Friday, February 13, 2015

Guna Whatsapp untuk komplen rakan sekerja... wow hebatnya kamu!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
12-02-2015


Pernah anda berdepan situasi ini? Di belakang anda, ada segelintir rakan sekerja 'upgrade' cara bergossip dengan guna Whatsapp. Memang tiada beza pun dengan soksek-soksek or cebik bibir di belakang anda. Sama saja.

Yang menarik perhatian saya ialah bilamana seseorang (or mungkin berorang-orang), menggunakan Whatsapp untuk komplen pasal orang ini, pasal orang ini kepada pihak atasan, or pihak yang ada kuasa.

Niat?

Pada pendapat saya: ada 2 kemungkinan:
Samada niat baik mengkritik untuk kebaikan (tapi pengecut nak berterus terang)
atau,
niat nak bodek, kipas dalam senyap supaya tidak nampak ketara di mata orang.

Kenapa saya tulis isu ini? Bagi setengah orang akan kata, "Alahhh biasa lah. Mulut orang."

Yeah. Setuju. Saya tulis kerana saya yang kena (anggaplah saya membebel). Orang yang menerima komplen secara tidak sengaja menyebut di depan saya. Tetapi isi/contents komplen tidak pula saya diberitahu. Well, saya sedar saya memang tidak sempurna. Tidak begitu baik hati. Tidaklah setaraf. Tidak juga level cemerlang. Tapi komplennya apa? I dont get it.

Selepas bertenang dan boleh menerima, saya terfikir untuk menulis sesuatu sebagai perkongsian.

Nasihat saya:
  1. Terus jadi diri sendiri dengan mengekalkan sifat dan sikap positif yang ada. Berusaha untuk mengikis sikap negatif dalam diri yang selama ini tidak kita sedari. Fokus terus dalam kerja dan usaha memajukan diri.
  2. Anggap segala kritikan dan komplen ini adalah cabaran hidup yang ramai orang lain pun terima juga. Jangan lawan. Andai ada niat nak lawan balik, sebenarnya kita pun tak beza dengan orang tu.
  3. Terima sebagai saingan sihat untuk improve diri sendiri walaupun kita sedar juga itu mungkin terjadi atas sebab rasa tercabar dan cemburu-plus-PHD.
  4. Cari pendengar yang baik untuk berkongsi rasa dan pendapat. (Dalam kes saya, memang dah tak harap pada pendengar, tapi syukur ada blog untuk saya luah perasaan.)

Tidak pernah saya terfikir pun menggunakan Whatsapp untuk buat follow-up tentang aktiviti di tempat kerja. Padahal saya antara orang yang agak awal menggunakan smart phone. Selama ini dok guna Whatsapp untuk chat dengan rakan-rakan luar, kawan sekolah, famili sanak sedara di kampung. Bercakap tentang aktiviti luar. Saya tidak pernah (malah tidak amalkan pun) bercakap tentang hal kerja selepas keluar dari bangunan pejabat. Saya tak suka nak bebankan kepala. Masuk ofis baru fokus. Luar pejabat, cerita lain. Merapu lebih release tension.

Jenis orang yang suka nak sambung cerita pasal hal tempat kerja, agaknya dah takda cerita lain nak sembang kot. Atau dah takda kerja lain nak buat. Sori Berlori, saya ada banyak benda lain nak buat. Tak kuasa nak sambung dalam Whatsapp pulak nak gebang pasal kawan kerja sendiri. (Dalam ratusan staf sekerja yang ada, saya hanya simpan tak sampai pun 10 nombor hp rakan sekerja. Whatsapp jauh sekali).

Apapun saya harus berterimakasih kepada golongan orang sebegini, kerana sudi memberi perhatian yang tidak pernah kita perlukan. Rajin sungguh. And ada masa untuk fikir pasal diri kita. Ada masa untuk Whatsapp pihak atas. Terimakasih la banyak-banyak.

Saya tetap saya. Kita sama-sama makan gaji. Sama-sama menerima arahan dan harus patuh pada undang-undang. Penilaian tidak pernah sama. Tapi perbezaan itu bukan halangan untuk kita tidak terus positif dan bekerja sebagai satu pasukan. Juga bukan membolehkan kita menidakkan atau memburukkan kelemahan orang lain.

Tayang-tayang:


CHICHI yang comel dan berekor kembang. Menjadi penawar kepada seluruh rakyat dalam rumah. Kita perlukan penawar suka duka, sebab baby kecik sudah jadi baby tua yang susah nak ajak manja-manja..! (matanya bukan kuning sebelah, tapi refleksi flash kamera)





 ~...rupanya malam semalam hujan lebat sebelah hilir, lalu air Sungai Menghijau Lumut seakan melimpah dan jeti dikuatiri akan tenggelam sekerat tiang, memaksa HISYAM membatal niat untuk berdayung menjaring udang bersama Pak Seman dan SERI BULAN rasa itu keputusan terbaik kerana sudah lama dia tidak menunjuk pandai membuat kopi kosong sambil depa bergebang di serambi tidak berdinding bercerita tentang kisah dulu semasa kalut membina pejabat berdinding kaca di kota raya yang kini terpaksa dilepaskan dengan berat hati...~




9 comments:

  1. bila fikirkan pasal isu wassap di opis ni, sy pun secara peribadinya tidak begitu berminat kecuali btl2 create utk buat kerja(btl2 punya isu kerja). kalau ade di invite utk group yg tiada hala tuju, mmg awal2 sy rela remove. memang tak kuasa nak borang kosong merapu. sungguh memang buang masa. Heran kan mereka bgtu byk mse terluang..sedangkan kematian menunggu kita tu..

    ReplyDelete
  2. Mengumpat dlm whatsup sama gak dosanya...positifkan diri,....tu je ubatnya....

    ReplyDelete
  3. oh, opis saya memang ada amalan mengutuk org dlm whatsapp ni. Tapi saya memang x berkenan. So, saya concentrate untuk perhubungan jabatan dalam urusan kerja saja. So far, jabatan kami masih berhemah tinggi lagi.

    ReplyDelete
  4. yer kak... yg penting kita selalu POSITIF.. insyaallah..

    ReplyDelete
  5. xbaik mengata org kan kak..sekali tu tersalah anto wasap kat org yg kita mengumpat pecah rahsia..hehhehe

    ReplyDelete
  6. Jgn kata rakan se ofis...ipar duai adik beradik pun ada wharsapp group yg mengutuk antara mereka....hihi

    ReplyDelete
  7. Paling penting kerja kita tetap tip-top. Ada yang mengadu tetapi bos tak nampak di mana betulnya apa yg diperkatakan bukankah itu bonus buat kita dari bos tak beri perhatian langsung jadi perhatian bos kemudian kerja kita pulak bagus so siapa yang rugi sebenarnya.

    Whatsapp group dept kami ada tapi banyak yg merapu je!

    ReplyDelete
  8. sy syak ada juga diamalkan di sini, tapi bukan urusan sy. sy juga punya banyak urusan lain yang lebih penting berbanding berbual hal rakan sekerja. nombor2 telefon yang ada d simpanan sy mmg sy gunakan untuk urusan kerja semata. dan kebanyakannya nombor yang berpangkat lebih tinggi untuk mudahkan sy memberi info terkini. Yang lain2, nombor mereka ada dalam simpanan di laptop saja, guna bila perlu.

    ReplyDelete
  9. Cuba bagi chichi tu smart fon... sama jugak jadinya tu... main wasap / merapu lebih nak bagi release tension.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails