Monday, October 27, 2014

Kritikan tentang rasa di Ayob’s Cafe: saya minta maaf...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-10-2014


Saya membaca semua komen tentang entri sebelum Ayob’s Cafe. Saya kemudian sedar kritikan spontan-lagi-jujur saya rupanya merudumkan sebahagian besar keterujaan pembaca yang mulanya excited bila lihat dekorasi kedai makan tu.

Saya tidak pernah (sebelum ini dalam mana-mana entri pun), tidak pernah terniat nak “jatuhkan” mana-mana bisnes makan bila saya menulis tentang kedai makan depa. Sebab apa yang saya pernah tulis selama ini adalah selepas saya mencuba. Bukan main dengar cakap orang saja. Dan saya juga tidak harapkan orang percayakan apa yang saya tulis dan kritik itu 100%. Apa yang kita tulis, mengikut piawaian mata dan lidah kita sendiri, kan?

Sila cuba. Cuma ada ketika saya rasa bersalah menulis ayat ‘saya tak rekmen’. Mungkin saya tak patut. Sebab lain orang, lain rasa lidahnya. Well, saya rasa saya perlu membuang perkataan ‘tak rekmen’ itu dari entri berkaitan makan di mana-mana kedai. Apapun saya rasa saya telah cuba berlaku adil kepada semua peniaga. Mana-mana yang best dan menepati citarasa, pasti saya akan promote kaw-kaw dan cerita sakan-sakan.

Tidak ramai orang suka dikritik. Saya pernah kena tegur. Saya pernah kena puji bab memberikan kritikan dan kredit kepada beberapa kedai makan. Juga kepada beberapa program. Yang saya suka. Yang saya lihat kemudian saya tulis. Well... kita menjadi blogger harus jujur, right?

Apapun secara peribadi, mana-mana pembaca yang bernama status pekedai makan, saya mohon maaf jika pernah saya mengkritik menu kedai anda, dan anda tidak suka.

Tayang-tayang:


Lunch saya hari tu. Sekali sekala, tanpa ayam goreng tanpa kari mewah-pekat, tanpa sambal tumis merah menyala... saya tukar kepada Ulam Raja, Togey Kasar (celur dengan sup yong-tau-fu, so ada rasa enak seafood). Dan... yang menjadi ‘hero’ ialah yang dalam botol tuh! BUDU....! Sengaja tidak menayang Ikan Kembung Goreng seekor dan nasi putih sepenuhnya. Andaikan saja, nasi tu berjumlah 3 pinggan! hahahahaha!





 ~...musim tengkujuh hampir bermula suku masa, dan keceriaan SERI BULAN sudah dapat diterka dek HISYAM dan Mak Utih sekeluarga, lalu mereka bersedia bila-bila masa sahaja, air Sungai Menghijau Lumut akan melimpah, rakit tidak lagi boleh dipawah, pokok getah tidak lagi dapat bermewah dan HISYAM merasa sudah sampai masanya dia menunaikan janji menjadi Penglipur Lara di serambi tidak berdinding, mengadap SERI BULAN sambil mencicip kopi panas berasap yang tawar pun tidak dihambar...~




23 comments:

  1. Saya suka entri yang jujur, betul akak kata citarasa kita semua tak sama, tapi berlaku jujur lagi baik..Saya jenis yang kalau orang kata sedap ke tak, saya akan cuba sendiri..Kalau ok, oklah kalau tak ok pun jujur je hehe...Peniaga kenalah terima yea tak, dikritik kan untuk kebaikan..

    ReplyDelete
  2. menggoda sangat ni kak...saja nak mendera perasaan kami nih..apa pun makanan ni jugak yang lebih best dari Ayobs cafe ..kan kak?

    ReplyDelete
  3. Kak Azie. Ayob ni, selain dari kedai kat Kota Damansara, dia ada juga gerai difood court sebelah Atria Damansara..A9 nama nya. Ini lebih happening walaupon gerai dan panas hehe sbb ada western waktu lunch hour dn goreng2 juga
    Sebenarnya tukang msak dia dalah anak2 Ayob sendiri dan kalau Ayob sempat,dia sendiri yg masak.
    Betul, western dia sedap, dan kalau yg goreng2 ni, try nasi goreng belacan dia .. Mungkin bukan rezeki k Azie masa dtg hari tu ..
    Hehe saya bukan ada share dgn Ayob, cuma mmg dah jadi pelanggan setia dia lebih dari 10 tahun..
    Try google nama Ayob cafe.. Byk juga saya nampak good review psl kedai dia..

    ReplyDelete
  4. Saya sokong kejujuran anda! Maybe time tu, chef was having a bad cooking day (ala ala bad hair day gitu). After all kita kat rumah pun kadang-kadang masak tak berapa jadi. Saya lah tu....

    ReplyDelete
  5. Saya suka entry yg jujur.
    Dan saya rasa, pembaca yg matang akan tahu, komen tentang " rasa makanan" di sesuatu tempat itu, tertakluk kpd 'tekak si pengomen'....Pun begitu, ia boleh menjadi kayu aras..:)
    Saya rasa entry kak azie tu fair enough. Ada kredit diberikan atas hiasan kedai, ada komen yg jujur tentang rasa makanan. Kalau owner Ayub cafe nak maju, maka dia perlu take comment secara terbuka, dan buat penambahbaikkan apa yg perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said, dik. Kak Azie, saya setuju 100% dengan komen adik doktor ni.

      Delete
    2. yup betul tu.. hiasan kedai tu memang unik dan klasik.. saya tak rasa kak Azie nak burukkan keadaan.. kalau saya sendiri.. saya akan pergi dan cuba menu di sana tapi takkan amiklah menu yang kak azie pilih tu.. lagipun tentu banyak choice dengan tekak kita kan.. ;)

      Delete
  6. Bagus jika kita berkata benar...

    ReplyDelete
  7. Sy senang ngan blog yg jujur.. wlpun mungkin bg org lain itu negatif.. tp atleast blogger berkata yg benar.. huhu

    ReplyDelete
  8. Mmm, sy lagi suka org yg jujur. Pernah terkena. Promote habis-habisan kedai makan. Bila kita pergi, kecewa yg amat.

    ReplyDelete
  9. betul juga tu kak
    kalau saya pun begitu, tak bagus, maka tak baguslah saya katakan
    mungkin betul bukan semua tekak sama
    tapi kita bercerita pasal tekak kita

    ulam raja tu paling mengacam jiwa dan raga kak wei! =)

    ReplyDelete
  10. Berkata benar walaupun ia pahit umpama hempedu....

    ReplyDelete
  11. terkadang kejujuran kita tidak disenangi oleh pihak lain sedangkan tiada niat nak kenakan sesiapa....begitulah kak adatnya......

    ReplyDelete
  12. Bunda memang suke pun menu simple2 camni...kurang lemak...kurang santan...kurang pedas....

    Faktor usia pun sama...

    ReplyDelete
  13. saya juga sukakan kejujuran, memudahkan 'elimination process'. kadangkala kita pilih suasana, ada masa pula harga jadi ukuran, tapi biasanya rasa untuk lidah yang merasa. juga komen jujur memberi ruang untuk penambahbaikan. manusia semuanya unik dengan cara masing2

    ReplyDelete
  14. Sepatutnya tuan punya kedai kalau terbaca terima secara positif buat penambah baikkan.

    ReplyDelete
  15. Itulah realiti biasa walau tujuan komen adalah jujur..
    Tapi ada yg tak suka.

    ReplyDelete
  16. jarang orang boleh terima kritikkan nie

    ReplyDelete
  17. review tempat makan dlm blog mmg best. dan pembaca kene tahu , kalau review tu ikut tekak si pemakan la kan. setgh org tak suka. so.. faham la kan.

    ReplyDelete
  18. hanya pernah masuk Ayobs cafe beberapa kali, tapi mungkin cawangan yg saya
    masuk tu ok kut. So no komen sangat la.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails