السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
04-04-2012
Rabu
04-04-2012
Sebenarnya, dah 3,4 hari aku tak berapa ada mood nak melayan blog. (Piiiiraaahhh! update tiap hari jugok!). Betul, semangat tinggal separuh. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku takda citer nak merapu kot.
Sudah masuk 2 minggu, aku sudah berpindah work station, dari Lantai Dua turun ke Lantai Satu. Sama level dengan Bos-Bos, cuma aku jer yang bukan Bos. (Pindah sebab nak jimat elektrik. Lantai Dua hanya kekalkan surau dan bilik rehat aku jer.) Mujur masing-masing kami tak sama bilik so pergerakan tidak kelihatan, sepertimana aku tidak dapat melihat mereka. Walaupun kerja berganda, tetapi tentulah ini masa tepat untuk membuktikan kebolehan dan kemampuan diri. Mengakui beberapa kelemahan sebagai sesuatu yang harus mereka ketahui dan diberi ruang untuk memperbaiki, itu lebih baik dari berpura-pura pandai tapi hakikatnya, tak ler pandai mana pun. Pengalaman bekerja bertahun-tahun mengajar kita menjadi diri sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Soal freedom, memanglah tiada yang dikatakan benar-benar freedom pun. Selagi bernama pekerja, kita tertakluk di bawah undang-undang dan peraturan. Takkan nak buat ikut kepala sendiri? Ini bukan company sugar daddy saya. Ahaks!
Buat masa ini, tiada target difikirkan tetapi tentulah akan ada cabaran dan saingan sihat suatu hari nanti. Kerja adalah suatu tanggungjawab yang memerlukan komitmen. Sendiri atau berpuluh-puluh team member pun, jika tidak sepakat atau dengki-mendengki, apa produk pasti merudum kualitinya.
Dan jika aku tidak heran kepada kumpulan yang tidak berkualiti itu, jangan salahkan aku. Dan lebih baik lagi, tolong jangan heret orang lain sama untuk ikut merudum.
~...ketika musim hujan menunjuk tanda menjadi tengkujuh, SERI BULAN mula cuak samada harus meletak surat balasan di bawah tempurung di hujung ampaian, atau menyelit di celahan buku latihan semasa rehat di sekolah beratap rembia, sedang HISYAM berkali-kali mengangkat kening memberi isyarat surat harus dibalas seberapa segera...~
bekal dan bekas sama2 menarik minat..
ReplyDeletesalam dari saigonn
ReplyDeleteorang yg dah pencen pun masih tertakluk kepada undang2 dan peraturan tetapi sedikit kurang dari masa bekerja dulu.
Ada team tapi tiada teamwork, memang tak seronok. Baik buat kerja sorang2. :)
ReplyDeleteACIK ERNA:
ReplyDeleteJenama biasa, bukan Tupperware. Ada kaler PURPLE, tapi simpan buat kenangan. hahahaha
Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
Berapa lama lagi berada di Saigon?
Hidup tanpa peraturan, alamatnya sesat ke barat lerrrr.
KAKCIK:
ReplyDeleteBuat kerja sensorang memang best, tapi bila tiada saingan, kita akan berada di tahap yang sama. Tak berubah pula nanti.
Salam..
ReplyDeleteTerima kasih jengah blog akak..
Rajin azie buat bekal, jimat belanja. Sedap nampak sambal bilis tu, al meleleh..
Salam Kak SHANIZA:
ReplyDeleteWaktu ada mood, ada ler bekal. Bila malas, tak bleh harap juga.
Haaa, bawak bekai, geng!
ReplyDeleteBalaih cepat surat Hisyam tu, wahai Seri Bulan! Cepat fikirkan caranyaaa! :D
bila dah lama bekerja, dah masak dengan ragam dan kerenah kengkawan... selagi boleh diikut, ikutlah, kalau dah tak sebulu, tinggalkan aja
ReplyDeleteapa yang penting kena ada usaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik
ReplyDelete;)
kamu ada bilik rehat sendiri?
ReplyDeletehebat la tu!
(anak kita dah dudok satu kelas sekarang, tahu?)
DINAS ALDI:
ReplyDeleteKadang-kadang jer tu bawak bekai. Ada masa kulir jugakkk. hehehe
Surat? adehhh ke situ pula fikirnya. hahaha
CIKGU NORMAH:
Saya selalu berprinsip, tutup mata sebelah, tutup telinga sebelah.
GADIS KAMPUNG:
ReplyDeleteBerusaha jika tanpa kesungguhan selalunya akan mudah dipengaruhi rasa give up. Sebab itu keyakinan diri sendiri itu kena teguh dan berterusan.
UNCLE GEDEK:
Bilik rehat memang ada banyak di tingkat atas. Saya sendiri yang suka nak lepak di atas, sebab saya suka lone ranger..
Yeah... anak-anak kita sudah sekelas sejak April. ALIA dapat naik kelas so sama ler dgn your AZRI. ALIA ada citer. AZRI tu memang budak pandai laaaa...
Sabar! Sabar!
ReplyDeleteUNCLE GEDEK:
ReplyDeleteayat “anak kita” tu buat suspens saja!
hahahahahah
Anak U. Anak I.
DERU OMBAK:
ReplyDeleteSabar part mana tu KAK? Sabar tengok nasi putih? lalu urut dada? hehehehe
wah bekal tu nampak menyelerakan sungguh
ReplyDeleterajin2 bwk bekal lg...lenkali share dgn org sini ya...hehehe
ReplyDeletebenar banget k azie. kdg tu better keje sorang atau berdua je dari keje ramai2 tapi takde teamwork. buang karan ja!
ReplyDeletekerja sendiri mungkin kita akan dapat almost 100% freedom....:)
ReplyDeleteSy pun duduk sorang2 kat sini. Yg len ade member ley kaco2 klu bosan. Nsb beklah sy ade internet. Klu tak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteBekal Kak Azie tu....menarik!
salam...rugi pulak tak jenguk kat sini
ReplyDeletewasalam.
ReplyDeleteSinggah di laman anda, sedap ja makanan tu..)
yg penting bekal akak tu dah buat saya lapar petang2 cenggini..kalau dapat cicah lempeng ngan sambal tu alahai sedapnya lah...
ReplyDeleteazie...
ReplyDeletesikit bekal nak buat buka puasa ni...
sangat menyelerakan...
lama2 jd bos lah tuh..mulakan dgn satu level..hehe
ReplyDelete