Tuesday, June 23, 2015

Memori Bali 07: mandi air panas separuh bogel...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
23-06-2015


Ramadhan ke-6.

Tetapi saya harus selesaikan semua siri Memori Bali ini. Semuanya sebagai rekod peribadi untuk rujukan diri sendiri (dan mungkin untuk pembaca jika perlu) di masa akan datang.

Pada hari yang sama selepas kami balik dari Pantai Lovina dan Laut Jawa melihat dolphin, kami pergi ke kawasan yang turut menjadi tumpuan pelancong luar ke Bali iaitu Permandian Air Panas Banjar.


Tidak jauh pun dari laut. Cuaca yang panas terang benderang sungguh membantu pemandangan nampak cantik dan indah walaupun kawasan itu seperti berada di ceruk kampung.



Sepanjang jalan, seperti biasa deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan cenderahati termasuk pakaian yang cantik kreatif bertema Bali. Tak beli apapun.



Menuruni tangga batu menuju ke bawah ke kawasan kolam air panas. Ketika ini jam kira-kira 11:00 pagi. Saya tak berapa ingat, tapi belum tengahari.


Air kolam seperti warna hijau. Saya tak tahu kenapa. Semulajadi begitu barangkali. Ramai pelancong luar yang berminat dengan sauna air panas nih. Ohhh kami tak sanggup. Abaikan saja yang berbikini di sana sini tu...



Rendam kaki cukuplah...

Meneruskan perjalanan ke daerah Bedugul, suatu kawasan yang lebih tinggi ini sungguh melekakan. Cuaca yang nyaman dingin (turun baru dapat rasa, sebab dalam van tingkap tertutup), dan saya rasa ianya seolah-olah kita berada di Genting.


Lihat tasik-tasik semulajadi yang luas dan indah ini. Diselaputi kabus yang memutih itu memberikan suasana indah yang jarang-jarang dapat saya lihat sendiri dengan mata. Indahnyaaa...



Kami turun sebentar di suatu tempat persinggahan di tepi jalan. Puncak Bagus. Sekadar bergambar.


Peta yang dibawa oleh Pak Ida menunjukkan di mana daerah Bedugul itu terletak...



Laluan jalan kampung berliku-liku berbukit-bukau tidak jauh beza seperti jalan Bukit Putus - Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Sekali sekala melihat haiwan liar ini melintasi jalan juga bergayutan di pokok tepi-tepi jalan. Hutan-hutan kecil yang masih wujud sepanjang laluan berselang seli dengan pokok-pokok buah seperti durian, nangka juga rambutan.

Saya tak kuasa nak snap sebab perut dah lapar. Kami menuju ke tanah tinggi lain pula untuk makan tengahari.

...bersambung...




 ~...walau tahu HISYAM hanya mengada lebih menginginkan Gulai Labu Manis Lada Hitam, Mak Utih tetap juga bersungguh-sungguh memasaknya sehingga tidak sempat SERI BULAN menanya resipi-petua lalu bila HISYAM dengan sengaja pula mengendeng Cucur Bilis Garing, SERI BULAN hanya mampu mencebik bosan...~




6 comments:

  1. Kak...saya pun kurang minat air panas...hehehe. Tp yang cuaca sejuk2 tu saya minat.

    ReplyDelete
  2. biasa nak selam kaki pun dah panas, bagaimana pula la yang tak berbaju tuh. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak panas lahhh... Mungkin cuaca sekitarnya sejuk, jadi air panas tu jadi suam.

      Delete
  3. Masa kak zai pergi Bali bulan Mach lalu tak pergi pun tempat ni.

    Selalunya kalau nak rendam kaki kat air panas kak zai suka kat Besut Terengganu.Pernah buat N3 sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pergi pun sekejap jer Kak Zai. Seorang anak kawan saya saja yang turun mandi. Kami sekadar tunggu. Segan juga nak berendam beramai-ramai begitu...

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails