Friday, October 17, 2014

Port paling best untuk bergossip adalah dapur...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
16-10-2014


Pompuan dan bergosip sudah fitrah sejak azali memang tak boleh pisah. Pot-pet pot pet. Cakap pasal orang. Cakap pasal laki orang. Pasal anak orang. Harta orang. Fizikal orang. Keburukan orang. Kelebihan orang pun. Apa saja yang boleh dijadikan bahan. Itulah kenyataannya fitrah orang perempuan.

Bergossip sejak zaman dulu kala, bermula dari serambi rumah jiran, tangga rumah tetangga, tepi jalan, kat kedai runcit, kat tepi sungai masa basuh kain... sentiasa ada sejak dulu.

Zaman hari ini, bergossip di tingkap ke tingkap, melarat ke telefon, sms, whatsapp... hmm jangan lupa dalam blog juga.

Bila berkumpul apa story paling best? Janganlah menafikan, sikit sebanyak mesti nak sebut pasal orang tu, pasal orang ni. Sepertimana kita cakap, begitu juga orang lain pasti akan cakap pasal kita. Hmmm... lumrah alam yang kita tak boleh elak, tak boleh nak menidakkanya.

Lalu seboleh mungkin, berusahalah untuk melindungi sesuatu yang saya sebut ‘privacy’. Apatah lagi kisah duka, kisah pahit atau kisah kontroversi. Contoh: kisah cerai, kisah anak terjebak dadah, anak gagal periksa, kisah laki curang... etc.. etc .... yang menjadi isu paling best untuk di‘kata-kutuk’ orang — spesis Joyah.

Bagi generasi muda, ada yang tak faham kenapa golongan suka gossip-umpat ini diberi nama Joyah. JOYAH adalah nama satu watak sebegitu yang ditunjukkan dalam drama bersiri popular sekitar 80-an dulu, drama Opah. Ada satu watak perempuan kampung yang kepohchi dibawa oleh Norlia Gani bernama Joyah. Memang busy body sungguh. Memaparkan watak surirumah kampung yang memang wujud pun sehingga hari ini.

Lalu sekarang, mana-mana perempuan yang suka kepochi, akan diberi gelaran JOYAH!

Jaga-jaga tauu....!



Pic contoh: masa Syawal lalu.
Lokasi: dapur rumah MyBonda di kampung.

Kami berkumpul adik beradik ipar-duai-lamai. Bergossip tentang orang yang tak balik laaa...! hahahaha!



Dapur memang menjadi port untuk bergossip paling best, paling sesuai. Betui dak? Sambil berselfie-selfie. Hahahaha... layan kan saja!



Ini dapur@pantri tempat kija saya. Pantri terbuka (non-halal pantry berada di tingkat bawah sekali). Sengaja tidak dibuat di dalam bilik. Untuk mengelakkan ada grup berlonggok@bersembunyi. Saya suka pantri terbuka begini, kerana setiap orang boleh nampak siapa yang berada di dapur.


Tayang-tayang:


Burger Aloha. Order dari Restoren Outer Box, Seksyen 6 Kota Damansara. Kenyang sampai malam!




 ~...bukanlah SERI BULAN tidak pernah sedar tentang kata-tegur dari orang keliling termasuk umpat-nista dari sekian ramai anak dara Kampung Separuh Desa tentang betapa akrabnya dia dengan HISYAM tetapi bukan sifatnya juga untuk mempertahankan diri selagi mana HISYAM juga tidak berminat untuk menepis kata, lalu selagi mana HISYAM masih setia atas nama SB, SERI BULAN yakin hubungan mereka tidak akan serpih atau retak macam kena tetak...~




14 comments:

  1. Mengata tu memang sedap tapi kalau tak dimaafkan, akan kita terima natijahnya - tak di sini, di sana...

    ReplyDelete
  2. Memang pun, dapur lah tempat yang paling sedap untuk bergossip dan berkongsi berita.
    Tapi kami adik-beradik hanya gossip kan hal kami adik beradik je.Kutuk mengutuk manja
    sesama sendiri. Dapur adalah tempat yang paling istimewa untuk mengiratkan siratulrahim
    sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. sebenarnyer..sambil mulut menyumbat makanan, makin la laju kita berpok pek..
    eh beger tu warna merah eh..

    ReplyDelete
  4. selalunya kalau berkumpul adik beradik gini
    kitorang akan berseloroh sakat orang tu
    sakat orang ni..meriah kan! :)

    ReplyDelete
  5. saya teringat watak joyah tu, memang selalu dok tertunggu cite opah satu ketika dulu
    tapi sememang dapur port paling sesuai walau sekarang dah advance =)
    untung pantry diasingkan, saya ni campur. tensen kadang tu
    burger tu uniklah kak, sedap tak?

    ReplyDelete
  6. Salam kak..menariknya burger tu...yg merah tu apa roti ke dgg ?
    "Opah" citer family yg sy suka tengok masa kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  7. kite kalau balik umah mak pun cam tu gak lah, dapur memang tempat best untuk gossip kan...

    ReplyDelete
  8. hihihiiii... tapi kalau ada dapur maya, kurang gossip tentang sekeliling... cuma pot pet pasal resepi aje... ahaks!

    ReplyDelete
  9. kat rumah saya pun kalau berkumpul rmai2,kat dapur jugak depa nak bersembang..bukan nak dok kat runag tamu nun.kalau dok kat ruang tamu,citer nye tetiba je berubah..mai je dapur,terus citer panas2 gitu..heehhe

    ReplyDelete
  10. salam akak..pompuan dan gosip xdpt dipisahkan...heheh..wau burger tu kaler merah la kak

    ReplyDelete
  11. kak, norlia ghani tu hidup lagi ke?
    kenapa roti buger kaler merah?

    ReplyDelete
  12. Kalau kat rumah mak port paling best gossip kat depan rumah pintu dapo rumah mak sebab dapo rumah mak tu kecik ramai2 tak muat pulak.

    ReplyDelete
  13. Sedap tak kalu terdengaq org dok mengata kita..... weeeeehihihi

    ReplyDelete
  14. tudia...pecah rahsiap buat gosip kat dapur...hihi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails