Tuesday, April 10, 2012

Dari Jalan Ipoh ke Tanjong Ipoh, lalu terus ke Jemapoh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-04-2012



Hari ini tidak dapat menulis panjang lebar, membebel pun susah sebab keyboard ada problem. Ini pinjam laptop Dak IKA. Aku tak suka, sebab tak guna tikus.

Takpa upload gambor bebanyak sebagai pengganti text. Cerita simple di Ahad lalu, kami balik Kuala Pilah.

Pagi Sabtu aku uruskan penghantaran Tart Nenas. Bermula dengan seorang pelanggan baru di Jalan Ipoh, kemudian hantar juga kepada seorang pelanggan baru di Labu (N9) kemudian terus Seremban untuk pelanggan setia blogger ACIK ERNA. Tumpang simpati kepada ACIK kerana tetiba sakit dan diwakili oleh encik suami yang peramah dan pandai melawak. Hehehehe... Terimakasih bang.


Kerana MyTOKLAKI dan anak-anak dara berdua itu serta MyMak Mertua bergerak lebih awal, aku naik bas sendiri dari Seremban terus ke Kuala Pilah. Terminal bas Kuala Pilah petang-petang meriah orang berniaga makan. Aku tapau Rojak, Cendol dan Sate. Cendol sedap!

Layan gambar....

Budak ni asyik kejar ayam jerr... Berjam-jam sampai berkilat muka.

Pangkin di penjuru laman, sudah berbumbung baru.


Ubi kayu dikorek oleh MyTOKLAKI. Segar dan nampak sangat menyelerakan. Balik KL terus buat pengat.


Pucuk ubi nan segar. Rembat bawak balik sampai satu buntil.





Dah lama tak tengok bunga raya cenggini. Merah menyala, memikat jiwa.




Ibu ayam ni sedang mengeram, muka pun bengis semacam jer. Ada 9 biji telur.



CHAK takut dengan ayam jantan ni. Terus teringat blogger KARUKORD JAGAU.


~...pertama kali tiba memang HISYAM keliru antara Itik Nila Biru dan Ayam Piru seperti juga SERI BULAN yang sukar membeza antara Mengkuang dan Pandan lalu bila dikerah memetik pucuk cemperai dia tidak sangka ranting susah dicerai, akar susah disesah dan daun susah diperah...~

















24 comments:

  1. Wow!cantik2 kelihatan pemandangan
    ada ubi kaya lah lah..betullah balik kampung ke / dapat ni semua...)

    ReplyDelete
  2. ayam bertelur pun ada, pandai pula dalam kotak..cantikk!

    ReplyDelete
  3. Salam AA

    Dah lama tak tgk ayam jaguh. Hari tu teringin jugak nak bela ayam sikit2 kat rumah ni, tapi mak kata jgn, nanti bau hapak...maklumlah kawasan rumah kecil je....

    ReplyDelete
  4. kampung Azah kat Jemapoh ke? Saya dan anak2 pernah singgah solat di masjid di situ semasa Afifah belajar di Serting dulu.

    ReplyDelete
  5. kak.. bestnya pangkin ada bumbung.....


    tetiap hari kalau mkn tengahari kat situ, blh mkn bertambah tu.... angin mesti byk kannnn

    ReplyDelete
  6. Sedapnya dapat makan ubi dan pucuknya yang masih segar dari ladang. :)

    ReplyDelete
  7. hahaha ada ayam JAGAU laa..kiuuut je ekekeke...

    uuiii bes tu lepak2 kat pangkin tu sambil pekena ubi rebus ke kan....peh tu kopi cp kapal api.....fuuuuuhhhh

    ReplyDelete
  8. Sallam AA,

    Seronok betul kalau balik kampung ye..banyak yang dapat dirembat,...lucu tengok budak yang kejar ayam tu hehe...

    ReplyDelete
  9. Saya suka mkn pucuk ubi tuu... masak lemak ciliapi...
    Beskan kalau balik kg ni..

    ReplyDelete
  10. memang cendol bus stand pilah sedap ..

    ReplyDelete
  11. Klu blk kmpg, jgn lupe tuai hasil2nye. Hahahaha. Sy klu blk kmpg hubby....segala mcm jenis benda nak kutip bwk blk. Dari jantung pisang smpi ke daun kesum. Hahahaah!

    ReplyDelete
  12. ntah bila la dpt merasa suasana kampong mcm ni :(. Kampong pon dh xde. dh jd cam bandar. xmerasala nk berkejaran ayam kampong. Atok n nenek 2 belah pihak sume dh meninggal.

    ReplyDelete
  13. best nya kampung...rindu nak balik kampung :(

    ReplyDelete
  14. kak azie tau tak gambo yg ada ubi kayu tu nampak 'mahal'??

    ReplyDelete
  15. Ubi kayu dibuat pengat...terliur kak Zai dibuatnya.Kalau balik kampong macam2 boleh dapat, bestnya orang ada kampong.

    ReplyDelete
  16. ETUZA:
    Begitulah bila dapat balik kampung. Banyak hasil kampung yang boleh diangkut.


    Ayam betina tu tengah mengeram. Memang sengaja diletak di dalam kotak. cute kan?



    MAMA JU:
    Dah lama tak dengar orang sebut ayam jaguh. Saya sebut ayam jantan ler. Memang lama tak tengok dan tak dengar ayam berkokok. Oh best!

    ReplyDelete
  17. YUNUS BADAWI:
    Kampung mertua saya bang. Kampung Pelangi, di Jemapoh. Bila-bila singgah ler. Rumah tepi jalan saja.



    ZONAKU:
    Tengahari makan di situ, tak daya ler. Panas cek oiii. Kalu petang dan sarapan pagi, sesuai la. Memang berangin.

    ReplyDelete
  18. KAKCIK SEROJA:
    Memang segar dan manis sekali!



    KARUKORD JAGAU:
    Kiut kan? Macam awak jugak laaa. Hehehehe
    Duduk di pankin tu sambil lepak borak-borak. Nak tido situ pun layan...!

    ReplyDelete
  19. LIPISLADY:
    Sekali sekala balik kampung, ada pula hasil bumi yang sesuai dipetik, apalagi. Rembat je la. Hehehehe



    AIN NORAINI:
    Memang plan nak masak lemak cilip padi ler tu. Belum masak lagi.

    ReplyDelete
  20. Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Pernah minum di situ ya? Saya tapau dari kedai yang paling hujung sekali. Pakcik yang jual Cendol dan Air Buah.



    MAMA MAMAN:
    Jika masih ada kampung, baliklah untuk melerai rindu.

    ReplyDelete
  21. POK AMAI-AMAI:
    Tak kira ler kampung siapa, jika ada peluang memang nak angkut segala hasil tani. Kak Azie angkut juga daun pandan dan limau nipis.



    ZENNAYA:
    Betul. Jika orang tua sudah tiada, memang suasana kampung pun susah kita nak rasa lagi. Kak Azie sendiri kampung sendiri pun dah jarang balik.

    ReplyDelete
  22. ACU:
    Kita orang kampung yang ada kampung. Tentu selalu merasa rindu.



    GADISBUNGA:
    Sekarang orang dah tak minat nak snap pic pic cenggini. Orang kampung jer yang minat.



    KAK ZAITUN:
    Memang sedap Kak. Saya buat malam tu juga. Adehhh enak lazat nikmat.

    ReplyDelete
  23. Ya Allah, terima kasih k.AA, terubat hati saya ingin melihat suasana kg di Msia... Sgt2 rindu... Pilah, kg belah suami, tp dah xde siapa... selalu pergi ulu bendul dulu... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails