السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
21-01-2015
21-01-2015
Saya peminat beg dan kasut. Saya ada baaaanyak beg. Mengikut keadaan dan keperluan.
Baru-baru ini saya merasakan saya perlu ada back-pack yang lasak yang saya boleh gunakan untuk percutian atau aktiviti lasak. Lalu seorang kawan yang pandai menjahit menawarkan untuk jahitkan saya beg sandang untuk travel. Dia sudah jahit beg untuk dirinya sendiri yang menarik minat saya menempah.
Kerana saya takda masa nak selongkar jeans lama di rumah, lalu dia beli sehelai jeans baru untuk dipotong menjadi beg sandang yang lasak dan tahan lama serta bergaya. Actually kita boleh gunakan jeans lama.
Lihat bahagian belakang seluar menjadi bahagian depan beg dan poket yang sedia ada menjadi poket tambahan di bahagian luar. Dia tambah butang bermagnet. Sesuai untuk simpan tisu. Saya letak buku nota kecil dan pen semasa bercuti. Poket duit syiling tu saya selitkan pen atau untuk sangkut rayban.
Tali yang cukup teguh untuk disandang dan tidak menyakitkan bahu. Zip yang berkualiti, lembut dan tidak mudah rosak. Bahagian dalam dilapisi sejenis kain kapas warna putih yang memang digunakan untuk beg.
Bahagian belakang. Memang saya menempah poket berzip di bahagian luar belakang. Susah nak cari beg yang ada poket sebegini di pasaran. Poket berzip tersembunyi (terselit antara belakang badan bila disandang) ini saya gunakan untuk menyimpan dompet dan pasport. Sukar untuk diseluk atau jika ditoreh sukar untuk torehan sampai ke lapisan ini. InsyaAllah selamat.
Walaupun harga mencecah RM150.00 tapi saya rasa berbaloi kerana tahan lasak dan sesuai untuk sesiapa saja. Anak-anak saya cukup minat dan kami berkongsi guna menjadikan ianya sangat berbaloi.
Lihat bagaimana model gajah itu menggayakannya. Hahahaha!
Minat nak tempah?
*saya sedar blog saya tidak sehebat mana tapi saya sayang blog saya...!

~...anak dara Pak Imam dilihat makin jelita lalu makin kerap berkunjung datang menjengah Mak Utih sehingga puan rumah naik letih tetapi kerana sedar akan motifnya SERI BULAN tidak akan membiarkan rasa gundah dan tercabar itu mengganggunya lalu dia segera beralasan HISYAM sudah lama juga tidak datang padahal pagi petang menyakat di jenang pintu dapur...~
cantikla pulak tengok beg ni...
ReplyDeletecam nak kena cuba jahit sendiri la kak.. nak tempah cam tak mampu sgt.. hehe
ReplyDeleteCantik dan praktikal. Senang bawa ke mana saja.
ReplyDeleteHandmade mahal tapi berbaloi sebab tak ada jual kat kedai...
ReplyDeleteramai tengok orang pakai beg jeans sekarang
ReplyDeleteSaya suka...saya sukaaaa..... Praktikal dan cantik. Saya lagi la...selalu dalam tu la saya isi pakaian spare kekalau basah atau kotor, telekung, beg ubat, beg kecik untuk 'teman bulanan' dan botol air serta makanan. Beg survival jadinya..hahahaha.
ReplyDeletewahhhh hebat laaaaa :)
ReplyDeletekalau diana tgk ni mesti nk buat...sy kena belikan mesin jahit la kat dia...
ReplyDeletecantiklah beg tu.. ;)
ReplyDeletecool kot beg tu...kak, saya pun teringin nak tempah
ReplyDeletecantik nye
ReplyDeleteWah...bagus juga ada beg yang punya ciri2 keselamatan begitu untuk 'mengembara', kan... :)
ReplyDeleteMmg saya cari beg yg backpack mcm nie...harga tu blm mampu milik lagi....hihi
ReplyDeleteKak Azie kalau saya berminat nak tempah bagpack ni macamana..
ReplyDelete