Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadan: Panik kereta hilang di Ikea...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-06-2016


Alhamdulillah dah masuk Ramadan dah. Hari ini merupakan hari ke-3 kita berpuasa.

Banyak sekali cerita Ramadan yang pernah saya tulis sejak menjadi blogger. Tahun ini, agak lemah. Malah rasanya hampir tiada masa untuk menulis.

Sebagai bahan, saya copy paste status saya dari FB haritu:

BILA KERETA HILANG DI PARKING:
Korang...pernah tak korang terfikir sesuatu yang tak mungkin berlaku, tapi terjadi?

Sebelah pagi saya bersama Kakak Ipar & Adik Ipar saya berjimba di Nilai 3. Meronda tak sampai pun 2 jam. Tak sempat nak bergambar-gambar pun seperti lazimnya saya bila kuar jalan-jalan.

Sebelum tu saya dan adik ipar leka sembang sehingga terlepas simpang Serdang untuk ambil Kakak Ipar. Mujur sempat exit Bangi pusing bulatan untuk patah balik. Hahahaha ini saja dah jadi petanda sebuah kelalaian.




Tayang-tayang pic: lunch kami bertiga hari itu, di Sate Hj Samuri, PKNS Bangi.

Selepas lunch di Bangi, kami menyambung shopping di Ikea Cheras yang sepelaung dari rumah saya.
Kelekaan dua orang wanita pertengahan umur ni rancak sembang dan tengok barang memberikan suatu kejadian yang tak terduga.

Lepas sorong troli (yang cuma ada 1 barang sahaja, hahaha) kami keluar ke lot parking. Eh eh... mana kereta?

Hampir seluruh kawasan saya tawaf, tempat yang saya park kereta tu kosong. Rasa macam ghaib camtu jer. Berpeluh makcik ni nak oiii... apa aku nak jawab dengan Toklaki satgi?

Habis ikhtiar, pergi jumpa guard (yang biasanya guna basikal untuk meronda kawasan parking) untuk minta bantuan. Dia tanya, “Park sini atau atas?”

Hahaha masa tu baru terfikir ada satu lantai lagi di atas. Dalam keta, bantai gelak tak hengat.

Selalunya saya akan snap kawasan jika saya park keta dalam bangunan tapi kali ini terlupa terus.

Korang, bila Tuhan nak uji ketika kita leka dalam seronok sangat, sikit jer DIA uji kita dah panik tak ketahwuan. Cemana kalu DIA uji, yang kita betul-betul hilang barang?
Selamat berbuka puasa kawan-kawan....!



 ~...belum pernah sekalipun HISYAM terfikir hendak meninggalkan SERI BULAN, tetapi banyak sebab yang membuatkan SERI BULAN bagai sudah tidak ingin ditemani lagi dan saat itu dia merasa perasaan HISYAM itu bukan lagi penting untuk dia jaga...~




14 comments:

  1. Assalamualaikum kak azieazah,
    Salam Ramadhan diucapkan.. Saya pun pernah alami kes mcm akak.. Teruja sangat nk pi shopping sampai terlupa nombor tiang parking.. Tawaf kwsn parking di Basement tapi sbnrnya keta parking di P1.. Moral of the story, turun keta snap tiang parking or ingat landmark berhampiran, hehehe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya snap tiang tepi keta, tapi dek kerana leka sembang, terus lupa. Memang serik.

      Delete
  2. Pernah juga kena.puas cari kat the curve sorang2 pulak tu.

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan...

    Mahunya x panik...nasib baik pula park kat mana
    mmg kena ambil gmbr sebagai panduan...
    skrg parking kat mall tak mcm dulu...skrg luas yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalu tak pasti betul-betul, memang sesat jenoh nak cari. Sebab semua floor parking tu nampak sama jer, kan?

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Dapnyaaaa sate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la sedap bila tengok time tengah posa posa ni... Nanti lepas Raya kita pi makan, mau?

      Delete
  5. Saya juga selalu macam tu tapi anak-anak dah tahu....jadi anak-anaklah yang akan mengingatkan saya....

    Selamat menyambut Ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dengan anak-anak memang depa jadi tukang snap. Bila dah sorang, memang nak kena snap supaya tak lupa. Maklum dah tak berapa muda ni Uncle...

      Delete
  6. He he heee... nak bertenang cam mana lagi kan...kalau keta dah hilanh he he heee... amik gambar jew tiang parking spy tak lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi Amie. Ramai orang buat camtu lepas park keta.

      Delete
  7. Selamat berpuasa.. Lawak juga boleh tersalah level..hahaha.. Mesti dah kecut perut kan? Kita leka lalai sikittt jer pun boleh jadi macam macam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buat main-main. Boleh berpeluh kat situ tau... hehehe

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails