السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
02-04-2012
Senin
02-04-2012
Hujan lebat pagi ini.
Jalam mesti jem. Adeh.
Entri terdahulu, saya mohon maaf jika ada yang terasa hati. Jauh dari niat untuk menyentuh hati sesiapa.
Tapi setuju dengan komen kakak berdua ini. Sangat setuju.
Jalam mesti jem. Adeh.
Entri terdahulu, saya mohon maaf jika ada yang terasa hati. Jauh dari niat untuk menyentuh hati sesiapa.
Tapi setuju dengan komen kakak berdua ini. Sangat setuju.
AA memang segan sikit nak citer sebab sejak dulu kagum dengan kejayaan anak-anak rakan, apapun tentulah kebanggaan kita sebagai ibubapa kepada anak-anak sendiri sangat tinggi, tapi dalam cara tersendiri. Saya tetap bangga, cuma jika bab akademik ni, tak berapa la rajin nak expose kat blog.
Jangan salah faham. Setiap kali ada kisah pasal anak-anak orang lain, AA tetap tumpang bangga dan bahagia.
Cuma, ada 2,3 kes lama dulu yang buatkan saya berhati-hati untuk tidak terlalu berlebihan sehingga lupa ada orang lain lebih hebat dari kita. Seseorang menyedarkan saya bila entri-entri dia banyak sekali kisah kehebatan anak-anaknya, lalu saya kembali menoleh ke dalam diri...
Bila kita rasa kita kaya, ada orang lain jauh lebih kaya. Begitulah sebaliknya. Faham maksud saya?
~...lembah basah tentu susah untuk dijelajah namun demi sebuah khidmat ikhlas yang menuntut semangat kental, SERI BULAN rela meninggalkan kasut tumit tingginya di bawah tangga kerana malu melihat HISYAM yang sanggup berkaki ayam meredah becak sedang begitu ramai pula anak murid gembira ria menjadi geng...~
lya lak mmg suka tulis ttg anak2.. bknlah utk menunjuk atau dibanggakan..cuma sekadar myimpan knangan dlm bntuk catatan di blog...
ReplyDeleteapa2 pon.. sbg ibubapa..kt ttp cuba lakukan y tbaik utk anak kt kan..
anak-anak saya tidaklah sehebat mana...tetapi apabila mereka membuat kejutan kejayaan luar biasa dari biasa,saya bangga...tetapi sekadar untuk share sedikit kegembiraan dengan semua.Bukan untuk menunjukkan riak,sombong dan bukan juga kerap dipaparkan.Masih ada kelemahan yang perlu disembunyikan...tidak mengaibkan anak2.Apa-apapun saya tetap menitik beratkan agama dihadapan setiap apa sahaja perbuatan mereka.Itu lebih penting.
ReplyDeletebetul tu..jika kita pkir kite hebat ade lagi jauh lebh hebat dr kite...
ReplyDeletehebat mcm mn pon kite manusie,,,same saja,,bese kite cume amalan sahaja...
tak pernah rasa anak kita hebat, tapi setiap pencapaian mereka suka nak kongsi di blog, sekadar satu coretan dan untuk kenangan di kemudian hari. Kalau baca kisah anak orang lain, ramai yang hebat2 , bijak2 belaka, tapi saya tetap bangga dengan apa yang anak2 saya capai.
ReplyDeleteSetuju dengan kakcik, sedaya upaya berusaha untuk jadi ibu yang baik dan membentuk mereka menjadi insan. ...:)
Kakak suka kongsi cerita tentang anak-anak kakak walau anak kakak juga tidak sehebat anak-anak blogger yg lain...
ReplyDeleteSetiap manusia ada kelebihan dan kekurangan...
Anak sy takkan sama ngan anak org. wlpun anak sy mmg tak reti itu tak pandai ini.. tp sy tetap bangga dengan dia.. amanah yg tak terhingga..:)
ReplyDeleteSebenarnya, menyelusuri luahan hati Azie sebelum2 ini, kakcik dapat mengesan 'ada sesuatu yang tersembunyi'. Biarlah apa orang nak kata, yang menghadapinya tetap juga kita. :)
ReplyDeleteassalam kak azie...
ReplyDeletelama tak 'berjalan2' ni tau...'rumah' saya pun sunyi jer seminggu ni...
anak2 saya sederhana jer dlm pelajarannya kadang2 naik kadang2 menurun...
kongsi la jugak hal anak2 ni...kalau bwk diarang jln sana jalan sini ke...
akak..
ReplyDeletethis is your home.. so brag away!
teman suke nk bace, tak suke nk ngate.. ;)
saya pun suka jugak citer pasal hal anak2, kisah kenakalan, anak2 saya utk kenangan
ReplyDeleteAzie
ReplyDeleteYa, saya faham. Saya hebat masak air aje, heheh...
i sendiri tak berapa suka nak expose benda2 ni.. takut timbul riak. Pelajaran anak2 i just level2 biasa je.. But i still proud of them. Nak jadikan orang tu yg lebih penting. Bukan takat academic.. I m not a person yang sampai bagai nak gila bila anak2 gagal mencapai kejayaan academic cemerlang.. Takat tak terlalu bengap pada i ALHAMDULLILAH.. jangan ada orang buli sudah..heee
ReplyDeleteBerjaya akademik tak semestinya berjaya dalam hidup. Yang penting jadi "insan".
ReplyDeleteKak, pernah tak tengok video 'ANAK ASET KE SYURGA ATAU NERAKA' by Ustaz Don Daniyal. MEnarik. (sorry, off topik sekejap)
Berdoa untuk semua anak2 kita agar berjaya di dunia dan akhirat
ReplyDeleteKadang2 kita cuma nak luahkan rasa gembira dan bangga terhadap anak2 kita tapi mungkin org yang baca salah penerimaannya.
ReplyDeleteKejayaan anak2 tetap menjadi kebanggan kita, kalaupun anak tak pandai kita tetap bangga kerana mereka menjadi manusia.
fahammm Puan !!
ReplyDelete:)
Salam AA, komen awal kali ini, bangun awal dipinggiran subuh 3:30 am... Suami tinggalkan sendirian lagi... ke S.Arabia urusan kerja!
ReplyDeleteGimana pun AA, bagi Ratna pencapaian kecemerlagan Anak-anak semua sudah sempurna pabila mereka berjaya menjadi insan ummat seperti semahunya Rukun Islam yang 5 bertaut se'eratnya bersama Rukun Iman itu, jadinya walau apa pun pencapaian akademik mereka sama'ada bertahap rendah, sederhana dan ter...tinggi, itu semuanya ada lah sebagai perisai duniawi sahaja bagi melengkapkan mereka untuk bertanggungjawab sepenuhnya sebagai ahli manusia didunia yang terbentang luas ini.
Rasa kebanggaan timbul karena takjub sekali dengan pencapaian yang luar biasa atau apa juga tahapnya itu ada lah reaksi lumrah yang ada didalam sanubari kepada setiap manusia dan tidak boleh disangkal-tolak kan kenyataanya, cumanya... cara kebanggaan itu di peraga kan dengan nada penyampaian yang "bagaimana pesennya"(bahasa pasar)... boleh tampak terserlah dari pembawaan seseorang itu, hanya kepada yang sememangnya punyai sebuah jiwa nan bersih suci yang senantiasa merendah kan diri dengan seluhurnya sahaja akan menyampaikan berita kejayaan itu tanpa bernada bangga membuak, juga tanpa hilang pertimbangan diri lantas tidak akan sesekali berkelakuan riak, angkuh takbur atau menyombongkan diri sendiri karena tahu dan ngerti rezeki yang dilimpahi perkenankan itu datang diturunkan olehNya maka itu wajib ber-Alhamdulillah Syukran senantiasa kepadaNya...
Beringat-ingat senantiasa juga nasihati lah diri sendiri supaya akan lebih sedar menjadi sebolehnya sederhana perlakuannya karena apa sahaja kelebihan yang diberi anugerahkan ada lah sebuah dugaan terhadapnya walau pun ianya petanda cemerlang yang gemilang sekali maka itu banyak yang ter...lupa diri terus ter...leka membiarkan diri dikuasai oleh suara halus yang berapi lantas ter...sesat menyimpangi jalan yang ter...bengkang bengkok serupa sama cara pemikirannya terhadap sebuah hidup yang disangkakan hanya untuknya sahaja pabila sudah ditempatkan ditahap yang ter...tinggi itu!!! Lumrah manusia...
Sori berlori, maafkan Ratna wahai AA, salah satu nature si-BintangJauh pabila berayatan semahunya jauh memanjang berkilometer... gitu!
Salam manis semanis madu.
seriau bab ni nak tulis lebih, kadang2 dah usaha dah nak minimum mungkin tapi, anak2 tu life kita, blog pula ttg life kita, sikit banyak mmg kisah dia org lah.
ReplyDeletekebanyakan begitu..yg bagus akan diceritakan dan dibanggakan..dan begitulah sebaliknya..
ReplyDeleteapapun, buruk atau baik..tetap ujian dari allah... kaya miskin dan sbgnya~
pencapaian akademik bukan penyumbang utama ke arah seseorang tu utk jadi insan.
ReplyDeletetapi betul jugak. sekarang ni saya pun agak berhati2 kalau nak menulis dalam blog. takut disalah anggap dan disalah tafsir.
Saya konpem takda kisah anak2 kat blog sebab saya takda anak, hehe..
ReplyDeletemengambil kira penyakit manusia bercakap la menyebabkan saya juga kurang nak menulis blog sekarang. bukan apa...cuma nak ambik langkah berjaga2.... bukan senang kita nak puaskan hati semua orang kan. memang tak mampu. apapun, tetap suka dengan cara kita sendiri.
ReplyDeleteLYAFRINA:
ReplyDeleteSetuju. Kita memang sentiasa cuba yang terbaik untuk anak=anak. Rugi pula jika tidak menyimpan kenangan pasal anak-anak di blog, kan? Teruskan.
UMMI ARISSA:
Sebagai ibu, U memang wajar merasa bangga dengan kejayaan anak-anak walau dlm apa keadaan sekali pun. Kelemahan adalah untuk diperbaiki bukan untuk diperlekeh oleh orang lain. Teruskan. Tiada yang salah.
FROGOS:
ReplyDeleteKalu manusia ni sama, tentulah dunia terasa hambar. Kelainan itu membawa perbezaan dari sudut yang lain.
YUS:
Betul. Anak kita, tentulah kita yang wajar merasakan bangga itu. Pemakin semangat. Lagipun itu memang anak kita. Setiap saat kita pasti ingin membuat lebih baik dan lebih baik lagi utk mereka, kan?
KAK ZAKIE:
ReplyDeleteSaya suka komen Akak. Tidak hebat bukan bermakna lemah. Mereka tetap kebanggaan kita, kan?
MAMA MAMAN:
Yeahhh.. kerana mereka adalah anak kita. Sesuatu yang sangat indah dan sangat bernilai.
KAKCIK:
ReplyDeleteTerimakasih sebab ada sesuatu yg Kakcik faham tentang saya. Tetapi itu bukan pula sesuatu yang boleh dikongsi sepenuhnya.
AINNORAINI:
Cerita anak-anak memang seronok untuk ditulis dan dimuat gambar dalam blog. Cuma apa yang dimaksudkan oleh Kak Azie, cerita berlebihan tentang kehebatan anak yang ditulis secara riak di blog.
AZEEDA:
ReplyDeleteTerimakasih sebab suker bace.. hehehe
MAMASYAZA:
Pasal anak ni, bab rajin ker, bab nakal ker semua pun kita tetap seronok nak tulis, kan?
SOM:
Masak air sampai bleh jadi air Teh Tarik paling enak, eh? hahahaha
AZIAN:
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat U, YAN. Bagi kita, apa juga pasal anak-anak tentulah menjadi perkara indah dan membahagiakan. Pelajaran semata pun bukanlah pelengkap kehidupan.
NAJWA:
Video tu tak ler tengok lagi. Tapi setiap kali ada program 30 Minit Bersama Ustaz Don, memang tak miss!
CHIK ATT:
ReplyDeleteAmminnn... itulah yang sebaik-baiknya.
JUNAINA:
Salah penerimaan itulah yang kita tidak upaya mengawalnya. Setiap perkembangan anak-anak tentulah sentiasa menjadi kebahagiaan kita.
DRSINGA:
Bagus! Pandai anak murid saya nih. :)
BINTANG JAUH:
ReplyDeleteSaya sentiasa suka dengan komen RATNA. Walau panjang, tetapi tetap berisi dan penuh dengan semangat dan nasihat berguna.
Betul, sifat riak dan angkuh itulah yang ada ketika kita tidak sedar lalu menjadi amalan pula. Mohon dijauhkan.
Terimakasih atas nasihat itu. I appreciate it!
KUJIE:
Saya rasa KUJIE memahami apa yang cuba saya sampaikan. Ada ketika kita memang tidak upaya menahan setiap andaian orang terhadap tulisan kita, kan?
FATIN MRAZ:
ReplyDeleteKita akan redha dan ikhlas menerima itu sebagai ujian dan anugerah.
GADISBUNGA:
Orang mudah saja membuat andaian dan membuat spekulasi. Kita kena bersedia dengan pelbagai anggapan orang walaupun kita tidak berniat begitu pun.
DINAS ALDI:
ReplyDeleteTak mengapa. Mana yang sesuai, ambillah buat teladan. Yang mana idak tu, abaikan saja.
EELOBOR:
Kerana kita ada cara kita sendirilah, tak semua orang dapat terima. Kita kena bersabar dengan karenah orang yang selalu cuba mencari salah kita.