السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
07-03-2013
Saya perlahan-lahan mula menyesuaikan diri dengan suasana baru. Rutin baru dan kawan-kawan baru. Tempat kerja saya memang agak jauh, tapi saya bernasib baik sebab setiap pagi saya pergi kerja dengan rakan sekerja yang memandu seorang setiap hari. Kerana dia tinggal agak dekat dgn taman saya, jadi pelawaan sebegitu adalah besar maknanya buat saya.
Jadi seawal 6.30 pagi, kami sudah bergerak dari Ampang lalu sama-sama menjadi ‘the early birds’. Itu lebih baik dari kelewatan dan memberikan kesan kepada disiplin dan KPI akan menurun, kata depa. Hmmm...
Suasana kerja tidak banyak beza, maklum bidang yang sama. Cuma kali ini, rakan sekerja sangatlah ramai. Department saya di Lantai 2 sahaja, ada lebih 50 orang (saya jangka staf seluruhnya lebih 200 orang). Tetapi saya kagum dengan suasana kerja yang tercipta kerana tidak pernah bising. Masing-masing tahu suasana kerja adalah suasana yang profesional.
Cuma kerana jauh dari kawasan meriah, tempat makan langsung tiada. Cara mereka ialah, senarai menu dihantar oleh sebuah restoren ‘regular’, sesiapa pun boleh menempah dan tepat masa lunch, makan dihantar terus ke meja di ruang makan. Saya lebih memilih untuk bawa bekal dari rumah (kerana boleh dipanaskan semula di pantry).
Secara fizikalnya, semua nampak teratur, selesa, sistematik, sibuk, established. Saya tak cerewet sangat, fokus utama adalah kerja dan mengatur masa sendiri untuk menjadi pekerja yang baik, lebih baik dan jika boleh yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri. Masa sebagai penentu. Saya harap yang baik-baik saja.
Saya rindu nak snap snap gambar di work station saya macam dulu-dulu. Nampaknya dah tak boleh. Pic yang ini pun, saya sempat curi snap seawal pagi tiba sebelum lain staf masuk.
Saya rindu tikus putih tu, tapi kali ini saya dapat yang tanpa wayar, keyboard sebesar A4 size saja juga tanpa wayar. Best sangat. Internet 24 jam connected, tapi sebagai seorang pekerja saya langsung tak berani nak klik.
~...HISYAM cuba untuk singgah di Teratak Nyatuh pada suatu petang yang redup tetapi sedikit kecewa apabila kain tutup tingkap tertutup semua, lawang tidak terbuka langsung, bunyi ayam pun bagai melihat musang melintas, kerana rupanya Mak Utih mengheret SERI BULAN ke hilir untuk belajar menjahit tulang belut menjadi tulang baju kurung Pahang...~
wow!! tmpt kerja baru... lama2 nanti berani lah nak snap gmbr kat workstation sendiri...heheheh
ReplyDeleteRasanya susah nak snap sebebas dulu. Maklum la satu department tu ramai sangat, dan banyak mata memandang.
DeleteEnvironment baru tapi pengalaman mengatasi segalanya. Menyesuaikan tempat, masa, teman tak ada masalah buat Azie itu kakak sangat maklum. Harap semuanya berjalan dgn baik..
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ini baik baik saja.
DeleteBenar, pengalaman membuatkan keyakinan terus berada di atas. Tak pernah takut dengan cabaran atau saingan dari sesiapan pun. Bersaing secara sihat, bekerja sebagai satu tanggungjawab.
kakcik memang selalu sampai awal dan untuk pejabat baru ini kakcik telah menempah satu set kunci (memang dibenarkan). Seperti di pejabat lama, kakcik jadi tukang buka pintu! Bagaimanapun waktu balik juga (sebab berjemput) kakcik jadi antara yang pertama keluar dari pintu utama... :)
ReplyDeleteSebenarnya, jadi orang terawal ni best juga. Tak perlu berebut nak bancuh air, tak berebut nak guna pantry. Waktu orang lain kalut nak sarapan, kita dah relax nak start keja.
Deletewah.. sangat jeles ok dengan keyboard dan mouse tanpa wayar itu.. hehehe.. ;)
ReplyDeleteYeahhh.. sangat best okeh!
Deletewah..wah.. dah kerja balik yer.. tahniah..:)
ReplyDeleteYup. Baru saja bermula. Harap-harap berkekalan lah kali ini.
DeleteSelamat bertugas ditempat baru,suasana baru dan alatan baru dengan tekad baru..
ReplyDeletemakcik....hanya kenangan.
Kerana hidup harus diteruskan.
DeleteAnak-anak masih ramai yang belajar, Makcik.
Assalam...tahniah! Dah kembali bekerja:-)
ReplyDeleteTerimakasih.
DeleteDah rasa lemau asyik dok rumah tak kerja.
Kak, tak berani nak usik internet sbb msh baru atau mmg prinsip bila dlm waktu bekerja?
ReplyDeleteMemang di department Kak Azie tak melibatkan email atau kerja-kerja berinternet. Jadi utk guna tak berkaitan dengan kerja pun. Boleh guna pada waktu lunch saja, cuma nampak gaya macam takda sapa pun yang berani buka web sosial pun..
Deleteslmat bertugas dalam suasana dan persekitaran baru dengan lebih berkeyakinan..=)
ReplyDeleteTerimakasih Kak Nah.
DeleteSuasana baru tu seronok juga sebenarnya.
wowieeeeeeeeeee desktop mac cun seyh! semangat nak kerja gini... selamat bertugas!
ReplyDeleteYup. Memang semua staf department Kak Azie menggunakan Mac. Kena guna Mac.
DeleteSyok tu..sume wayerless. Naik semangat..
ReplyDeleteYup. Apple Mac upgrade lebih canggih skang nih.
Deletexpe, tempat baru org pun baru..peel masing2 tak kenal lg.. :)
ReplyDeleteBaru seminggu pun dah mula kenal sikit sebanyak. Mana yang baik kita ikut. Yang kurang elok, buat tak tau saja la.
Deleteassalamualaikum ... klu dok kat kl nih , lunch bekal sendiri tu lebih berhemat ... klu order tiap2 hari poket trus nipis sebelum hari gaji ...huhuhuuu
ReplyDeleteKak Azie memang memasak tiap hari. Jadi terus la bawa bekal untuk diri, juga untuk anak yang pegi praktikal dari rumah.
Deletebest tak tmpt keje baru...keje apa tu ek...?
ReplyDeleteSetakat ni macam best la. Keje biasa jer, macam keja kilang sebab kami bahagian production.
Delete- 6.30am dah bertolak ke opis? Oh my...
ReplyDelete- best gila ..semua staff dibekalkan komputer epal kah kak azie?
- car pool? bagos.
– Yup. Lepas Subuh dah bergegas tunggu kawan.
Delete– Yup, semua staf di bahagian production semua guna epal.
– Yup, car pool. Kakak tu taknak kongsi petrol lak. Dia menolong kerana Allah, katanya. Alahai.
Selamat bertugas dgn semangat baru :)
ReplyDeleteTerimakasih. Semoga semangat ini berkekalan...
Deletesemuanya serba baru...
ReplyDeleteselamat kembali bertugas...
pengalaman lalu mengajar kita...
Terimakasih.
DeletePengalaman mengajar Kak Azie supaya berhati-hati juga dengan cabaran dan sepak terajang politik pejabat.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteComeynya itu komputer huh uhuhu
Jadi laaa..
DeleteNak tunggu tuannya comey, ntah bila laaa
Nampak sangat profesional. Alhamdulillah. New experience. Baru2 nie, man-man dulu kan kak...
ReplyDeleteKena la ikut rentak sekeliling.
DeleteBaru-baru ni, nak sembang banyak pun tak berani. Nak gelak kuat laaagi la tak berani. hehehe
Assalam Azieazah
ReplyDeleteKerja di tempat lain dah, ya? Pak Temuk doakan sukses selalu. InsyaAllah meningkat ilmu, bertambah pengalaman. Suka Pak Temuk lihat skrin apple yang hebat tu. Tentu seronok menggunakannya.
Ya Pak Temuk. Syukur saya dah dapat kerja, di tempat baru. Setakat ini memang seronok lah.
DeleteSejak saya mula kerja pada tahun 1990 lagi, memang saya dok guna Apple saja. Bidang kerja saya memang guna buah itu, tak boleh buah lain.
Entah la, jangan-jangan langsung takda masa. Sebab bahagian production ni, kerja sentiasa banyak.
ReplyDeleteSama dah kita, saya pun keluaq rumah 6:30 pagi untuk pi keja. Saya doakan semoga semuanya ok di tempat baru, amin. Kagum tengok komputer canggih tuu :)
ReplyDeleteSeri Bulan, rajin2lah belajaq jahit tulang belut tu na.
Orang kata, pi keja masih nampak bulan, balik keja pun dah nampak bulan. Putih dak jugak. hahaha
DeletePatotpon hati tergerak2 nak singgah... ada gambar Mac! yeay!
ReplyDeletePakcik suka la tengok benda ni. Best kan Pakcik?
Deletesalam sis aa
ReplyDeleteLawatan awal pg jumaat yg damai ke tempat sis.pekabar sis azieazah?
Baik adanya. Tapi sangat sibuk dan tak sempat nak blogging. Banyak entri teman blogger tak sempat pun nak jengah.
Delete