السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-02-2015
MyToklaki sudah 2 minggu tidak sihat. Bermula demam kemudian batuk-batuk. Saya kira dia mungkin berjangkit dari saya yang batuk hampir sebulan haritu. Dia jumpa doktor, buat ujian darah termasuk x-ray, disahkan demam biasa tiada hidapan lain yang bahaya. Bulan lepas pun dia buat full medical check-up, belum ada tanda penyakit jantung or kencing manis (keturunan dia memang) malah darah tinggi dia juga sudah stabil dan memuaskan.
Lalu selain ubat klinik dia juga jadi rajin cari ubat alternatif lain termasuk Ais MinEral Anugerah, air zamzam dan madu (yang dibawa kepada pengamal perubatan Darul Syifa' untuk doa tertentu.
Sehingga hari ini batuk dia masih kerap sampai hilang suara dan tak tido malam.
Madu John Huney ni sudah lama menjadi amalan kami sefamili. Ternyata sesuai dan bagus. Cuma batuk biasanya ambil masa lama untuk pulih sepenuhnya, kan? Kawan-kawan saya pun order dari saya untuk kes semput-lelah-asma.
Adik ipar saya bekerja dengan company pembekal barangan kesihatan di Hospital Pusrawi dan mendapat permintaan yang tinggi. Madu original jika diletak terbiar memang tidak dihurung semut, kan?
Warna hitam pekat rasa manis dan sedikit masam. Hasil semulajadi lebah hutan hujan Raub, Bentong, Karak & Bahau (baca info). Cuma sering susah nak dapat stok. Kadang-kadang kena tunggu sampai sebulan baru boleh dapat 1 kadang 2 botol. Barang baik la katakan... *sebotol tinggi itu, content 550g.
Saya tak pasti ada dijual di farmasi atau kedai sebab belum pernah jumpa lagi.
Walaupun amalkan madu ni agak melegakan MyToklaki tapi batuknya masih ada terutama malam hari.
Petang tadi jumpa suami blogger Kakcik Seroja, sempat dia bergurau-sakat, "Agaknya Azie kena bagi dia MADU betul tuuu!". Hahahaha berderai gelak miang lelaki berdua tu.
Tapi mungkin jugak, kan? Hahahaha bisa diaturr...!

~...sejarah berMADU bukan asing buat SERI BULAN sehingga HISYAM turut bimbang dituduh akan curang tetapi selagi belum berijab kabul antara mereka masing-masing berhak untuk berhubungan dengan sesiapa jua selagi masing-masing tahu masing-masing mahu...~
Hahaha...sebelum baca catatan ini, kebetulan En Suami kakcik tu baru je bercerita tentang MADU tu... :)
ReplyDeleteHahahaha nakal betul Abang Mus tuuu.
Deleteamboi.. gurau 'kasar' tuh kak.. kiki..
ReplyDeleteCucuk jarum nampak! Ahahahaa...
ReplyDeleteini memang kelakar.. tu makin tambah penyakit derler tu...
ReplyDeleteMoga abg akak cepat sembuh hendakNYA..
ReplyDeleteMADU.. hehehe.. en. suami saya pun suka menyakat saya..
Pernah baca ...
ReplyDeletebakar bawang putih dan makan.
In Shaa Allah , boleh hilangkan batuk
Bagi madu cepat baiknya kak....hihi
ReplyDelete