Monday, October 19, 2015

Sri Aman 4D3N: merewang sakan untuk jamu orang makan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
19-10-2015


Selepas memuaskan hati dengan Mee Kolok Sarawak di bandar Sri Aman, kami menyambung acara rewang bersama jiran-jiran setempat di rumah Abang Wahab. Kata orang Juasseh, hari bantai.


Beberapa batang pokok kelapa yang tumbuh rendah di pesisir Sungai Batang Lupar belakang rumah, ditebang untuk diambil umbutnya. Sudah berpuluh tahun saya tidak melihat benda sebegini. Masa kecik dulu, kat kampung bila ada kenduri memang selalunya pokok kelapa ditebang untuk umbut dibuat sayur masak lemak putih (campur soo’un) yang enak bersulam sambal belacan.


Lihat anak muda ini. Cekap betul mengupas lapis demi lapis umbut kelapa. Hensem pulak tuh! Hahahahaha... cuma tak tertanya pula nama apa, anak siapa. Segan weh!


Di hadapan rumah, ada bangsal khas yang memang dijadikan tempat memasak dan pelbagai urusan lain yang berkaitan dengan acara memasak kenduri. Tempat yang khas dan luas sebegini sebenarnya lebih memudahkan segala urusan. Saya sekadar meninjau (sambil dalam kepala membayangkan beberapa kisah dan cerita dalam novel SAGA yang saya baca tentang merewang, menyiang daging dan bawang di balai khas... waktu malam dan hujan lebat...air sungai melimpah... dan malam itu Rahmat hilang diculik pengganas.. Uhhh melalut).


Di atas rumah, kaum wanita seperti lazimnya menyiapkan beberapa urusan yang berkaitan dengan bunga telur, bunga pahar dan seumpamanya. Saya sekadar membantu di sana sikit, di sini sikit. Jika boleh semua acara saya nak snap gambar.


Snap dari serambi rumah. Khemah untuk tetamu pada hari langsung esoknya sedang didirikan. Bersebelah saja dengan bangsal memasak tadi. Lihat titi kecil untuk menyeberang longkang kecil itu yang memisahkan bangsal dan khemah.


Di depan rumah atas laman, pelamin sedang disiapkan.




Ikan Talang Masin bersama Nenas Sarawak. Atas gesaan (mungkin juga desakan?) beberapa orang, saya rela hati memasak Gulai Lemak ini. Tetapi beberapa kali diberitahu agar tidak pedas. Yeaa... rata-rata orang Sarawak tidak makan pedas. Ramai rupanya yang teringin nak merasa air tangan ‘Orang Malaya’ nih...!

Alhamdulillah, Gulai Lemak Ikan Masin Talang ni sebenarnya menu hujung jari saya jer. Pun begitu, gementar juga nak masak bagaikan anak dara nak jamu bakal mertua. Hahahaha...!



Petang semakin menjelang. Cuaca memang baik dan jerubu bagaikan menipis. Bila kerja semakin mengurang, sesi bergumbira dan berhibur-hibur juga disediakan. Kaum ibu bapa selamba saja pilih lagu dan berkaraoke menghibur hati suka-suka. Wahhh dah lama tak tengok orang-orang tua bernyanyi camnih... Layannn....!



Sehingga ke malam hari, acara memasak masih berlangsung. Kawah dan tungku api di sana sini. Meriah sungguh.



Daging masak hitam. Walaupun saya bukan penggemar daging, tetapi menu sebegini sangat menggoda selera.


Okey... ini Buah Dabai yang popular di Sarawak. Biasanya ianya dimakan mentah. Sebagai ulam barangkali. Saya tak pernah lihat yang mentah. Yang ini Dabai yang sudah dijeruk. Dibuat khas untuk kenduri ini. Kerana bukan musim Dabai, jadi ianya dijeruk. Seakan-akan buah kurma pula.


Sekali sekala dapat mendekati masyarakat kampung, bukan sahaja seronok mendengar dialek depa bersembang (yang rupanya baru saya tahu seakan-akan bahasa Banjar) dan berseloroh. Sebenarnya tidak susah untuk memahaminya cuma seperti juga bahasa Banjar, saya tidak dapat membalas balik setiap kata bual depa.

Kerana semulajadinya saya ni seorang yang peramah, seronok pula dapat borak-borak dengan sekian ramai warga emas yang ternyata tak segan pula melayan saya. Ada beberapa orang yang rupanya bukanlah orang asal Kampung Hulu tetapi orang luar yang berkahwin dengan orang tempatan lalu menetap di sini. Menjadi sebahagian dari orang kampung Sri Aman selama bertahun-tahun lamanya. Ada yang bertugas sebagai guru, polis, tentera dan lain-lain lalu bertemu jodoh di sini, akhirnya menetap menjadi orang Sri Aman.


Last, puan blog berselfie di malam hari depan kawah. Hahahaha...!

Ada lagi cerita menarik selepas acara memasak ini. Nak tunggu dak?



 ~...sejak azali SERI BULAN sangat memahami bahawa HISYAM tidak mudah terasa hati akan segala senda gurau kasar lembut, waima kadang-kadang disakat teruk oleh Mak Utih yang kekadang bercerita bagai bertih, namun apabila Pak Tunggal Seman menyebut bahawa dia harus memilih antara menetap atau pergi, HISYAM kemudian jadi seorang pemikir dan SERI BULAN terasa bagai tersingkir...~




7 comments:

  1. Umbut kelapa.. sedapnya.. teringat masa dok kampung dulu.. ;)

    ReplyDelete
  2. meriahnya kak..saya belum pernah menghadiri majlis perkahwinan di Sarawak.akak tak karoke ke?hehe

    ReplyDelete
  3. Menarik... lama tak pergi rewang untuk kenduri kawin... kalau balik.utk kenduri.akt kampung pakchaq pun balik untuk makan kenduri ja... balik sat sangat...
    Tetiba termasuk cerita saga....mesti sebab budak hensom kupas umbut kelapa yg macam hisyam tu..ha ha..lamanya dah cerita tu kan...makchaq baca cerita saga masa menengah rendah rasanya..

    ReplyDelete
  4. meriahnya kerja kahwin di sarawak...

    ReplyDelete
  5. sedapnyer buah dabai : )
    tak pernah lagi makan yang jeruk.

    ReplyDelete
  6. Err...ikan masin tu nampak sedaplah pulak!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails