السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
05-02-2015
Sembang-sembang dengan kengkawan pagi tadi masa sarapan tersebut tentang zaman skulah episod kena denda. Ada yang terkenang tentang cikgu zaman skulah rendah dulu yang garang ya amat. Antara yang mencuit hati adalah denda kena berdiri di atas kerusi atau meja dan dibaling duster. Zaman dulu ada 2 jenis duster (jarang kami dulu sebut pemadam, maklum kuatnya pengaruh orang putih).
Satu duster jenis kain tebal bergulung-gulung sehingga bulat membujur sebesar tapak tangan. Agak berat. Memang kalu kena baling boleh tahan juga sakitnya dan yang paling buat kami tergelak sebab sesapa kena baling dek duster jenis ini kompom kepala or muka penuh kapur tulis...!
Jenis yang kedua ialah duster berkain yang ada kayu di bahagian atasnya. Bentuk segi empat tepat. Yang ini tolonglah jangan bayangkan apa rasanya kalu kene baling tang belakang...!
Saya jarang kene denda mungkin lumrah anak dara kampung gadis pingitan tak banyak kerenah (zaman tu laaa), jenis dengar cakap (walaupun belajar tak la pandai mana pun -- kes ini merujuk saya laa). Tapi saya pernah juga kena denda berdiri atas kerusi dan kena pulas perut. Adoi laaaa... terkenang arwah Ustaz Jamaluddin -- yang datang mengajar tiap hari naik Lambretta biru muda.
Sebenarnya tiada idea menulis. Sekadar memenuhi tuntutan 'updating', ternyata hasil updates tidaklah memuaskan. Tuntutan kerja sangat-sangat memadatkan masa seorang blogger. Tidak kurang juga suasana yang menekan sedikit mencabar emosi.
Termasuklah sepanjang hari saya tak boleh fokus buat kerja sebab baru tukar spek. Power tambah, silau tambah.
Tayang-tayang:
Lee Cooper. Frame plastik saja. Trend kunun. But sangat memuaskan.
Selitan perasaan: saya rasa sedikit sedih sejak semalam. But kerana saya memang ada sedikit bakat berlakun, setakat nak pura-pura tu, senang saja buat saya.
Faktanya, saya pun fragile jugak!
~...bukan awan saja yang nampak sungguh cantik, bulan juga kelihatan sungguh indah sejak sepurmana lalu, SERI BULAN tidak lagi terasa takut untuk duduk berjuntai kaki di serambi tidak berdinding Teratak Nyatuh di malam hari melihat awan walau sudah lama dia syak HISYAM akan datang mencuit tapak kaki dengan ranting ubi kayu...~
Bagai air laut yang ada pasang surut, begitu juga dengan kehidupan dan perasaan...
ReplyDeleteCikgu dulu2 rasanya lebih garang dari cikgu2 sekarang, tapi murid2 hanya berani marah dalam hati atau mengumpat sesama sendiri. Nak mengadu bila balik nanti, alamatnya bagai menambah minyak ke dalam api...
hehe sy rasa zmn skolah rendah dulu penah jugak kena denda berdiri atas kerusi...ada juugak cikgu buat soalan, sape dpt jwb sila duduk..sy ni antara org2 yg terlast sekali blh duduk hahaha
ReplyDeletecantik spek kak, barulah trendy kan hahahhaa
ReplyDeletesy macam biasa jer kena baling duster..tapi sempat ngelak dan lepas tu cikgu naik angin habis kena lumur dengan habuk kapur tulis kepala ..kijamnya ( semoga cikgu tersebut masih ada dan sihat walafiat) .
ReplyDeleteDulu kena ada yang kena macam tu takde pulak ibubapa datang sekolah nak serang cikgu.. cer budak zaman sekarang (bukan semua) kena macam tu.. tengok apa jadi.. silap2 jadi viral.. huhuhu..
ReplyDeletetang kene pulas perut tu biasa ke..dengan ustazah .hahaha
ReplyDeletekenangan :)
salam kenal kak
Saya masa darjah satu belajar bi dgn guru besar, paling takut tulah dia, kena pulas perut dgn tarik anak rambut tepi telinga, pedihnya yg amat.
ReplyDeleteSalam perkenalan.. best baca entry ni.. teringat zaman sekolah rendah.. bila baca ni boleh terbayang 2 jenis duster tu.. betul la kan.. kita x sebut pemadam, kita sebut duster.. denda diri atas kerusi penah. berdiri luar kelas pun pernah.. ingat dulu, semua kene diri atas kerusi, sape dapat jawab cikgu soal baru dapat duduk.. he3.. seronoknya ingat zaman kanak-kanak dulu..
ReplyDeleteMemori tu...saya kena rotan akibat tak fahal sifir 16 masa darjah 3...budak skrg sifir 5 pun tak hafal....hihi
ReplyDelete