Malam tadi, tunggu IKA balik kerja (keja part time sementara result SPM kuar). Normally kami selalu borak-borak dan story mesti pasal tempat keja dia lah.
Sambil tu sama-sama layan apa saja program yg dia suka. Selalunya selepas kul 10pm memang dia dah booking remote, sebab siri-siri paberet dia... apa lagi kalu bukan American Idol (siri ni aku pun suka gakkk...), Gossip Girl lah, Beverly Hills 90210 (zaman aku skulah dah ada siri nih..), Super Natural lah (ni wajib dia nak tengok sbb hero 2 beradik tu hensem tak hengatt...!)..
Kalu petang suka tengok Chuck, Glee, pastu siri Ebuzz (ni memang tak bleh miss..) dan banyak lagi lah, dari siri lawak jenaka yang bodoh dan pandai.. malah siri Friends yg dari zaman tuk kaduk tu pun dia bleh tengok ulang-ulang.. adoiii. (Dan malam tadi kami tunggu American Idol sampai kul 1.30 – siri yang juri undangannya, Katy Perry)
Malam tadi kami bersembang-sembang pasal hal pertunangan anak buah aku, means cousin IKA ler, melarat pasal blog dan IKA rekmen aku baca satu blog yang best yang dikatanya, “gerenti MAK suka, sebab menepati citarasa MAK..” Aku kata, aku tak suka sangat baca blog yang guna bahasa ringkas, bahasa sms yang terlalu pendek ringkas sampai rosak bahasa. Guna bahasa pasar masih aku bleh terima, but kalu guna bahasa yg kasar melampau, pastu taip ayat pun ringkas teramat-amat, sebiji macam bahasa sms plak.. ohh tidak..
Dan lagi satu, aku kurang minat baca blog para artis wpun aku tahu beberapa orang artis yang ada blog menulis dengan baik (dengan ikhlasnya tanpa riak seorang selebriti), tapi aku tak pandai nak komen sebab aku tak leh faham dunia mereka sangat. So sekadar nak baca sekali lalu tidak lah menjadi payah pada aku pun, tapi nak ikut sangat, tidak rasanya. Pernah dulu aku baca blog pelakun Zed Zaidi, best blog dia, sekali dua terklik blog Amyza Adnan (dari blog orang), ok jugak sebab dia banyak kisahkan pasal anak-anak dan kehidupan sebenar dia, Ogy Ahmad Daud dan pelakun Ezlan Yusuf... > sekadar menyebut beberapa nama.
Semalam IKA rekmen blog: http://zahiriladzim.blogspot.com/Budak ZAHIRIL ADZIM ni pelakun, sekali sekala nampak dia dalam drama (antaranya siri Ghost 8TV dan Kami). So pagi ni aku try buka dan baca beberapa entri. Yang bagusnya, dia gunakan bahasa yang seboleh mungkin “spell out” habis tak banyak short form mcm bahasa sms. Aku lihat sekali lalu beberapa entri lain, ada sajak (betullah kata IKA, sajak budak ni best...) ada luahan tentang masyarakat, tentang teater.. hmm tak rugi membaca. Seorang anak muda yang wajar mendapat pujian.
IKA follow blog ni selepas direkmen oleh ALONG. Maknanya ramai remaja memilih membaca blog yang ditulis oleh remaja yang pandai menulis dengan bahasa yang baik. Isi cerita mungkin tidak upaya diikuti, tapi mengikuti perjalanan kehidupannya sekurang-kurangnya memberikan keyakinan kepada generasi sebaya mereka, remaja juga mampu mendidik melalui blog.
Aku copy terus dari salah suatu post di blog ZAHIRIL perenggan ini:
Pelbagai bahasa wujud pada hari ini di seluruh dunia. Tengok sahaja di Malaysia yang memiliki bermacam bahasa. Ia digunakan untuk berkomunikasi untuk difahami. Tetapi, bahasa juga dapat dijadikan sebagai senjata.
dan ini:
Dah settle preview, kita pun keluar lah letak barang – barang dalam kereta pastu berjalan-jalan dengan niat nak edar flyers AIR CON. Tapi inilah part yang aku tak berapa senang. Dalam pada dok berjalan-jalan dengan tenaga kerja AIR CON ni, aku perhatikan pengunjung-pengunjung event ni yang rata-ratanya remaja baya aku. Aku tengok ramailah budak-budak yang berfesyen. Ada yang si perempuan pakai tu, memang aku boleh faham yang kau tak tahan dengan cuaca panas kat Malaysia ni, ada juga yang dengan jeans yang habis koyak, habis rock.
Yang lelakinya pula, kebanyakan memang "INDIE" habis lah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana, memang konon ART lah!. Baju nak design cute habis, seluar nak habis skinny.
Yang lelakinya pula, kebanyakan memang "INDIE" habis lah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana, memang konon ART lah!. Baju nak design cute habis, seluar nak habis skinny.
Sebenarnya, bagi aku bahasa yang baik menjadi pelengkap cerita. Apalagi cerita tu ditulis penuh telus, selamba saja tanpa prejudis jauh sekali nada riak, so ada cerita yang ringkas dan simple pun jadi seronok dibaca sebab bahasa tak lintang pukang. Aku pun menulis dalam bahasa ROJAK juga, tapi seboleh-boleh tak gunakan bahasa sms.
Sapa lagi nak jaga bahasa sendiri kalu bukan kita? dan generasi kita? (teringat blog BABAH yang best sangat bahasa dia)
*Harus diingat, aku tidak mempersoalkan blog sapa, bahasa apa tapi yang serasi dibaca oleh mata rabunku ini adalah yang mudah difaham dengan cepat (tidak terkial nak faham apa maksud “wiken” apa makna “U ols” “macam bese, wat jela kn..” “tp siyesly sgt2 sakkkkeeeettt” dan SEUMPAMANYA..
## wiken = weekend / U ols = U all / bese = biasa / syesly = seriously.
Ada banyaaaaakkkkk blog yang bagus, yang best dibaca perkongsian berguna, tapi dalam 1 hari mana larat nak buka semua tu, kan?
Entri ini tidak berniat sama sekali mengutuk blog sesiapa sekadar luahan aku terhadap bahasa yang digunakan sahaja... tolong faham yerrrr...
~...Pengalaman aku nak termuntah semasa terbaca blog AZWAN ALI beberapa bulan lalu, buatkan aku lebih berhati-hati. Tapi seseorang beritau aku, blog dia tersenarai dalam “7 Blog Paling Berpengaruh” dalam suatu program Project Alpha... hmmm pengaruh apa??~


















.jpg)













