Wednesday, April 27, 2016

Payah la lagu niii...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
27-04-2016


Sebulan satu entri?
Huhh payah la lagu ni. Cemana nak jadi blogger tegar? Memang tak BULLeh la jer jawabnya.

Lately ni macam banyak aktiviti pulak. Tak cukup di tempat kija, aktiviti dengan family pun tak putus-putus. Urusan anak-anak sentiasa on-off.

Sejak saya dilantik menjadi Kapten Pasukan di tempat kija, aktiviti latihan badminton semakin rancak saya susun. Malahan grup saya menjadi grup paling kerap mengadakan latihan. Nak menang, kan? Sebenarnya, bukanlah semata-mata nak menang, tetapi saya cuba membawa budaya bersukan (padahal saya dok tepi jer jalan depan belakang), budaya disiplin waktu berlatih, budah beriadah, malah bersosial secara sihat tetapi dihormati dalam batas yang betul di mata saya. Selaku orang tua, saya harus memantau pergerakan setiap anak buah di dalam grup saya. Paling mujur masing-masing tahu kedudukan dan situasi. Lalu suasana berlatih itu sangat mudah dan lancar bagi saya.



Saya dah lama tak pegang raket. Masa anak-anak kecik dulu, rajin jugak la main-main kat padang. Sekarang ni, setakat nak pukul bola, servis dan smash masih boleh bangga lagi, tapi part nak kejar shuttle kiri kanan tu yang tak sanggup. So Kapten, dok tepi jer lahh....

Pesta Buku 2016 bakal tiba. Kali ini diadakan di MAEPS Serdang. Mulanya saya berhasrat untuk masuk senarai nama bertugas. Tetapi tahun ini petugas dipilih khas (hat muda-muda jer depa pilih) dan saya adalah tidak muda lagi. So... nama tak naik. Takpa, saya sendiri agak sibuk pada hujung minggu, komitmen untuk bertugas elok bagi pada yang bujang-bujang.

Saya cuba untuk hadir juga kalu ada kesempatan. Ada beberapa orang rakan penulis yang ingin saya temui. Tidaklah berharap sangat (sebab tiap tahun target, selalu gagal). Hehehehe...

****

Dulu, saya rajin nak tulis banyak aktiviti dan tayang-tayang gambar menu. Ntah bila nak galak camtu semula. Hahahaa..!

Semalam saya sempat semak beberapa entri lama saya, lalu mengingatkan saya pada sekian ramai teman blogger yang dulu begitu mesra dan baik hati masuk mengomen dan beramah mesra. Apapun, masa berlalu membuatkan kita berubah rentak, dan saya sendiri tidak terkecuali menjadi begitu terkebelakang, tertinggal banyak perkara dan khabar berita kawan-kawan. Maafkan saya.

Ohh..



 ~...suasana Kampung Separuh Desa nampak begitu harmoni dan nyaman bersekali sekarang musim hujan berselang hari, dan SERI BULAN sering tidak sabar hendak menyapu embun di hujung daun pokok keladi di tepi paya sambil berangan-angan embun boleh menjadi batu permata bila disinar matahari, dan HISYAM yang menjadi peneman hanya mampu tersenyum tersengih tidak mampu menegur bimbang dia disimbah air telaga...~




6 comments:

  1. Kakcik sekarang 'memaksa' diri untuk menulis blog. Tapi selalunya di hujung minggu memang tak ada terbitan sebab tiada catatan...

    Hendak mengomen atau mebalas komen pun sudah sangat-sangat lemau... :(

    ReplyDelete
  2. Kena memaksa seperti kata Kak Cik tu Azie..
    Tapi tulah kalau komitmen byk yg menunggu..
    Terpaksa di dahulu kan..
    Boleh lah 1 entri 1 bulan buat permulaan Azie :)

    ReplyDelete
  3. Kak Zai pun dah tak berapa aktif kadang2 hanya 2 n3 untuk seminggu.Banyak aje cerita tp dah mula malas.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Jerittt, jangan tak jerit!
    Lompat, jangan tak lompat!

    ambo nengok je :D

    ReplyDelete
  5. kite dah lama x main badminton huahauhauahua

    ReplyDelete
  6. Insya'Allah khair.. budaya yg baik..
    - Sham pun kalau main badminton asyik pukul bulu tangkis dari tempat 'setempat'. Nak melompat.. mengejar.. malas sikit la..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails