ada offer untuk sesapa yang join ikut aku pegi berjalan-jalan perabih duit sambil potpet-potpet ke Kelantan & Terengganu pada Mac akan datang (5–7 Mac).
Group yang organise ni adalah kakak angkat aku yang bekerja di UM. Aku kenal dia sejak tahun 2001 lagi. Dan dah ikut grup lawatan dia sudah lebih 5 kali. Pertama kali aku pi Kelantan pun ikut grup dia dulu. Pegi 3 kali ke sana, semua ikut dia. Pastu pernah juga ke Johor. Dan sekali ke Langkawi.
Kenapa aku suka ikut dia? Pertama, aku kagum dengan kakak ini. Begitu gigih organise trip sejak bertahun-tahun lamanya. Setiap tahun tak tau berapa kali dia turun naik merata tempat. Dan ramai orang kenal dia. Aku yang kenal dia, akhirnya faham kenapa setiap ahli trip mesti nak ikut sangat trip dia. Malah kalu dia buat 2 bus, berebut nak naik bas dengan dia.
Sebab trip dia memang best. Memang menyeronokkan. Seronok di sini bukan bermakna kami boleh melompat menari atau bersukaria tak hengat, tapi seronok kerana tiada tekanan. Dia pandai handle ahli rombongan. Tak marah-marah, malah begitu memahami. Dan aku tak heran bila ramai orang sayang pada kakak yang sorang ni.
Sudah lebih 2 tahun aku tidak join trip dia. Dan pagi tadi dia offer ajak trip ke Pantai Timur. Bersungguh-sungguh dia mengajak dalam nada kerinduan.. Cewahhh..! Hmmm terbuka juga hati nak pegi. Dulu-dulu pegi, harga tak sampai RM100 pun, tapi sekarang dengan kenaikan harga minyak, memang berbaloi segalanya meningkat.
Hmmm sapa nak ikut? Cuma diingatkan, jangan bermimpi untuk dapat hotel 4 or 5 bintang dengan harga RM130. Tapi percutian, insyaAllah seronok. Bagi yang biasa bercuti dengan taraf 5 bintang, mungkin akan berasa tidak seronok dengan trip bas. Apapun, seronok itu suatu yang subjektif. Yang pasti, AA seronok melihat negeri orang, budaya orang, makan menu tempat orang, dapat kenalan baru dan dapat melegakan tekanan kerja...
Jommmmm....!
~...aku rindu pasir di Pantai Cahaya Bulan, rindu nasi lemak di Pasar Siti Khadijah, teringin nak meronda lagi di waktu malam di bandar Kota Bharu, Nasi Kerabu.... juga ketagih Keropok Lekor panas-panas dari periuk di gerai sepanjang jalan Rantau Abang...perhhh!~
bwk "ole-ole" dari sana yer....hahahahaha
ReplyDeleteEELOBOR > ole-ole apa yang sesuai agaknya? Dah lupa dah. Dolu-dolu pi sana, borong kain baju, keropok 1 guni besar.. :D
ReplyDeleteKak Azie bukan kaki shopping tapi pegi tempat orang suka makan.. makan.. dan makan...heheheh.. Semua menu nak rasa, nak try...
sejak kawin ni aku tak pernah jejalan dgn rombongan cik kiah dah.yg aku ingat last sekali tahun 1984 kami gi cameron highland ikut kilang punya rombongan.semua main couple2 weiii..siok giler :p
ReplyDeleteskrg ni kalau ada aku ada huby ada anak2..kalau tidak tak lengkap :)
jgn lupa mkn taik itik tau.. :p
Aik!!
ReplyDeleteKAk Echah!
TAIK ITIK?
Mendanya tuh Kak oi!!
Orang laki ada yg ikut juga ker Kak..
Ker kalau nak ikut....kena pakai Lip Stick & Pakai Skirt hehehehehh....
Moh!! ler kawang2....
Kiter gi tengooooook! punyuuu tuloooorrr!
Memang tertelan liur dengar..
ReplyDeleteden memang kalah kalau bab makan ni..
Gambar nasi kerabu lak tu... my fevret!
ala kak azie,
ReplyDeleteacu teringin nak join tapi tak boley sebab 15hb tu acu nak ke Indonesia..huhuhu...
p/s DJ Epoi::
bro,tak kan lu tak tau kuih TAIK ITIK kot?
nama pelik tapi rasa sodap..hehehehe
assalammualaikum
ReplyDeleteseronok jalan2 ni ngan member...
tak leh join :(
tapi nanti boleh baca entri jalan2 tu kat sini kan
azie,
ReplyDeletetang ini memang akak tak boleh ikut...
"beginilah nasib diri ku yang malang...oh tuhan..."
(tiba-tiba jer teringat lagu ni....)
take care kat sana kak azie :)
ReplyDeletedgr kata...kuih taik itik pn akan di ubah nama
ReplyDeletePernah ada gewe Kelate dulu. Tapi tak pernah sampai ke Kelantan sebab tak sempat nak jumpa mak bapak dia. Sang Biawak dah sambar dulu. Nasib baik Sang Biawak sambar dulu... Kalu tak beta takkan jumpa Permaisuri beta sekarang... ekekekeke...
ReplyDeletesaya juga rindu nak makan roti bakar kat 'white house'. tapi tak dpt nak join trip ini, masa dan keadaan tak mengizinkan. t.kasih kerana memanjangkan jemputan.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteAda juga rancangan nk bawa rombongan pelajar ke kelantan. Nk tengok sendiri bgmana kegigihan org perempuan berniaga yg memonopoli pasar siti khadijah...
ingat kawe cuti panjey ni nak gi derak klate..lama tok jumpo saing denu....nak beli kepok getek....
ReplyDeletesori aaa....kawe kecek klate..hehehe
ECHAH > terbalik lak. Aku masa anak dara dulu memang tak merasa ler nak berjalan jauh ni.. Susah nak dapat pelepasan...:D
ReplyDeleteTapi bila dah kahwin dan anak2 dah besar skit, banyak lak tempat aku boleh pi berjalan. Ada masa aku bercuti dengan kengkawan, ada masa-masa gak aku bercuti dgn family. Ikut keadaan laa..
DJ EPOI > Taik Itik tu nama sejenis kuih tradisional Kelantan. Manis katanya depa, tapi saya sendiri lum pernah rasa.. Tu yang nak pi try cari tuu...
ACU > ohh pegi Indonesia ek? No bad. Kali ke berapa dah ni? Kalu ada singgah Gunung Tangkuban, nak kirim sehelai baju sarung bleh? Biasanya di jual di kawasan gunung sahaja. Baju tu murah sangat RP75 jer rasanya, ritu beli selai saja. Nyesal. Baju sarung (wool) bentuk 3 segi macam baju kelawar. Bleh takkk...? pleaseee...!
ReplyDeleteCIKGU NORMAH > sekali sekala ada agenda bercuti dengan kengkawan seronok juga. Kalu bercuti dengan family suasananya lain, dgn kengkawan keadaannya lain pula.
ReplyDeleteKAK MAH > tak per lah tak leh ikut. Agaknya Kak MAH pun dah jenuh dah berjalan merata tuuu...:D
AZRUL > jom cari bunga telur di sanaaaa... :D
ReplyDeleteEELOBOR > Tukar nama? kalu dah tukar bagitau ek.. Selain Tahi Itik, kuih seperti Gelembong BUAYA juga sedap...
KHAYALKHAYAL > Bro, ni kes mertua tak jadi ler ni ek? Ahaaa!
ReplyDeleteAL-LAVENDARI > Bang, kalu abang tetiba terbuka hati nak join, saya pulak yang seriau nak join. Ahaks! hehehehe...
SHANIZA > Ya, memang meriah betul Pasar Khadijah tu. Majoriti kaum wanita yang berniaga. Seronok tengok. Tapi dah lama saya tak ke sana. Mungkin ada yang berubah...
ReplyDeletePAKLONG > Kecek la, ambo tak kisah.. Ambo pung tumpang nak blaja...
weiii aku nak tanya dah lama tp asik lupa jek.gambo famili hg ke tu kat header??
ReplyDeletebz body siket aku nih..hiks :p
ECHAH > tak per, tanya jer.. Yup. Memang family aku (sebahagian jer)
ReplyDeleteYang bertudung PUTIH (duduk kerusi pengantin) itu BONDA aku. Di majlis perkahwinan cucu pertama dia... Tahun 2008...
Berapa lagi kekosongan tu?
ReplyDeleteSalam kak Azie,
ReplyDeletesaya macam nak ikut aje trip tu.
Best nya.
LANABULU > masih banyak kosong. Kalu nak bawa kengkawan atau ahli keluarga pun boleh. Tak kisah. Bukan ada agenda rasmi pun. Agenda santai jer...
ReplyDeleteemail saya > azieazah_07@yahoo.com
IRIS > betul ker nak join? Lum puas pegi Labuan ekk...:D
ReplyDeletejom aarrr...
kak azie,
ReplyDeletenie first time acu p indonesia
acu pun x tau p ke x...
kak azie emel kn je la gmbr baju tu
if acu pegi insyaallah acu beli kan..
antar gmbr ke emel acu sephiasayang@yahoo.com