Friday, September 12, 2014

Soalan exam UPSR bocor: so ridiculous...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
12-09-2014


Sejak hari Selasa lagi sebenarnya, telinga saya dah dengar pasal soalan UPSR 2014 dikatakan bocor. Mula-mula saya dengar paper English.

Next day, Rabu akhirnya Lembaga Peperiksaan mengesahkan terdapat kebocoran soalan kertas Sains. Lalu tangguh.

Dan petang semalam, sekali lagi disahkan paper English tu pun bocor juga sebenarnya. Dan bebudak dah amik pun paper English tu. Kesian.

Secara peribadi, saya ingin menulis kes ini di blog saya sebagai rekod peribadi. Kerana CHAK merupakan generasi terakhir dalam keluarga saya yang duduki UPSR, tahun ini. Kesian.

Saya memang tak sampai hati nak cerita tentang paper Sains kena tangguh, biar cikgu dia yang umum. Dan bila saya balik semalam, dia memang sedih dan marah sebab kena amik paper English lagi sekali. Sedangkan dia (dan ratusan pelajar lain) dah jawab ‘cantik’ dan cuba yang terbaik. Sungguh tekanan buat mereka. Depa ni baru 12 tahun. Terlalu muda untuk memahami kemelut “kelemahan & kesakitan” orang dewasa. Malah ramai yang tak faham pun apa makna “soalan bocor” ni...!

So ridiculous, right?

Insan yang terlibat tu, terdesak sangat kah? Dirasuahkah?

Saya tak habis fikir, kenapa nak buat sebegini. Menteri kata, sabotaj. Tapi ‘sabotaj low class’lah kalu nak bocor soalan budak 12 tahun...!

Sebenarnya, saya pun tak faham cemana soalan bocor itu dilakukan. Siapa sebenarnya yang benar-benar boleh buat ianya bocor? Pencetak? Si tukang taip soalan? Si despatch yang hantar soalan ke bilik kebal? (Bukankah biasanya polis escort soalan peperiksaan besar?)

Atau.... di peringkat lebih atas lagi, pegawai besar yang luluskan setiap helaian soalan? atau si pemegang kunci bilik kebal seludup masuk dek kerana upah yang besar?

Cemana depa buat eh? Ada sesapa boleh bagi gambaran paling hampir?

Apapun saya berharap, kes ini tidak mematahkan semangat bebudak 12 tahun ini untuk menjawab lagi nanti. Ada lah hikmah di atas kejadian ini kelak. Yang dah lepas tu biarlah lepas. Kita teruslah memberi semangat dan keyakinan semula kepada anak-anak kita.


****


Tayang-tayang:


Sarapan pagi. Goreng pisang berkeju dan coklat beras. (hahahaha.... direct translation!)

Kawan saya buat. Kerana saya bukan penggemar pisang, dan juga bukan peminat coklat, rasa secubit jer dah buat saya muak.







 ~...malam semalam walaupun bulan mengambang penuh dan awan masih memutih berkeliling lingkungan, SERI BULAN tetap terasa itu gambaran hatinya yang bukan pualam, lalu apabila menyebut tentang malam hari yang indah, HISYAM cuba mengenang zaman mereka di kota batu metropolitan yang bukan sahaja bulan susah dilihat, matahari pun segan menerbus...~




11 comments:

  1. tamak haloba manusia berbagai rupa.Nak duit senang.Nak nama.Nak gah.Sbb musabab hal ni terjadi.Juga atas kelalaian,tak amanah,sabotaj...mcm cm hal no la ni.Apa pun harap sianak tak patah semangat.

    ReplyDelete
  2. sangat ridikiles!!

    Pisang goreng tu mmg sedap..tapi saya memusuhi pisang goreng tu buat sementara waktu ( mood diet)...hahaha

    ReplyDelete
  3. Kak Aziee....saya stress! Saya dah nanges. Saya kecewa. Anak2 kita apatah lagi. Betul la low class kan kak. Kesiannya mereka yang dah all out. Saya risau sangat2.

    ReplyDelete
  4. setiap tahun mesti ada kes macm ini,hope masa akan datang akan lebih alert.
    nak ulang balik bukan sesuatu yang mudah kesian dekat budak2 upsr ini.hope bersabar yerk adik-adik

    ReplyDelete
  5. saya pun rasa sedih dan geram kak..

    ReplyDelete
  6. Femes le pulak pisang berkeju tu tp sy masih tak berkesempatan me rasanya.

    ReplyDelete
  7. Tak kena pada ahli keluarga kita pun rasa kesian..bila fikirkan salah orang lain tapi akibat ditanggung semua..huh. macam2..

    ReplyDelete
  8. Malangnya keadaan semua calon UPSR tahun ni.
    Kasihan mereka.. hanya disebabkan ada yang mengambil kesempatan membuatkan budak berumur 12 tahun menjadi mangsa.. mereka baru berusia 12 tahun.. bukan 21 tahun..!

    ReplyDelete
  9. saya punya adik pun meraung bagai nak rak buat tahu kena buat sekali lagi
    memang totally ridiculous
    tapi ni semua kena semak balik sebab semua cikgu atau sekolah sibuk
    nak pelajar mereka pandai, maka ada saja lubang untuk memastikan gelaran terbaik tu milik mereka
    atau mungkin ibubapa tu sendiri
    who know kan? jadikan pengajaran

    ReplyDelete
  10. ingat masa zaman saya dulu pun dah ada exam bocor, tapi tahun2 sebelum tu pun dah ada jugak kan? sampai la sekarang......

    ReplyDelete
  11. UPSR adalah permulaan...kalau nak ikutkan dari zaman aku sekolah dulu banyak dengar kisah bocor nie...tapi zaman sekarang kebocoran kertas soalan di tahap global...hana di hujung jari.....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails