Friday, June 10, 2016

Mee Ketam di Parit Tiga Puluh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Day?
00-06-2016


Mungkin sudah ramai yang pernah dengar nama tempat ini. Atau mungkin juga tidak pernah dengar lagi.

Saya sendiri baru tahun lepas mendengar nama tempat ini. Sebenarnya, tempat ini terletak tidak jauh dari kampung saya pun. Masa saya kecik dulu, nama tempat ni tak wujud pun. Belum wujud. Apabila ada beberapa pembangunan dan kawasan pinggir laut di kampung saya yang kami panggil Ban Pecah itu melalui beberapa fasa pembaikan dan perubahan, nama tempat ini wujud dan menjadi tumpuan seperti juga Ban Pecah.

Pemandangan dan suasana sekitar sama sahaja seperti Ban Pecah. Air laut masin, hutan kecil kayu bakau, tempat memancing, batu-batu besar yang disusun untuk menahan hakisan ombak bagi mengelak tanah runtuh dan air laut melimpahi kampung... semuanya serupa.

Dan tidak ketinggalan pastilah tempat makan-makan.


Kerana agak awal kami sampai (sekitar jam 3:00pm), jadi masih belum ramai orang tetapi gerai-gerai makan sudah mula beroperasi.


Ini merupakan kunjungan saya kali ke-2 apabila saya balik kampung.

Menjamu selera di Kedai Mee & Udang Ketam.



Semangkuk Mee Udang biasa = RM4.50. Mee Ketam biasa (seekor) RM15.00 semangkuk. Kalu spesel ketam 2 ekor. Kalu mintak Mee Udang Laut RM15.00 semangkuk. Semangkuk seperti dalam gambar, portionnya banyak jugak. Puas hati laa.

Menjelang petang, dan kebetulan ketika itu cuti Hari Buruh, semakin banyak kereta yang masuk dengan tujuan untuk merasai Mee Ketam. (Sebenarnya ada banyak kedai Mee Udang/Ketam di sekitar kampung saya). Kebanyakan kereta yang saya nampak, adalah dari luar kampung. Plate Wilayah paling banyak.

Bagi yang teringin nak rasa, harus menuju ke kawasan Kuala Kurau melalui jalan kampung menghala ke Tanjong Piandang. Akan nampak sign board besar di tepi jalan. Boleh waze rasanya.




 ~...sejak bermastautin di Kampung Separuh Desa, Mak Utih sangat memahami karenah dan kehendak selera si teruna kesayangan yang sangat gemarkan makanan kampung walhal dulu dia begitu ego menyebut tak akan mungkin terpikat ramuan tradisional tetapi sekarang SERI BULAN juga yang sering menjadi peneman mencari pucuk cemperai, huhh.. sungguh geram...~




Thursday, June 9, 2016

Ramadan ke-4: Gaji awal, duit Raya dan cuti Raya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
09-06-2016


Sebenarnya bila tiba bulan puasa, apa cerita paling best nak kongsi? Hmmm... secara normalnya, paling banyak ialah kisah menu, masak apa untuk berbuka, untuk bersahur, borong apa di pasar Ramadan... dan seumpamanya.

Selain itu, saya juga suka baca kisah pengalaman kawan-kawan yang berpeluang mengerjakan umrah di bulan Ramadan ini. Keseronokan dan keindahan itu turut memberikan rasa bahagia di hati kita, kan?

Terkini, ramai para penjawat awam gembira kerana bakal mendapat Duit Raya RM500 yang boleh mula dibelanjakan pada Isnin depan. (Dengar khabar, kerajaan negeri Selangor bagi bonus 1.5 bulan, betoi ka?)

Kisah tempat kija saya, pihak pengurusan sudah mewar-warkan perancangan cuti dan semua staf digalakkan mengambil cuti untuk sepanjang cuti Hari Raya itu. Cuti tambahan akan diluluskan mengikut budi bicara HOD masing-masing. (HOD = Head of Department).

Soal duit raya tidak dihebahkan. Tetapi tarikh gaji dipercepatkan. Yeayyyy...!

Saya memang merancang untuk bercuti panjang kali ini, kerana mengikut perkiraan kasar, kami harus beraya di Kuala Pilah tahun ini. Apapun, jika ditapis semula, tiada giliran khas pun sejak ibuayah mertua saya meninggal. MyToklaki tak berapa kisah. Jadi kebelakangan ini, kami biasanya memang beraya di rumah sendiri dulu.

Beberapa undangan majlis Raya di sekitar kampung sudah diterima. Beberapa orang rakan lama sudah mempunyai perancangan perjumpaan secara santai dan ringkas. Jika keadaan lancar, dan jadual tidak padat, saya pasti hadir.

Ramai orang akan sebut, bersederhana untuk menyambut Raya. Tapi sederhana itupun, ada level tertentu bagi setengah orang. Ada orang rasa dia beraya sederhana dengan hanya sepasang baju, orang lain pula langsung tidak menukar yang baru cukup sekadar pakai yang lama asal masih baru. Sederhana itu mengikut piawaian poket sendiri masing-masing.

 Tayang-tayang:


Kuih Lopes (beli bukan buat, tapi pic snap sendiri, tak cilok orang punya). Sentiasa menjadi idaman tekak di bulan puasa. Haiii... bila lah nak buat.




 ~...HISYAM, jikapun engkau sedang melihat, sedang memerhati usahlah terus menanti sedangkan engkau sedia tahu sedia mengerti SERI BULAN tidak pernah kisah kata-katanya tidak diendah, ayatnya sering kena patah, malah angan-angannya bagai kena belasah, namum terus juga dia setia menanti engkau duhai HISYAM dan terus berharap agar Syawal nanti lebaran bakal dirai bersama dan duit raya dapat dikongsi bersama lagi...~




Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadan: Panik kereta hilang di Ikea...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-06-2016


Alhamdulillah dah masuk Ramadan dah. Hari ini merupakan hari ke-3 kita berpuasa.

Banyak sekali cerita Ramadan yang pernah saya tulis sejak menjadi blogger. Tahun ini, agak lemah. Malah rasanya hampir tiada masa untuk menulis.

Sebagai bahan, saya copy paste status saya dari FB haritu:

BILA KERETA HILANG DI PARKING:
Korang...pernah tak korang terfikir sesuatu yang tak mungkin berlaku, tapi terjadi?

Sebelah pagi saya bersama Kakak Ipar & Adik Ipar saya berjimba di Nilai 3. Meronda tak sampai pun 2 jam. Tak sempat nak bergambar-gambar pun seperti lazimnya saya bila kuar jalan-jalan.

Sebelum tu saya dan adik ipar leka sembang sehingga terlepas simpang Serdang untuk ambil Kakak Ipar. Mujur sempat exit Bangi pusing bulatan untuk patah balik. Hahahaha ini saja dah jadi petanda sebuah kelalaian.




Tayang-tayang pic: lunch kami bertiga hari itu, di Sate Hj Samuri, PKNS Bangi.

Selepas lunch di Bangi, kami menyambung shopping di Ikea Cheras yang sepelaung dari rumah saya.
Kelekaan dua orang wanita pertengahan umur ni rancak sembang dan tengok barang memberikan suatu kejadian yang tak terduga.

Lepas sorong troli (yang cuma ada 1 barang sahaja, hahaha) kami keluar ke lot parking. Eh eh... mana kereta?

Hampir seluruh kawasan saya tawaf, tempat yang saya park kereta tu kosong. Rasa macam ghaib camtu jer. Berpeluh makcik ni nak oiii... apa aku nak jawab dengan Toklaki satgi?

Habis ikhtiar, pergi jumpa guard (yang biasanya guna basikal untuk meronda kawasan parking) untuk minta bantuan. Dia tanya, “Park sini atau atas?”

Hahaha masa tu baru terfikir ada satu lantai lagi di atas. Dalam keta, bantai gelak tak hengat.

Selalunya saya akan snap kawasan jika saya park keta dalam bangunan tapi kali ini terlupa terus.

Korang, bila Tuhan nak uji ketika kita leka dalam seronok sangat, sikit jer DIA uji kita dah panik tak ketahwuan. Cemana kalu DIA uji, yang kita betul-betul hilang barang?
Selamat berbuka puasa kawan-kawan....!



 ~...belum pernah sekalipun HISYAM terfikir hendak meninggalkan SERI BULAN, tetapi banyak sebab yang membuatkan SERI BULAN bagai sudah tidak ingin ditemani lagi dan saat itu dia merasa perasaan HISYAM itu bukan lagi penting untuk dia jaga...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails