Saturday, January 17, 2015

Hei...bukan ulangtahun saja buat kita rasa tua: walimatulurus

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
17-01-2015


Sabtuday today. Hari bekerja saya. Last Sabtuday saya skip buat OT sebab hadir walimatulurus di rumah rakan Sahabat KLfm yang sudah menjadi sahabat kami bertahun-tahun lamanya. Jarang jumpa tapi hubungan persahabatan terus kukuh.

Sejak anak depa ni masih sekolah kemudian sambung belajar di uni, then dah bekerja kini dah berkahwin.

Sudah jadi kelaziman, bila ada majlis sebegini kami geng yang lain akan ambil kesempatan ini untuk hadir sambil bergathering. Tanya khabar ramah mesra gurau senda sakat sakan-sakan!


Makan sangat sedap. Di bawah kira-kira 15 buah khemah... ada Laksa Johor, Rojak Buah yang sangat enak (sampai saya tak makan nasik), Lai Chi Kang dingin lazat (padahal saya dah berapa minggu pantang tak minum ais). Sajian utama ialah:


Gear Box Kambing! Yang dihidangkan bersama straw untuk sedut sum-sum... perghhh idea hebat. (Sajian lain adalah nasi beriani dan lauk pauk selengkapnya).


Heiii... gear box tu bukan saya punya. Saya tak seganas itu lah. Hahahaha!


Saya kenyang gelak!


Bila semakin ramai rakan-rakan sebaya kita mula menerima menantu, secara tak langsung sebenarnya kita semakin tua. Am I right?

Apapun terimakasih atas jemputan dan makan sedap kepada rakan sahabat Wak Jawa Muar dan isteri Saemah Jamal.




 ~...setiap kali ada majlis kahwin di Kampung Separuh Desa dan persekitaran, HISYAM sering teruja hendak mencuba segala bagai masakan sehingga pernah satu kali dia menyangka asam keping adalah limpa kambing, umbut nyior disangka ubi kayu mujur sekali anak dara Pak Imam tidak disangka Mak Inang pengapit pengantin...~




7 comments:

  1. rezeki masing masingkan AA. Ada cepat ada lambat.

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok semua makanan tu.. :D

    ReplyDelete
  3. Terliur SA tgok semua makanan tu kan..berbunyi perut walau baru pukul 9 lebih ni...

    ReplyDelete
  4. Yup, makin tua.
    Anak saya start masuk sekolah darjah satu tahun ni, saya dah rasa diri ni TUA ! kah kah kah

    Jarang jarang woooo boleh jumpa laksa johor kat majlis kenduri.

    ReplyDelete
  5. Walaupun usia meningkat tapi saya tetap remaja purba.. ;)

    ReplyDelete
  6. emmm, sedapnya laksa Johor tu...

    ReplyDelete
  7. Usia hanyalah angka sahaja....yg penting badan sihat...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails