong maklumkan saya ya....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
23-09-2014


Entri ini saya adaptasi semula dari entri lama saya. Saya ulang siar dengan menambah di mana perlu. Kenapa?

Sebab saya dah tertengok promo di Astro Kixx (channel 728 or 729?), di mana filem PERFUME ini akan ditayangkan sekitar September—Oktober ini. Tapi saya tunggu masih belum ditayang lagi. Sesapa yang ternampak tarikh sebenar filem ini akan dimainkan nanti, mohon maklumkan ya...!

Kenapa? Sebab filem ni best. Best sangat!

Filem Perfume: The Story of a Murderer. Filem ni keluaran tahun 2006, tapi saya tak pernah tahu sebelum itu dan tak pernah sangka citer dia best... Pertama kali kami tonton masa tahun 2009 dulu.

Yang mula-mula tahu pasal filem ni tentulah IKA. Pastu dia bagitau ALONG. Biasanya kalu citer yang direkmen dek budak berdua nih, kompom best!...



*pic Google: ini ialah cover novel asal PERFUME ini. Menjadi novel laris sebelum diangkat menjadi filem yang hebat pula.

Watak utama adalah si pembunuh. Yang merupakan seorang yang sangat sensitif deria baunya sejak dilahirkan. Namun, lahir sebagai seorang yang kurang kasih sayang dan dia ‘terbunuh’ seorang perempuan. Dan agaknya itulah bermulanya orang Eropah (dalam filem ini negara Perancis) membuat minyak wangi dengan lemak manusia dan sebagainya..

Watak utama; Jean-Baptiste Grenouille telah berjaya menghasilkan formula untuk menghasilkan perfume yang akan dapat menjadikan orang berkasih sayang, namun untuk itu, dia perlu membunuh beberapa orang gadis yang masih dara untuk mendapatkan organ tertentu.

Memang suspens citer ni, sehingga ke kemuncaknya, dia berjaya mencipta perfume yang sangat sempurna. Sesiapa saja yang terbau perfume itu akan berasa terdorong untuk berkasih sayang, bernafsu dan seumpamanya lah..



Petikan dari web tentang filem ini:
Grenouille finds work in Grasse assisting with perfumes. After some experimenting, he succeeds in preserving the scent of a woman by cutting her hair, covering her in animal fat, and then distilling the fat. To force the woman to undergo the procedure, he must kill her. Grenouille embarks on a killing spree, murdering beautiful virgins and capturing their scents. He dumps the girls' naked corpses around the city, creating an uproar that threatens to tear the city apart. Nearing completion, Grenouille selects a beautiful young lady, Laura (Rachel Hurd-Wood), for his thirteenth scent, the lynchpin of his perfect perfume. Laura's wealthy father, Antoine Richis (Alan Rickman) realises the danger and attempts to flee the city with his daughter. Grenouille tracks her scent to a roadside inn and sneaks into her room that night. The next morning, Richis discovers Laura lying dead in her bed.




Fakta filem ini:
  • Ben Whishaw as Jean-Baptiste Grenouille, a young man with a powerful sense of smell. He murders more than a dozen women to create the perfect scent. 
  • Dustin Hoffman as Giuseppe Baldini, a washed-up perfumer who first teaches Grenouille how to capture smells and create perfume.
  • Rachel Hurd-Wood as Laura Richis, a beautiful lady and the subject of Grenouille's attention. Her scent, he feels, will complete his collection.
  • Alan Rickman as Antoine Richis, Laura's wealthy and powerful father.
  • Corinna Harfouch as Madame Arnulfi, a perfumer in Grasse who employs Grenouille at her flower garden.
  • Karoline Herfurth as The Plum Girl, Grenouille's first victim. Grenouille is forever haunted by the fact that, in killing her, he lost the sublime beauty that was her scent.
  • John Hurt as the Narrator.


Semua penduduk tahu dia bersalah. Dia akan dihukum gantung atas kesalahannya tetapi bila dia menuang setitis perfume ciptaannya ke atas saputangannya, semua orang tiba-tiba menjadi asyik masyuk, berahi... dan.. dan.. korang bayangkanlah apa yang berlaku sesama mereka.. (dalam filem tak tunjuk aarrr... tapi kita bleh agak). Jangan risau, part lucah tidak ditayangkan. Tapi jika di panggung, saya rasa ada.


Dia mengorbankan dirinya sendiri. Menuang seluruh perfume hebat itu ke badannya, dan dia dimakan oleh penduduk kampung halamannya sendiri. Yang dianggapnya sebagai suatu pengorbanan.





 ~...sejak menjadi pemastautin tetap Kampung Separuh Desa, HISYAM merasa bau rumput selepas hujan, bau daun getah selepas renyai lebih enak wangi bersulam bau beras diemping sehinggakan SERI BULAN tidak lagi menarik perhatian...~




Monday, September 22, 2014

Sebuah kehilangan lagi dalam keluarga kami....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
22-09-2014


Selepas 2 orang abang, dan arwah Ayah, keluarga kami kehilangan seorang lagi lelaki dalam keluarga kami. MyAbangIpar (suami Kak Yang), meninggal dunia sehari selepas ulangtahun kelahirannya yang ke 57. Di Hospital Taiping (selepas dibawa dari Hospital Parit Buntar). Diagnosis awal mendapati jangkitan kuman di paru-paru dan disahkan kritikal. Tidak sampai pun 24 jam dimasukkan ke ICU, beliau meninggal pada jam 7.50 pagi, 17 September lalu.

Tuhan Maha Menyayangi. Arwah memang seorang yang baik. Sangat baik. Sejak dari dia menjadi sebahagian keluarga kami, tidak pernah berlaku apa pun yang mengecewakan, melukakan atau yang pahit. Langsung tiada. Beliau memang seorang abang ipar dan ayah dan menantu yang baik.

Meninggalkan 7 orang anak, 2 orang menantu dan ramai anak-anak angkat serta ratusan anak-anak murid. Bermula dari guru biasa, hinggalah jawatan terakhir selaku Guru Besar, beliau memang menjadi orang yang setiasa dikenang.


Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Sangat mudah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak sehingga peringkat PPD.

Juga mendapat tempat persemadian yang mudah, di bawah pohon rendang dan di tepi jalan.


Mereka anak-anak yang baik. Rindu Abah sentiasa.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aaminn....





 ~...pernah sekali dulu, kala menghadapi kematian, SERI BULAN tidak ingin airmata dilihat orang tetapi HISYAM tahu sebuah kesedihan tidak semestinya dengan airmata, tetapi sebuah doa ikhlas yang jujur walaupun tidak terluah bait kata...~




Lamanya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
22-09-2014


Lamanya tak update.

Apa khabar agaknya kengkawan?

Hari ni first day school. Jalan dikatakan jem sana sini. Hmmmm... bertabahlah.

Saya: sibuk sana sini. Pelbagai peristiwa dan agenda keluarga. Yang sedia maklum dan juga yang saya tak bersedia nak maklumkan. Biasa la kan? Ada orang tak kisah kongsi semua luar dalam aktiviti setiap jam. Saya pilih-pilih. Yang P&C, biarlah kita simpan sebagai rekod peribadi saja.

Yang pasti, saya bukan malas nak update. Tapi alasan sama. Masa saya ada ketika sangat sendat. Ada ketika longgar sedikit. Well, jangan salahkan masa.

Salam ukhwah.

Nanti kita bercerita lagi.

Tayang-tayang:

Rempeyek Raya. Bukan untuk dijual.




 ~...HISYAM, tidak rindukah kamu?...~




Friday, September 12, 2014

Soalan exam UPSR bocor: so ridiculous...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
12-09-2014


Sejak hari Selasa lagi sebenarnya, telinga saya dah dengar pasal soalan UPSR 2014 dikatakan bocor. Mula-mula saya dengar paper English.

Next day, Rabu akhirnya Lembaga Peperiksaan mengesahkan terdapat kebocoran soalan kertas Sains. Lalu tangguh.

Dan petang semalam, sekali lagi disahkan paper English tu pun bocor juga sebenarnya. Dan bebudak dah amik pun paper English tu. Kesian.

Secara peribadi, saya ingin menulis kes ini di blog saya sebagai rekod peribadi. Kerana CHAK merupakan generasi terakhir dalam keluarga saya yang duduki UPSR, tahun ini. Kesian.

Saya memang tak sampai hati nak cerita tentang paper Sains kena tangguh, biar cikgu dia yang umum. Dan bila saya balik semalam, dia memang sedih dan marah sebab kena amik paper English lagi sekali. Sedangkan dia (dan ratusan pelajar lain) dah jawab ‘cantik’ dan cuba yang terbaik. Sungguh tekanan buat mereka. Depa ni baru 12 tahun. Terlalu muda untuk memahami kemelut “kelemahan & kesakitan” orang dewasa. Malah ramai yang tak faham pun apa makna “soalan bocor” ni...!

So ridiculous, right?

Insan yang terlibat tu, terdesak sangat kah? Dirasuahkah?

Saya tak habis fikir, kenapa nak buat sebegini. Menteri kata, sabotaj. Tapi ‘sabotaj low class’lah kalu nak bocor soalan budak 12 tahun...!

Sebenarnya, saya pun tak faham cemana soalan bocor itu dilakukan. Siapa sebenarnya yang benar-benar boleh buat ianya bocor? Pencetak? Si tukang taip soalan? Si despatch yang hantar soalan ke bilik kebal? (Bukankah biasanya polis escort soalan peperiksaan besar?)

Atau.... di peringkat lebih atas lagi, pegawai besar yang luluskan setiap helaian soalan? atau si pemegang kunci bilik kebal seludup masuk dek kerana upah yang besar?

Cemana depa buat eh? Ada sesapa boleh bagi gambaran paling hampir?

Apapun saya berharap, kes ini tidak mematahkan semangat bebudak 12 tahun ini untuk menjawab lagi nanti. Ada lah hikmah di atas kejadian ini kelak. Yang dah lepas tu biarlah lepas. Kita teruslah memberi semangat dan keyakinan semula kepada anak-anak kita.


****


Tayang-tayang:


Sarapan pagi. Goreng pisang berkeju dan coklat beras. (hahahaha.... direct translation!)

Kawan saya buat. Kerana saya bukan penggemar pisang, dan juga bukan peminat coklat, rasa secubit jer dah buat saya muak.







 ~...malam semalam walaupun bulan mengambang penuh dan awan masih memutih berkeliling lingkungan, SERI BULAN tetap terasa itu gambaran hatinya yang bukan pualam, lalu apabila menyebut tentang malam hari yang indah, HISYAM cuba mengenang zaman mereka di kota batu metropolitan yang bukan sahaja bulan susah dilihat, matahari pun segan menerbus...~




Thursday, September 11, 2014

Bocor lagi? huhh...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
11-09-2014


Paper Science exam UPSR 2014, disahkan bocor.

Bocor lagi?

Huhhh...!

LEMBAGA mana lah yang kasi bocor nih? Exam Tahun 6 pun nak kasi bocor? Come on laaarrr....! Tak beretika langsung!

Buat malu saja. Kasi susah orang saja!





 ~...SERI BULAN makan nasi berulam jantung pisang sambil mata pandang-memandang...~




Wednesday, September 10, 2014

Lelaki dan kambing, berpisah tiada... mengapa?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
10-09-2014


MyToklaki suka makan daging kambing. Tak kira apa. Kari. Sup. Panggang tu lagi la dia kejar.

Cuma saya tak pernah... diulang... tak pernah beli daging kambing di rumah. Kenapa eh? Entah. Yang pasti susah juga nak cari daging kambing mentah dengan mudah. Means, kalu nak, kena pegi cari sungguh-sungguh.

Dia, kalu tahu kat kenduri mana yang dia pegi tu ada lauk kambing, lauk lain memang tak mandang dah. Teruk!

Malam kelmarin dia beli Burger Kambing. Wahhh pertama kali saya tahu ada daging kambing burger plak. (Pak Ayob yang jual burger pelbagai jenis depan 7-Eleven Pandan Jaya tu memang terkenal betul.)

Saya, makan juga tapi tak sebanyak dia. Tapi pengalaman saya masak dan terlibat dengan urusan kambing panggang ni lebih banyak dari dia. Hahahaha!


Bersama blogger terkenal Junaina. Program AnakPerlis.com. Tahun bila eh?


Ketika aktif sebagai sukarelawan, program bersama anak-anak yatim.


Peace yo!

Tengok balik gambar lama ni, buat saya terlioq, nak pi cari kambing golek sekarang!


Masa CHAK kecik dulu, dia sangka ini adalah lembu! Hahahaha!

Berapa ramai peminat kambing di sini?




 ~...antara kuku kambing dan daging kambing tentulah amat berbeza di mata HISYAM tetapi dia tidak pernah tahu yang mana boleh makan yang mana boleh ditangan, kerana menyangka kuku kambing enak dibakar, daging kambing enak dikurma, sedangkan SERI BULAN berangan hendak belajar membakar tapi hasrat tak mungkin terjadi kerana Mak Utih ketawa bagai nak pecah perut setiap kali kambing melintas...~




Monday, September 8, 2014

UPSR: 1A = RM50? Amboi amboi amboiiii....! (K-Pop tak tinggal!)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-09-2014


Hari ini hari terakhir bebudak Tahun 6 nak study sebelum mula masuk dewan untuk peperiksaan sebenar UPSR.

Dalam rumah saya, CHAK menjadi orang terakhir dalam family yang akan duduki exam UPSR. Sepanjang tahun ini memang dia sibuk dengan pelbagai program sekolah. Dan bukan sikit duit juga yang dikeluarkan untuk sekian banyak program akademik. Yang mana saya yakini sejak sekolah SK Pandan Jaya wujud. InsyaAllah.

Tuition setiap hari termasuk Sabtu yang diadakan sendiri oleh cikgu sekolahnya bagi kami sudah memadai dan tidak memerlukan kelas tambahan luar lagi. Yang kadang-kadang saya rasa boleh mengelirukan dan memenatkan budak.

Minggu lepas, bermula Jumaat pelbagai program sepanjang hari sehingga lewat petang selama 3 hari (termasuk Sabtu & Ahad semalam) diadakan. Persediaan terakhir.

Sepertimana parents lain juga, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik. Saya sendiri tidak suka memberikan tekanan.

Tapi dalam dok rajin dan kalut buat latih-tubi, minat kepada Korea... langsung tak luntur.

Yang buatkan saya urut dada tu...

Si AMOI Along boleh plak beli (online) 2 buah buku biografi (buku bergambar disebut biografi ker?), sebuah kumpulan K-Pop yang top di sana. Aduhaiii...





Kalu tak silap, Die Jung ni nama photographer yang buat koleksi gambar kumpulan EXO nih. Saya mana lah tahu.



Ahli kumpulan EXO ni ada 11 orang, dan bebudak ni boleh hafal nama setiap orang. Pada saya muka sama jer, mata sepet!

Buku sekolah bleh ker hafal camtuh? Aduhaiii....


Buku ni takda teks, cuma penuh dengan ratusan pages gambar semata. Didatangkan sekali dengan CD video clip kumpulan nih.


Harga? Aduhai... memang mahal lah! Urut dada saya, sebab bagi saya RM200++ tu mahal lah. Orang lain mungkin biasa.

Dan,

si CHAK dah berangan, kalu dia dapat 1A = RM50. Amboiii... demand nampak! Berpeluh la semua orang...!


Kepada semua calon-calon UPSR dan UPSRA, anak-anak rakan blogger sekalian, semoga tenang dalam dewan peperiksaan, dapat menjawab yang terbaik dan kelak lulus dengan cemerlang. Aaminnn....!






 ~...antara mata yang bertentang pasti ada hati yang menentang, tapi siapa yang mampu menolak pandangan mata sedikit sepet si HISYAM pujaan hati sekian ramai anak dara Kampung Separuh Desa, yang apabila dia tersenyum pun, sudah ramai yang terasa longgar lutut bagai sotong lembik, dan hati ikut cair macam lipgloss terjemur panas sepertimana hati SERI BULAN juga kadang-kadang ikut panas sama...~




Friday, September 5, 2014

“Ambo la ni dah tak serupa mula...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
05-09-2014


Membaca tajuk, itulah yang dirasakan.

Saya dah tak serupa dulu.

Dulu rajin sekarang malas plus culas plus takda masa. Alasan? hmmmm....

Novel bertimbun pun tak terbaca dah. Kemudian saya dah nampak, novelis hebat Melur Jelita dah siapkan novel terbaru — Unsung Hero, kalu tak silap — dan saya teruja nak pegi cari. Tapi bila nak baca tuh?

Beberapa perubahan dalam kehidupan saya dan keluarga membuatkan beberapa perkara baru juga harus dibuat. Jangka panjang. Jangka pendek.

Big plan ialah, kami nak cari rumah lain di area sebelah sini. Damansara? Sg Buluh? or Rawang mungkin. Subang Bestari pun ok. Tapi dengan keadaan hartanah yang berpotensi tinggi, harga jangan cakaplah. Takpa. Survey lagi. Kalu ada orang nak lelong rumah teres, habaq mai nooo....

Perubahan lain, saya dah tak berapa kerap memasak. Aduhai, dah la tak berapa pandai masak, pastu kurang masa masuk dapur, bila nak pandai? Wuaaaaa!

Tayang-tayang?

Tiada siaran tayangan hari ini.

Yang pasti, demam lagi.





 ~..musim mengintai di bawah tempurung mencari surat sudah menyusut pergi kerana HISYAM bagaikan sudah tidak pandai lagi mengarang ayat bercampur sudah tidak pandai lagi mereka cerita ceria tetapi SERI BULAN tetap merasai kerinduan itu semakin menggebu dan bakal tepu apabila setiap kali berpura rajin menyidai di ampaian, tempurung sudah tidak berisi surat berlipat empat lagi.......~




Thursday, September 4, 2014

Cucu pertama MyToklaki dah setahun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
04-09-2014


MyToklaki dah ada cucu sorang. Cucu sedara. Adik perempuan dia dah bermenantu dan bercucu. Seorang cucu lelaki yang comel sangat...!

Sebelah saya, cucu sedara dah ada 4,5 orang. Anak buah saya dah ramai yang kahwin dan saya memang muda-muda lagi dah jadi nenek. Hahahaha muda? Wuekkkk!

Last Sabtuday, kami hadir di majlis sambutan ulangtahun 1 tahun cucu MyToklaki ni. Umar Thaqif turns 1...!


Kek Dibbo. Hampir semua berkonsepkan kartun Dibbo.





Pulut Kuning tu bukan saya punya. Saya tak sempat buat apa pun. Sebab datang pun selepas waktu kija. Tahu makan jerrrr...




Sayang Umar ketat-ketat!





 ~...sayang awak juga!...~




Wednesday, September 3, 2014

Badan sakit, air takda: sakit pulak hati kiter!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
03-09-2014


Memang ada memo di surau memaklumkan 2–3 September, gangguan air akan berlaku. Dan memang air takda di seluruh Pandan Jaya bermula malam kelmarin... sehingga pagi ini. Mungkin akan berlarutan sehingga malam ini. Sabor jer lah!

Selama kira-kira 25 tahun saya sekeluarga menetap di Pandan Jaya, gangguan bekalan air ni dah puluhan kali dah berlaku. Tapi saya tetap suka tinggal di sini. Sejak dari taman kecik yang serba ‘kosong’ dulu (kecuali banyak pokok dan hutan kecil), hari ini, lebuhraya pun ada depan rumah saya. Jem jangan cakaplah. Sejak ada lencongan dari MRR2 ke Shamelin dan lebuhraya ke Sg Besi, kurang dah sket jem tuh...

Dan air terus menjadi gangguan emosi juga. Hmmm...

Sejak semalam juga, gusi saya bengkak tanpa sedar tanpa sebab. Bangun pagi tengok dah bengkak sebelah. Kerana saya ni orangnya besarrrRRR termasuk muka, takda sapa perasan pun pipi saya bengkak. Hahahaha untung kan saya? ayat pujuk hati sendiri kunun.

Tapi menjelang petang saya demam di tempat kerja. Telan Paracetamol 2 biji dan malam balik kerja terus jumpa ‘doktor paberet’ saya.


Memang doktor said, gusi bengkak tu menyebabkan saya rasa macam demam tapi suhu tidak tinggi.

Agak kelakar bila doktor kata, “U need rest?”

Saya menolak, “Tak sesuai la saya nak MC doktor. We’re busy”.

Doktor: “Biasanya, ladies malu bila pipi bengkak.” Sambil gelak-gelak. Nakal lah doktor hensem nih!

Saya: “Takpa doktor. Pipi saya bengkak tapi saya masih boleh kerja.”

So saya tak MC pun hari ini.

Doktor minta saya datang lagi after 3 days. Jika bengkak tak susut, kena injection. No thanks la, Doktor.






 ~...sungguh bimbang Mak Utih hendak meninggalkan SERI BULAN sendirian sepanjang pemergian beberapa hari ke kampung Tenggara kerana mengurut orang patah paha walaupun HISYAM setia menjadi penjaga pagi hingga senja tetapi di malam hari SERI BULAN rela tidur di ambin asal sahaja HISYAM setia berada di tangga meneman bersama cerita lama dan kisah merentas masa yang pernah mereka janji untuk dibincangkan dalam ertikata “serious consideration”...~




Tuesday, September 2, 2014

Berbuat baik tidak rugi, walau yang baik itu belum tentu berbalas baik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-09-2014


Sebenarnya saya orang baik, kan? Hehehehe apa jenis soklan.

Tentulah kita semua orang baik, kan?

Hubungan saya dengan rakan sekerja sejak dulu memang baik. Tetapi bukan terlalu baik sehingga boleh kuar ke mana-mana bersama selalu, or mesti kunjung mengunjung rumah selalu or bercerita luar dalam tanpa batas. Tidak.

Baik di sini, saya baik dengan semua orang. Seadanya.

Dan baiknya saya lagi ialah, saya jarang nak say NO kepada hampir semua permintaan minta tolong dari kengkawan sekerja. Yes, itulah saya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya menjadi orang perantara untuk beberapa orang kawan yang minta tolong belikan barang.

Contoh ketara, belikan barang keperluan suri rumah. Maklum ramai kami bekerja sehingga malam dan jarang ada peluang ke kedai-kedai runcit kecuali weekend dapat ke pasar.

Sebab itu, kadang-kadang berus cuci pinggan pun kirim pada saya untuk beli. Ini perkara kecil dan biasa bagi saya. Tak pernah memberikan sebarang masalah pun.

Kemudian melarat kepada benda-benda lain yang lebih besar. Sekian banyak siri “belikan” ini, baru kini saya nak snap gambar:


Sorang kirim lemon. Sorang kirim apron dapur (ini apron yang ke-4 kirimannya). Yang dalam plastik tu, Kuah Sengkuang Colek.


Kacang tumbuk (ready made) ini antara yang popular. Sebab boleh digunakan terus. Petai tu saya punya, sekadar nak puaskan tekak di musim petai tengah lebat dan murah ni.

Tiada dalam gambar:
  1. Ikan kembung 1 kg kiriman Kak L (sebelum ini dia kirim Ikan Talapia. Minggu sebelumnya dia kirim Ikan Tongkol)
  2. Kacang bendi RM1
  3. Labu manis separuh
*semua import dari Pasar Pudu

Juga card cover yang dibeli dari tempat kerja Ika. Sudah ramai yang menggunakan cover card sebegini. Saya jual murah sebab Ika boleh dapat dengan harga staf.

Hampir setiap minggu ada saja benda yang dikirim dek kengkawan. Meriah.

Mana yang saya boleh tolong, insyaAllah pasti boleh. Kita tak wajar harap orang yang kita tolong akan balas budi kita, tapi mungkin orang lain pula yang berbuat baik kepada kita. Lain masa lain hari.





 ~...antara SERI BULAN dan HISYAM masing-masing berhati baik, masing-masing sentiasa cuba menjadi yang terbaik walaupun HISYAM masih kekal dengan nakal, SERI BULAN masih kekal dengan degil, tetapi aura yang bercampur sejak hari pertama, kedua dan seterusnya mungkin sehingga hubungan sahabat menjadi cinta...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails