Monday, July 18, 2016

Gathering Raya Blogger lagi: Jemputan Terbuka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
18-07-2016


Gathering Raya Blogger bakal diadakan lagi. Untuk tahun ini, kami (geng para blogger) bersetuju dan telah mendapat persetujuan, bakal mengadakan gathering bertempat di Musollah Ihsan, Bandar Baru Bangi. Juga merupakan kediaman rasmi Dato’ Haji Abdullah al-Hadi (blogger Luah Fikiran) dan Datin Aisyah Hassan.

Jemputan adalah terbuka kepada semua para blogger bersama keluarga.

Program: BBQ Gathering Blogger
Tarikh: 31hb JULAI 2016, Ahad
Tempat: Musollah Ehsan, Bangi (No. 8 Jalan 3/6F)
Masa: Bermula jam 2.00 petang
Konsep: POTLUCK

bawa la apa yang anda mahu, tapi tiada paksaan, sebab biasanya makanan memang berlebih.

Bagi yang baru menjadi blogger, atau baru hendak mengenali atau yang pertama kali hendak ke lokasi di bawah adalah peta panduan.




Terimakasih kepada blogger Dato’ LF yang sentiasa sudi menjadi ‘tuan rumah’ lokasi sejak dulu lagi.

Juga kepada para blogger yang sudah mengesahkan penajaan makanan.

Harapan kami, ukhwah dapat dijalin dan dikekalkan.

Jom kita enjoyyyyy....!

*Untuk panduan: boleh whatsapp saya di 012-9737224.

Throwback:



Kami sudah mula mengadakan Gathering Raya Blogger sejak 2012 lagi. Ini kenangan gathering kali pertama. Mungkin dilihat tidak ramai, tidak hebat tetapi kami sangat gembira...!
(*ada DJ radio Shazwani Sakeri waktu ni)





 ~...mengharap kerang bakar terbuka sendiri adalah mustahil selagi arang tidak berperang, selagi sabut tidak direbut dan selagi itulah juga HISYAM terkial mencari punca buluh untuk meniup sampai kembung pipi dan SERI BULAN terkekeh ketawa melihat teman sejati makan bagaikan orang tidak pernah jumpa nasi...~


Monday, July 4, 2016

Syawal 1437H: susahnya nak lupa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
A03-07-2016


Pengumuman raya sudah ditonton tadi. Raya 2016 jatuh pada Rabu 6 Julai.

Saya mengambil peluang update blog ini, mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Saya harap para pembaca memaafkan saya andai ada tulisan saya yang mengguris perasaan anda sekalian. Sepertimana saya juga memaafkan anda sekalian.

Namun, tetap saya tidak dapat melupakan suatu insiden yang sangat mendukacitakan saya. Suatu insiden yang buat saya serik sangat dan menjadi point supaya  saya lebih berhati-hati dengan orang keliling terutama golongan yang lebih hebat dan lebih berada.

Dalam usaha melupakan insiden pahit itu, saya mengelak menyebut nama dia jauh sekali nak melihat kelibat dia. I forgive her, but still can't forget...



e-kad Raya saya. Ubahsuai yang tahun lepas punya. Tak cukup masa nak buat yang baru.

Part paling best ialah saya akan bercuti selama 11 hari. Dapatlah beraya dan berehat sepuasnya. Balik ke ofis nanti harus bersedia nak mengadap tugasan yang berganda dan menimbun.

Akhir sekali, selamat pulang ke kampung dan semoga hari raya anda lebih bahagia dan ceria.

Sekali lagi, maaf zahir batin.



 ~...SERI BULAN lebih rela bulan tidak lagi bercahaya kerana HISYAM sendiri seakan sudah lupa mendongak ke arah bulan itu...~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails