Saturday, April 16, 2016

Munafik: memang layak pun 19 juta...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
16-04-2016


Dah lama rasanya kita tidak melihat sebuah filem hebat. Karya yang lain dari yang lain.

Sebelum ini bukan takda filem seram, tapi banyak filem seram komedi yang lawak tak lojik seolah mempersendakan pula.

Saya tak layan filem seram sebenarnya. Saya penakut. Hati saya kecik kalu bab ni walaupun dalam banyak hal lain jiwa saya besar. Hahahaha! Saya memang penakut sejak kecik. Tengok citer hantu mesti tutup muka. Takut ngigau. Lemah semangat.

Okey Munafik karya Shamul Yusof memang hebat. Seram tetap seram (kami tonton siang jer, beli kat AstroFirst). Filem bermesej. Lakunan hebat. Lokasi tepat. Rumah lama yang scary. Banyak scene malam dari siang. Suspens.



Memang layak pun kutip juta-juta. Layak dapat pujian kerana lakunan Nabila Huda sebagai Maria yang dirasuk sangat bagus. Nak bagi award pun dah boleh.



Shamsul kreatif. Dua keadaan. Percaya orang beriman. Atau curiga pada golongan yang berimej Ustaz. Shamsul merungkai itulah kemelut masyarakat Melayu. Sejak dulu. Cuma saya tak duga sihir masih digemari. Ntah. Jika zaman dulu memang banyak. Hmmm susah saya nak komen.

Yang best, tak perlu pelakun bermekap cantik seksi baju terdedah (semua pelakun wanita berlakun bertudung), tiada scene pegang-pegang, juga tiada scene lawak-lawak tak berapa bijak.

Kemuncak filem ini tiada siapa pun di antara kami dalam rumah menduga siapa punca siapa munafik. Unpredictable. Memang patut pun pecah panggung filem ini.

Sesungguhnya iblis dan syaitan itu musuh orang Islam yang paling nyata.

Dialog yang paling memberikan kesan: "Redha dan maafkan orang, hati kita akan tenang. Maafkan orang".

5 bintang. Tahniah. Filem wajar ditonton.

*******

Percaya tak, di department saya, setiap pagi sebelum memulakan kerja kami akan saling memberikan salam, bersalaman dan bermaafan sesama kami. Sudah menjadi amalan kami. (Selain solat Duha, dan baca surah alKahfi setiap Jumaat). Sesungguhnya hubungan sesama kami lebih baik dan lebih memberikan ketenangan.




 ~...majlis doa selamat di rumah Imam Ali malam itu nampak meriah tetapi kemudian seram kerana hujan dan kilat petir terjadi tiba-tiba dan air sungai dikhabarkan mendadak naik lalu SERI BULAN hanya mampu memandang sayu ke mata HISYAM sebagai tanda malam itu mereka mungkin harus memijak becak...~




15 comments:

  1. Alhamdulillah... 'percaturan' untuk berdakwah dalam filem oleh Syamsul telah berjaya setidak-tidaknya sebagai permulaan untuk langkah yang seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cara berdakwah sebegitu ada ketikanya sangat mudah diterima.

      Delete
    2. Betul. Cara berdakwah sebegitu ada ketikanya sangat mudah diterima.

      Delete
  2. fuhh 5 bintang ye. Aina tak tgk lg.. cadang mmg nk beli dkt astro je. Blh tgk ulang kali.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak berkesempatan nak pi panggung. Jadi beli Astro jer lah. Tengok banyak kali gak. Tapi siang jer. Malam tak berani gak. Hehehe

      Delete
  3. Alhamdulillah amalan kak azie tu bagus sangat2 terutamanya kat opis buat hal2 kebaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa gitu. Lagipun majoriti kami adalah Melayu. Tiada siapa yang pertikai pun.

      Delete
    2. Dah biasa gitu. Lagipun majoriti kami adalah Melayu. Tiada siapa yang pertikai pun.

      Delete
  4. filem yg hebat...rezeki syamsul juga...lepas ni sure lebih bersemangat berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Editing dan jalan ceritanya hebat. Tak bosan langsung. Memang kreatif dia.

      Delete
  5. "Tak perlu pelakun bermekap cantik seksi baju terdedah (semua pelakun wanita berlakun bertudung), tiada scene pegang-pegang, juga tiada scene lawak-lawak tak berapa bijak"

    - setuju sangat dengan komen Azie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata tak boleh jual, kan? Shamsul dah buktikan tanpa seksi filem tetap juta juta untung.

      Delete
  6. Alamak, tak tengok lagi lah...baru ungat nak pi tengok Jungle Book this weekend! Azieazah apakhabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baik saja Uncle.
      Saya baca filem JungleBook pun best jugak. Banyak haiwan...

      Delete
  7. Kite tengok separuh je, takuttttt :P

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails