Friday, January 15, 2010

Otak pun bergolak sama...

Dah 2 malam aku demam malam. Demam malam? Ya, aku demam waktu malam saja. Kul 8pm aku akan mula dedar-dedar (“dedor” = kata orang Perak, “dedau” = kata orang Melaka). Pastu tekak sakit skit, then badan sakit-sakit skit. Mujur kepala tak sakit, tapi rasa tak semangat la. Semalam siang dah ok, tapi hari ni tak berapa nak ok, dedar tu masih ada sampai ke siang...

Kenapa? ada kaitan dengan mengidam tak?

Ehhh tak lahhh..! Aku rasa mungkin kerana aku terlalu stress, tertekan dengan pergolakan (kerja-kerja luar aku) dan pelbagai kemelut yang sedang melanda. Atas rasa tanggungjawab, aku sangat memikirkannya dan tidak pernah hilang dari fikiran aku sejak seminggu ni. Aduhhh... Sangat besar harapan aku, segala kemelut dapat diselesaikan tanpa mengambil kira kepentingan peribadi dan meletakkan keEGOan jauh dari meja perbincangan.


Hari ni ulang tahun kelahiran kawan blogger aku yang juga kawan aku sepanjang aku bertugas di Pesta Buku (2 tahun berturut). Novelis NAJWA AIMAN tuan punya Blog KHAYALKHAYAL.








Semoga sejahtera selamanya, murah rezeki (dan boleh belanjaaaa....)

Juga aku nak ambil kesempatan memanjang link ni untuk kengkawan yang sudi membaca. Khas dari rakan blogger DJ EPOI. Ada sesuatu yang sangat menarik di sana...!


~...ada harapan tak dapat makan SATE malam ni, sebab aku menang teka Juara AJL haritu? :D Aku dah kata, AIZAT tu memang the best among the bestttt....~
*...aku tengok gambar sup di blog SITI MURNI, so dapat idea, semalam aku pun masak yang hampir sama, boh sayur + fishball banyak-banyak. Sedap wehhhh...~



29 comments:

  1. azie,
    mee kolok tu memang mengancam...
    akak yg terbayang2 nak makan mcm tu....

    ReplyDelete
  2. Harap Kak Azie cepat sihat seperti sediakala..Rehat secukupnya ye..

    ReplyDelete
  3. KAK MAH > baru betul kan? Demam mengidam Mee Kolok. Hehehe..

    ACU > Ya, happy besday to him...

    ReplyDelete
  4. ZUREEN > terimakasih. Alhamdulillah masih boleh bekerja cuma semangat turun sedikit.. Mujur dah ujung hari bekerja. Cuma saya perlu “bekerja” hingga ke malam hari ini...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Azie..

    Demam lagi ker.. Kalau demam minta le sapa2 urutkan badan tu.. Nak minta saya tolong urutkan jauh sesangat :)

    ReplyDelete
  6. Alamak lupa nak habaq. barang2 tembaga tu saya beli kat sini (NZ).. murah yang amat harganya klu nak banding ngn Malaysia.. tu yg Cik Hubby duk mabuk kumpul barang2 tembaga.. satu lg yg murah barang2 kristal.. tapi cik hubby tak minat nak kumpul benda2 tu semua..

    ReplyDelete
  7. Aku rasa mungkin kerana aku terlalu stress, tertekan dengan pergolakan (kerja-kerja luar aku) dan pelbagai kemelut yang sedang melanda.

    Adusshh...serius ni, buk! Nak refer pakar tak? I free hari ni.. :)

    ReplyDelete
  8. NIDA > betul kan, ada orang kata demam urat, dan bila diurut akan lega. Tapi Kak Azie taktau ler ni demam urat ker demam betul-betul. NIDA pandai mengurut kerrr...:D

    Ya, nampak banyak barang tembaga di rumah NIDA. Comel-comel. Wahh kalu murah elok gak buat koleksi tu kan? Tapi kena tahu cara menjaga. Nak kene rajin menggilap tu.

    ReplyDelete
  9. FA > terimakasih atas tawaran tu. Sangat ler berbesar hati... :D Tapi takper lah. Memang saya suka mengada-ngada ngadu.. bukanlah besar sangat pun. Rasanya masih boleh diselesaikan dengan caya musyawarah..

    ReplyDelete
  10. aku pun tetiba deman azie.smlm badan dah rasa lain jek.aku rindu kat my bujang beb.dah lima hari termasuk hari ni dia blom kol aku.besok sabtu baru bole guna hset yg disimpan oleh urusetia.

    aduiii rindu giler kat dia.wiken ni aku harus pergi jumpe dia lagi :(

    hepi besday utk kawan hang tu ekk.uishhh hang ni asik dok minta org belanja jek.bila hang nak belanja aku :p

    ReplyDelete
  11. ECHAH > hang tu demam merindu. Aku ni tak rindu kat sapa pun. Orang jer kot yang merindu aku. Ahaks!

    Aku bukan minta belanja, tapi depa tu selalu pemurah hati sangat nak belanja aku.. Bukan salah aku kan? kan? :D:D

    Aku selalu gak belanja orang, cuma belum lagi belanja hang...hahaha!

    ReplyDelete
  12. saya tengah terbayang kak azie belanja saya makan sate...hehe

    ReplyDelete
  13. AZRUL > amboiii.. amboiii.. blehhh blehhh. Tunggu lembu Kak Azie bela tu besaq skit...:D

    ReplyDelete
  14. Agaknya Azie penat sangat kot, bawalah berehat.

    Happy besday utk kawan Azie tu.

    ReplyDelete
  15. Salam..
    Demam malam ni org tua2 kata lagi payah nk baik dan lebih bahaya dr demam biasa...
    Pergi la klinik suruh doktor peksa... untung2 ada anak menakan dlm tu..hi..hi..hi. Boleh tumpang gumbira.

    ReplyDelete
  16. KAK ZAI > terimakasih, prihatin. Tak ler teruk sangat, tapi risau esok jadi semakin teruk. Sebab seharian ni kena aircond. Dah tak tahan dahhh...

    ZEQZEQ > di mana untungnya, di mana ruginya? Saya memang ler tak mo rugi...:D

    ReplyDelete
  17. SHANIZA > Salam... eh ya ker? Kalu pi jumpa doktor, amik ubat dah ler. Tak yah ler peksa. Kang tak lulus plakkkk...Ahaks!

    Nak anak menakan ka? mintak la kat orang lain aihh...:D

    ReplyDelete
  18. Salam Azie...

    selama ini, mati2 (nasib baik tak mati betul2 lagi!) kakcik igtkn si Najwa tu pompuan.. :)

    ReplyDelete
  19. Aduh kak azie...

    Moga cepat sembuh ye. Wah entry keropok binjai tu tetiba kita pulak teringin nak makann.

    ReplyDelete
  20. Salam Azie. Isteri saya apabila demam malam, pergi cari bidan urut. Urut seluruh badan. Lepas tu tak demam lagi. Begitulah yang dia buat jika mula demam malam. Saya rasa demam urat tak?

    ReplyDelete
  21. Hmmmm Kak Azie demam rindu nak gath kot. Cuba buat gahtering lagi... konfem hilang demam dia tu.

    Kak Azie.. kang kalo dapat org belanja sate... jgn lupa call kita skali.... nak gak merasa makan sate free... ekekekekekek

    ReplyDelete
  22. zz..kite demam siang dan malam laaa :(

    aduiii rindunyer kat bujang!

    ReplyDelete
  23. semoga kak azie cepat sembuh & baik

    ReplyDelete
  24. salam kak azie, demam lagi ker?
    Harap2 dah sembuh. Semalam dah baca, tp malas nak sign in. Kalau lum kebah gak buat ler macam babah suruh, g ngurut, insya Allah membantu

    ReplyDelete
  25. Hello Anneaziz, regret to read you not feeling well.
    If you passing a Chinese medicine store, pop in and ask for this Herbal tea, made in Ipoh, Perak.
    It's called, 'Hor Yan Hor'. Its herbal.

    It is good for feverish conditions, colds or when you not feeling good.
    Or body feels uncomfortable.
    Drink it hot, then lie down relax.

    Drink 2 cups and it will help you feel better.
    Wishing you well, have a great week, Lee.

    ReplyDelete
  26. TERIMAKASIH kepada SEMUA yang prihatin dan yg memberi tips..

    Semalam 2 hari (Sabtu & Ahad) pegi joging, terus baik demam. Mungkin juga demam urat. Dah kuar peluh, teruih kebah...

    Terimakasih yaaa....!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails