Tuesday, September 23, 2014

PERFUME: tolong maklumkan saya ya....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
23-09-2014


Entri ini saya adaptasi semula dari entri lama saya. Saya ulang siar dengan menambah di mana perlu. Kenapa?

Sebab saya dah tertengok promo di Astro Kixx (channel 728 or 729?), di mana filem PERFUME ini akan ditayangkan sekitar September—Oktober ini. Tapi saya tunggu masih belum ditayang lagi. Sesapa yang ternampak tarikh sebenar filem ini akan dimainkan nanti, mohon maklumkan ya...!

Kenapa? Sebab filem ni best. Best sangat!

Filem Perfume: The Story of a Murderer. Filem ni keluaran tahun 2006, tapi saya tak pernah tahu sebelum itu dan tak pernah sangka citer dia best... Pertama kali kami tonton masa tahun 2009 dulu.

Yang mula-mula tahu pasal filem ni tentulah IKA. Pastu dia bagitau ALONG. Biasanya kalu citer yang direkmen dek budak berdua nih, kompom best!...



*pic Google: ini ialah cover novel asal PERFUME ini. Menjadi novel laris sebelum diangkat menjadi filem yang hebat pula.

Watak utama adalah si pembunuh. Yang merupakan seorang yang sangat sensitif deria baunya sejak dilahirkan. Namun, lahir sebagai seorang yang kurang kasih sayang dan dia ‘terbunuh’ seorang perempuan. Dan agaknya itulah bermulanya orang Eropah (dalam filem ini negara Perancis) membuat minyak wangi dengan lemak manusia dan sebagainya..

Watak utama; Jean-Baptiste Grenouille telah berjaya menghasilkan formula untuk menghasilkan perfume yang akan dapat menjadikan orang berkasih sayang, namun untuk itu, dia perlu membunuh beberapa orang gadis yang masih dara untuk mendapatkan organ tertentu.

Memang suspens citer ni, sehingga ke kemuncaknya, dia berjaya mencipta perfume yang sangat sempurna. Sesiapa saja yang terbau perfume itu akan berasa terdorong untuk berkasih sayang, bernafsu dan seumpamanya lah..



Petikan dari web tentang filem ini:
Grenouille finds work in Grasse assisting with perfumes. After some experimenting, he succeeds in preserving the scent of a woman by cutting her hair, covering her in animal fat, and then distilling the fat. To force the woman to undergo the procedure, he must kill her. Grenouille embarks on a killing spree, murdering beautiful virgins and capturing their scents. He dumps the girls' naked corpses around the city, creating an uproar that threatens to tear the city apart. Nearing completion, Grenouille selects a beautiful young lady, Laura (Rachel Hurd-Wood), for his thirteenth scent, the lynchpin of his perfect perfume. Laura's wealthy father, Antoine Richis (Alan Rickman) realises the danger and attempts to flee the city with his daughter. Grenouille tracks her scent to a roadside inn and sneaks into her room that night. The next morning, Richis discovers Laura lying dead in her bed.




Fakta filem ini:
  • Ben Whishaw as Jean-Baptiste Grenouille, a young man with a powerful sense of smell. He murders more than a dozen women to create the perfect scent. 
  • Dustin Hoffman as Giuseppe Baldini, a washed-up perfumer who first teaches Grenouille how to capture smells and create perfume.
  • Rachel Hurd-Wood as Laura Richis, a beautiful lady and the subject of Grenouille's attention. Her scent, he feels, will complete his collection.
  • Alan Rickman as Antoine Richis, Laura's wealthy and powerful father.
  • Corinna Harfouch as Madame Arnulfi, a perfumer in Grasse who employs Grenouille at her flower garden.
  • Karoline Herfurth as The Plum Girl, Grenouille's first victim. Grenouille is forever haunted by the fact that, in killing her, he lost the sublime beauty that was her scent.
  • John Hurt as the Narrator.


Semua penduduk tahu dia bersalah. Dia akan dihukum gantung atas kesalahannya tetapi bila dia menuang setitis perfume ciptaannya ke atas saputangannya, semua orang tiba-tiba menjadi asyik masyuk, berahi... dan.. dan.. korang bayangkanlah apa yang berlaku sesama mereka.. (dalam filem tak tunjuk aarrr... tapi kita bleh agak). Jangan risau, part lucah tidak ditayangkan. Tapi jika di panggung, saya rasa ada.


Dia mengorbankan dirinya sendiri. Menuang seluruh perfume hebat itu ke badannya, dan dia dimakan oleh penduduk kampung halamannya sendiri. Yang dianggapnya sebagai suatu pengorbanan.





 ~...sejak menjadi pemastautin tetap Kampung Separuh Desa, HISYAM merasa bau rumput selepas hujan, bau daun getah selepas renyai lebih enak wangi bersulam bau beras diemping sehinggakan SERI BULAN tidak lagi menarik perhatian...~




21 comments:

  1. Kalau kakcik 'terserempak' dengan tayangannya, nanti kakcik bagitahu ya... :)

    ReplyDelete
  2. wahhh..... review akak buat sy tertarik dan takut nk menonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik tapi tak la takut. Horror sikit jer.

      Delete
  3. cerita favourite wife saya tu.. tapi xdelah show yang ganas pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tak ganas. Ganas lagi filem Hunger Games tuh..!

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. sy lak tertarik nak tgk citer nih.. hehe.. cam besh jew.. :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Latar lokasi citer ni di Perancis. Memang menarik.

      Delete
  6. kak azie, macam menarik je cerita ni. nanti saya pun nak check la bila tayangan dia. kalo kak azie da tau, nanti update kat blog yer..

    ReplyDelete
  7. ALAMAK, CAM BEST
    ADA CD TAK? NAK BELI LAH

    ReplyDelete
  8. Saya pernah tengok version yang dulu. Memang best walaupun bukan genre filem saya. Selamat menonton kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem ni jenis thriller dan romance. Saya rasa utk budak2 kurang sesuai. Ada scene 18SX tapi jika di tv biasanya depa cut...

      Delete
  9. Akak saya tengok kat wayang beberapa tahun lepas. Memang nudity la filem ni. Ending dia..

    ReplyDelete
  10. ooo..citer ni..pernah tengok dah dulu...memang best..nanti ada kat Kix ye?/boleh la tengok ..

    ReplyDelete
  11. Sambil baca saya membayangkan apa yang berlaku.. pasti cerita ni menarik kan.. ;)

    ReplyDelete
  12. lama tak singgah.. saja nak cop je

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails