Tuesday, April 3, 2012

Dengan anak cengey berkira, dengan cucu pijak kepala pun takpa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
02-04-2012


Seronok bila tengok beberapa blogger updates sekitar gathering Sarapan Bersama Blogger yang berlangsung Ahad lalu di rumah blogger Dato’ LF. Yeahh this time, AA memang tak sempat join.

Tumpang gembira, melihat semua teman blogger nampak ceria dan sihat sejahtera especially si tuan rumah, Dato’ LF dan isteri Datin Aisyah. Semoga terus sejahtera dan dimurahkan rezeki senantiasa.


****

Tengahari ritu, aku beratur kat kaunter bayar. Seorang lelaki agak berumur berdiri di belakang. Peramah plak, menegur sambil tunjuk 3 botol besar (saiz 2.5L) 100-Plus, “Tak beli? Murah nih.” Aku sengih saja.

“Beli untuk anak, kena demam denggi.” Aku angguk. Mengerti. Senyum ikhlas. Dia macam bapa.

Kemudian sambil aku nak bayar, dia tunjuk plak pek besar (60 pcs) Diapers. “Untuk cucu.” Ceritanya tanpa ditanya.

Kemudian dia terus menyambung citer pada budak cashier plak. Ceria sungguh. “Saya kalu pasal cucu, mahal pun takpa.”

Betul. Lelaki memang kebanyakannya begitu. Dengan anak-anak, bukan main garang. Tapi bila tiba bab cucu, semua boleh. Cucu tu main atas kepala pun tak salah. Heheheheh.

Macam MyTOKLAKI, dengan anak lelaki memang tegas garang dan cengey. Semua anak lelaki dia kena buat kerja rumah, sampai boleh gosok baju sendiri, mesin kainbaju, sapu sampah dan lain yang ringan-ringan. Pandai sangat tu tidak la, tapi boleh la harap.

Kalu dengan anak perempuan, huh.. lembut dan mudah cair. Nyampah kekadang...! hahahahaha.

Nanti kalu ada cucu? Silap-silap cucu mintak belikan keta mainan harga ratus-ratus pun dia ikutkan jugak. Adehhhh...!


Makcik spek glamer ni pun, bukan main bengis lagi. Tapi bila bab cucu, sanggup bawak lari balik ke Singapura. hehehehe
Gambar sekadar hiasan, sendiri snap.







~....walau pulang berselipar yang senget sebelah, namun hati berbunga ria kerana sejak kembali dari Tenggara, HISYAM bagai membalas rindu dendam dan setiap waktu terluang sentiasa memastikan SERI BULAN di sisi walau anak murid bersiul mengusik-sakat, bapa murid menjeling geram dan ibu murid mencerlung cemburu...~









16 comments:

  1. setuju..

    ayah ayu pun masa ayu kecil2 dgn anak semuanya tak dapat
    skrang dgn cucu.. semuanya dilayankan..
    hahhahaha

    ReplyDelete
  2. AYU:
    Seorang datuk/nenek memang agaknya automatik berperangai begitu, kan? Mereka memanjakan, sebab cucu tu anak kepada ibubapa yang tentulah garang/tegas. Jadi datuk/nenek menjadi pelembut keadaan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Hu hu hu sangatlah benarnya. Ayah tak pernah gelak masa kami kecik2 dulu...misai melenting macam sarjan A.Galak tu. Bila ada cucu...gelak memanjang hu huhu

    Mek tak pernah berkira cucu nak makan apa selongkar dapur dia...habis pun tak apa, masak lagi berperiuk2, tak pun suruh anak dia yang masak untuk cucu2 dia ;)

    ReplyDelete
  4. sangat setuju...

    masa hayat arwah Abah dulu.. jgn harap laa dia nak bawak naik motor pi meronda pusing... cengey toksah cakap laa.. habaq nama dia satu kampung bleh kenai..

    tapi.. bila mai tang cucu... siap bleh dukung ajak naik moto pusing satu taman... tapi yang sempat dia manjakan sampai cucu ke 7-8 je... yang lain suma tak dan...

    ReplyDelete
  5. cucu didahulukan.. hehe biasala tu

    ReplyDelete
  6. ANYSS:
    Hihihihi nak tergelak baca gelagat depa kan?
    Begitulah, biasanya cucu memang menjadi penghibur hati tua kepada datuk nenek.




    EJA:
    Beruntunglah cucu cucu yang mana dan bermanja dengan datuk tu eh? Kita anak-anak tumpang tengok saja ler kan? hehehehe

    ReplyDelete
  7. WARNA WARNI:
    Kerana sudah kebiasaanlah, kita pun seronok menengok gelagat. Sebenarnya tidak menjadi masalah pun. Sekadar karenah dalam masyarakat kita saja.

    ReplyDelete
  8. hehehehe...baca ni terasa mcm di perli pulak...bila dah bercucu nanti dik, tau lah camna...hehehehe.

    ReplyDelete
  9. Hi Azieazah, saya tada cucu, only tengok orang punya.
    Macham ni rumah pun senyap...ha ha.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  10. HANI:
    hahahahah sori berlori KAK. Tetiba lak KAK HANI terasa. Tak sengaja lerrr.. Tapi betul kan? betul kan? hehehehe




    UNCLE LEE:
    Morning Uncle. Still in Penang?
    Nanti main dengan cucu orang lain la Uncle.

    ReplyDelete
  11. Ada kemungkinan Abg Mus akan terlebih cair dengan cucu berbanding dengan kakcik sendiri nanti. ;-)

    ReplyDelete
  12. huhu, samelah kak, itu pasal saya tak galak sangat anak saya (irfan)dok lama sangat dengan nenek dengan atoknya, naik kepala tau (bila mintak dengan tok, semua dapat)

    ReplyDelete
  13. Ada atok manjakan cucu, bila bsr...cucu jdk spoil. Sedih.

    ReplyDelete
  14. memang betul tu kak
    kadang kan sya terlepas cakap juga dgn ayah mak
    dulu kalau kita buat gini, sah sah selepuk dua dah
    hehehehe...
    agaknya esok esok bila kita ada cucu baru kita tahu kot?

    ReplyDelete
  15. maybe betul.. hahaha.. hubby ckp FIL sy tuh dulu garang ngan anak2.. tp skrg ngan cucu, bukan main lg manja bergurau.. ikut je apa cucu nak.. aduhai

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails