Friday, October 10, 2014

Satay Station & Nirwana Ghazal: “Ala emak, kahwinkan akuuu...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
10-09-2014


Beberapa hari sebelum Aidil Adha hari tu, saya berkesempatan menunaikan janji untuk makan sate bersama keluarga saya dan juga keluarga sepupu saya. Walaupun tidak semua ahli keluarga turun sama, tapi semeja yang kami duduk, berdepan dengan pentas nyanyian di Restoren Satay Station, Ampang Waterfront, sangatlah best dan meriah.


Biasanya saya ke cawangan Kampung Pandan Luar sahaja jika nak makan sate jenama ini. Kali ini, pegi jauh sikit. Cawangan Ampang Waterfront. Pertama kali di sini. Senang cari sebab tepi jalan. Sangat besar dan kelihatan “outstanding’.


Yang istimewa di sini ialah, hampir setiap malam ada kumpulan Ghazal ini. Kumpulan Ghazal Sri Nirwana (saya harap saya tak silap sebut nama kumpulan ini). Mendendangkan lagu-lagu ghazal yang enak menjadi halwa telinga sambil meratah sate secucuk demi secucuk! hahahaha!


Kami turut order Mee Rebus. Di restoren ini tidak banyak menu lain selain dari Sate dan Mee Rebus, dan set Nasi Putih + Sup Urat (kami tak order nasi).


Rasanya ramai dah sedia maklum akan sedap dan harga (yang sedikit mahal) di restoren jenama ini. Memang mahal sedikit, tapi tetap enak. Dan saya kata, berbaloi!




Dalam banyak-banyak lagu, saya paling suka lagi “Ala Emak Kahwinkan Aku!”... hahahahah! Terbaik toq!


Jom pegi lagi!





 ~...apa guna mengharap dia memujuk jika dia sendiri yang memberikan rajuk, apa guna mengharapkan dia memberikan kasih bila dia sendiri yang mencipta rindu, lalu SERI BULAN rasa memerap di rumah mengadap atang dapur bersama Mak Utih dan pura-pura rajin belajar menguli tepung Roti Canai, lebih baik dari menunggu HISYAM datang membawa pucuk rebung Madu!...~




11 comments:

  1. salam akak...sedapnye tgk makanan2 tu..sambil makan dgr lagu memang best kan kak

    ReplyDelete
  2. Teringin nak rasa sate kat sini...selalu dengar aja..
    Ikut tekak kak azie, mana lagi sedap ? ( banding dgn sate samuri)

    ReplyDelete
  3. mahal tu berapa mahal
    tapi kalau berbaloi dengan rasa an servis, boleh tutp mata kot =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Yana. Baca komen kak Zai di bawah. Tapi sudah naik harga. Rm1.40 secucuk. Tapi sedappp...!

      Delete
  4. Kalau banding dengan satay haji samuri ternyata satay station lagi sedap tapi harga dia kalau kak zai tak silap rm1.30 satu cucuk.

    ReplyDelete
  5. Menarik tengok persembahan tu sambil layan makan satay.. ;)

    ReplyDelete
  6. besaq2 satay dia tu kak Azie....puas makan..

    ReplyDelete
  7. Mee rebus
    Sedap tak?
    Kuah keledek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut piawaian saya memang sedap lah. Agak beza dengan versi Mee Rebus Mamak yang lemak kacang dan ada kentang rebus. Yang ini ala-ala Mee Rebus Jawa.

      Delete
  8. roti canai cicah gulai daging campo rebung madu..alahai sedapnyaa.. rasanya sama sedap dengan lagu ala emak kawinkan akuuu..haha..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails