Sunday, July 21, 2013

Ramadan 12: Tepung Pelita Desa Pandan, basi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
21-07-2013


Baca tajuk. Terus terang, kan? Takda berkias lagi dah.

Petang semalam, MyToklaki pegi pasar Ramadan Desa Pandan. Pertama kali bulan ini. Memang tiap tahun kena pegi jugak, sekurang-kurang sekali. Sebab PaRam sana memang top. Terutama ada Popia Basah Pak Ali (pak ali ker? lupa namaaa...) yang buat orang beratur berlengkor-lengkor menanti nak beli. Kami jer yang kurang minat dengan Popia Basah.

MyToklaki pegi semata-mata nak cari Tepung Pelita. Dah lama kami berhajatkan Tepung Pelita.

Tapi apa yang kami dapat masa berbuka semalam; Tepung Pelita yang basi dan masam di bahagian bawah yang hijau tuh.


Nampak cantik, kan? Tapi rasa... hampeh! Sampai hati orang meniaga tu jual Tepung Pelita yang dah basi. Rasa nak sumpah pun ada. Sebab kami beli agak banyak, dengan semangat dan hasrat berkobar nak makan sakan-sakan. Unfortunately... tanpa niat nak bazir, terpaksa juga buang semuanya. Kalu lah saya pandai buat Tepung Pelita............

Saya harap peniaga Tepung Pelita di bazar Ramadan (ada 2 gerai, kata MyToklaki) akan lebih berhati-hati. Jangan fikir nak untung saja. Takda “kab ba ra kap ta nun” tahu...?

Cerita lain; MyToklaki dah 2,3 sebut nak makan Kuih Badak Berendam. Dia tingat Badak Berendam yang arwah mak dia buat. Malangnya (malang lagi? hahaha!) bini dia tak pandai buat (sebab tak sempat belajar).

Jadi semalam dia sebut lagi. Saya kata, “Nanti la saya Google. Bukan susah pun nak buat.” Pujuk kunun.

Lalu,


Dia dapat jumpa Badak ni di Param Desa Pandan semalam juga. Alahai... terasa I, you!

Nanti lah.

Bila jadi buat nanti, saya akan boh tajuk entri ‘Bila badak masak badak!” Hahahaha!






 ~...Mak Utih terkekeh ketawa bila melihat HISYAM berlagak gaya koboi semasa mengukur kelapa dan SERI BULAN bagai hendak tertelan liur sendiri tersedak melihat Pak Utih tanpa sedar tertakik pokok mangga kerana geramkan ayam yang dikurung terlepas semua kerana Mak Utih terlupa menutup pintu reban...~




67 comments:

  1. Geram kan bla meniaga mcm tu..jual mknn da x elok..aritu sy kna masa bli air laici kang..sy tunjuk yg dlm tangki tp tba2 dia hulur bungkusan dr blkg tangki tu..sy pn ragu2 tp pnjual wanita tu sungguh2 mngatakn yg tu baru bungkus..bkk puasa..baru tau rasa nya yg lain dn bkn pn rasa laici kang..pniaga bazaar ramadhan ramaiyg jual mknn lebihan smlm..org yg tau bole mnilai rupa mknn tu mcm mn..tp x kurang jgk yg trtipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh ambik bungkusan dari belakang tong air? Nampak sangat la nak menipu tu. Tak ngapa la... dah nasib kita nak kena tipu. Bukan selamanya depa boleh kaya pun dengan cara meniaga benda makan menipu nih...

      Delete
    2. Saya pergi awal-awal aje. Bila dah tengah tu memang ada kemungkinan depa akan recycled yang semalam tak habis.

      Untung kejap aje kak. Rugi sampai bila-bila.

      Delete
  2. As salam Kak Azie,

    Ternampak tajuk ni tadi tu yg terus terjah! Tepung pelita mmg fav saya & hubby lagi2 time bulan posa ni... tp mmg betul rasa sedih bila teringin sgt nak makan tetiba basi pulok... sedih & sadis... Takde rezeki lah tu... harini kami berbuka rumah kwn die buat bubur apatah guna tepung beras adalah rasa2 feeling2 tepung pelita... jadiklah buat hilang kempunan mengidam...hehehe :D

    Selamat berpuasa kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kawan Marya tu buat Bubur Candil kot. Kesian pulak pada Mak Buyung nun jauh di Peru sana. Takpa la, dah dapat rasa tu kira alhamdulillah.

      Semoga Marya selamat, sihat sehingga tiba masa melahirkan nanti. Wahhh beraya dengan baby baru la nanti ya!

      Delete
  3. Hihihi.. lawak pulak bila tajuk entri tu bila badak masak badak... hihihi..
    Hemm.. yeke dapat yg basi? Klu teman pun nk mengamok kku dpt yg basi.. kegemaran teman n suami gak tu tau.. teman pun selalu beli banyak gak.. sib bek lum pnh dpt yg basi.. hemm.. pasni kena cari gerai lain la yeaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... tajuk Badak tu akan muncul juga kalu Kak Azie jadi buat. Nak kena belajar dulu, baru yakin nak buat.

      apa nak buat, dah nasib kami nak kena yang basi...

      Delete
  4. hal ginilah yang buat saya serik nak membeli kat PARAM.
    Smlm pegi gak, sbb dah penat berjalan malas masak. Beli char kue tiaw...takde rasa,kering takde kuahnya. Beli nasi kerabu...RM5 tapi k.o jugak. Mmg tak basi, tapi tak rasa yg sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu saya lebih gemar masak sendiri berbanding beli. Cuma, ada beberapa menu yang kita tak pandai, tak termampu nak buat lalu beli la juga. Dah nasib la kita dapat yang tidak menepati selera.

      Delete
  5. azie.mungkin die buat awal sangat kut..hehe..knah pun suka tepung pelita,tp kat sini jarang jumpa yang sedap..kueh badak berendam tu buat macam kueh buah melaka je, tapi die di kukus dengan pati santan, dalam santan tu letak la yg lebih2 gula melaka tu, bg manis sikit.sedapp.anak2 knah n cik man suka ni..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa memang saya kena buat juga. Daya dah sebut, buat tu macam Buah Melaka tapi Buah Melaka boh gula melaka kan? Yang arwah Mak dia buat, boh inti nyior manis (kena buat inti + gula melaka tu dulu), then bulat macam Buah Melaka. Dia nak yang inti camtu, tu yang leceh sket.

      Delete
  6. Aina typical, bertahun2 kedai tulah beli kuih herai tulah beli air sebab tak berani try tempat lain2 kot2 nanti cik tong yang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie kalu selagi boleh buat, memang nak buat sendiri jer. Cuma selera bebudak ni, nakkan kuih pelik pelik yang mak depa tak reti nak buat. Kena la beli juga. Lagipun PaRam ni cuma ada bulan Ramadan, nak ler juga cari kuih hat sedap sedap...

      Delete
  7. As Salam Azie.. Saya pun biasa terkena beli makanan dapat yang basi... rasa sedih juga bila org islam berniaga di bulan ramadhan buat cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah yang selalu berlaku setiap tahun. Mungkin ada peniaga yang tak sengaja, maklum sukar juga nak mengagak waktu memasak yang awal, untuk tidak basi. Ada peniaga yang terpaksa memasak awal, untuk mengejar masa jika tempat berniaga jauh. Saya dengar, ada peniaga yg datang dari jauh Selangor, meniaga di KL.

      Delete
    2. Satu hal mereka kena masak awal. Hal yang lain ada kemungkinan recycled semalam punya yang tak habis.

      Nak buang sayang, tu yang guna semula.

      Delete
  8. sedih sangat rasanya kalau terkena macam tu.. yelah.. kita beria-ia nak makan tapi hasilnya sangat mengecewakan..

    part 'bila badak masak badak'.. hehehe.. moga berjaya ye kak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatlah kecewa...! Terbuang duit macam tu jer.

      Delete
  9. Kak...tepung pelita sedap kat area pandan tu...yg sedapnya kat param pandan indah...bwah dia siap ada kelapa muda lgi...x tau la skrng ada lagi tdk orng yg jual tu..sbb dia mmg jual tpung pelita je...slalu klau lmbt mmg habis la...ini citer 6 thun lpas,masa sy duk c2...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, Pandan Indah pun ada bazar yang menarik tapi kami tak pernah ke situ lagi. Malas nak bersesak sesak.

      Tepung Pelita ada kelapa muda? Menarik sungguh tuh!

      Delete
  10. elok berterus terang lagi bersuluh baru orang lain tak terkena kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, setiap tahun pasti ada saja kes yang sama berlaku.

      Delete
  11. tepung pelita tu kalau tgk daun pisangnya pun dah nampak cam lama ... klu dah dpt resepi kat google tu , inshaa Allah blh ... yg ptg cuba ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Nak dengan taknak jer, kan? Saya ni memang kalu boleh nak masak sendiri, tapi nak mengerjakan tu, ada kalanya tak terlarat badan nih...

      Delete
  12. pergi balik la azie...kat kedai tu...komplen...mintak ganti rugi...org berniaga ni pun x ingat...nk cari untung pun jgn la nk nayakan org...esben noe pun suka makan badan berendam...x sempat nk belajar lg..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu banding Tepung Pelita dan Badak Berendam, rasanya senang lagi buat Badak tuh.. Jom kita pakat-pakat buat sendiri, jom!

      Delete
    2. Tak minta ganti rugi pun tak pe, just inform sahaja yang tepung pelita nya basi. Mungkin juga dia tak perasan. Dengan niat ikhlas beritahu dia sebab tak nak orang lain pun dapat yang basi juga. Kesian juga kat dia nanti kalau orang lain yang tegur dengan cara yang lebih teruk lagi.

      Delete
    3. Betul tu. Kalu ada peluang dan kesempatan hendak juga la pegi jumpa penjual tu dan bagitau dia. Mungkin depa pun tak sengaja. Malah tak sedar pun Tepung Pelita tu dah basi...

      Delete
  13. saya plak yg rasa sedih membacanye. ish2... ^_^!

    ReplyDelete
  14. Tu yg buat sy fobia nk g param kak...kslu 1st day puasa xpe lg...biarlah penat memsk asl kn x kn skt perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya most of the time, kami lebih kepada masak sendiri. Kuih kuih jer pun yang dibeli.

      Delete
  15. Assalamualaikum,
    Kak azie, kuih pelita ni mudah aje buatnya. bahan pun tak banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk... nak kena buat sendiri la jugak, kan?

      Delete
  16. Itu semua scam PARAM kak azie.
    Tunggulah entri saya esok...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa... cepatlah tulis. Tak sabar niii....

      Delete
    2. Doc, ziarah PARAM juga ke? I thought you masak di rumah gantikan mummy. Ooo ini mesti kes bosan masak eh. Hehehe.

      Delete
  17. Hari ni beli kueh tako.. nampak cam sedap sangat... bila masuk mulut tawaq hebiaq.. dah laa incik somi pi beli sampai 6 ketui...yg luak 2 je.. iskk frust sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senasib la kita. Mentang-mentang la benda tu tak leh nak rasa, kan?

      Delete
  18. tajok dia "bila badak masak badak" tu yak tahan mendengonyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harap tak jadi la si badak tu masak badak. Rasa tak koser nak melayannya! Hahaha!

      Delete
  19. saya pon baru sabtu lepas singgah param desa pandan semata2 nk makan popia Pak Ya (bukan Pak Ali yer hehe)pegi awal x der la beratur panjang, popia basah mmg peberet sy.

    ada gak belikan tepung pelita sbb mil ada kirim, tp yg sy beli tu ok la x basi, agaknya peniaga yg lain kot sbb kuih tu kecik sikit drp kuih dlm gambar akk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Popia Basah Pak Ya yer? Thanks info, sebab saya dah lupa.

      Memang ada 2 gerai yg jual Tepung Pelita di Desa Pandan. Salah satu adalah dari Kuala Selangor. Agaknya yang itu la yang tak basi tu.

      Delete
  20. assalam azie,,kuih basi tu biasa..tapi yang acik frust sangat tu..teringin nak makan nasi dagang..masa berbuka..sekali pegnag je..rasa berlendir dah..bau pn dah teruk..kuciwa acik..nak makan nasi dagang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang rasa nak nangis tuh! Masa tu la rasa masak sendiri lagi puas hati, kan Acik?

      Delete
  21. Geram rasanya kan kalau dapat yang meniaga tak ikhlas cmni..

    ReplyDelete
  22. Salam Ramadhan Awak..

    Sepanjang2 saya duduk Desa Pandan dulu.. tak pernah pergi PaRam.. sesak sangat...

    saya beli kat kedai atas devider tu ja.. tu pon lepas berbuka baru saya pergi.. :)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kedai atas divider? Hmmm... yang mana eh? Depan lot kedai ker?

      Delete
  23. salam ramadhan akak, akak tergelak besar saya baca nama menu akak nak masak tu kak wakkakakakakkakak
    memang la kak, param ni kadang2 jual makanan basi, masak awal sangat kot, tak pun recycle smalam punya huhuhuhuhuhu cian kita semua tertipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua peniaga begitu. Masih ada ramai yang jujur berniaga. Cuma dalam kes ni, harus juga peniaga tu tak sedar kot...

      Delete
  24. sedihnye.. bile beli makanan makanan basi.. tak baik buat org macam tu..

    ReplyDelete
  25. kak azie,
    jenuh mengeja saya hurup jawi "keberkatan".. wakaka.. memalukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Rai... pernah tengok satu drama yg dilakunkan oleh Pierre Andre dan emaknya si Khatijah Tan? Mak dia selalu sebut “kab ba ra...” tuh. hehehehe

      Delete
  26. Kami tunggu kelahiran badak ....heheheh

    ReplyDelete
  27. Azie , lawak giler tajuk awak..badak buat badak.hi lega letih posa.gelak smpai keluaq ayaq mata.he he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii Kak Inda nih... tunggu la nanti badak tu kuar, gigit Kak Inda.

      Delete
  28. Kak, dah berapa hati dok cari tepung pelita.....xde jumpa pun. Sedey betui...
    Harap2 kalau jumpa, jgnla dpt yg basi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa kalu tak jumpa jugak, kena mai KL ler kalu gitu. Hahaha

      Delete
  29. badak masak badak?hahaaha lawak la kak aie ni.badak pun badak la janji comel abe sayey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badak ni jenis tak suka berendam. Dia suka masak memasak jer. Hikhikhik!

      Delete
  30. seb baik saya baru sekali jejak param..
    so far kami(my abang) kalo g param pon dia target beli kat brader jual yg biasa beli je.

    takpelah.. rezeki Allah neh x menentu.. rugi disini untung disana..
    btw, saya pon minat kuih pelita neh.. nak kena belajar masak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak pernah ada tokey gerai tetap. Sebab jarang kami pegi Param. Cuma kalu nak beli air jer kami ada penjuual tetap. Sorang budak pompuan yang jual macam-macam jenis air, tapi yg best dia guna air masak.

      Delete
  31. kesiannya... sedih bila beli makanan yg basikan..? tak pasal2 je membazir...

    ReplyDelete
  32. kalo xsedap ke.kurang gula ke.ok lah jugakkan,tapi kalo basi ni mmg kecewa betullah.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails