Pulut Kuning. Aku suka Pulut Kuning. Satu family aku suka. Dulu-dulu aku sangka buat Pulut Kuning hanya pada majlis-majlis tertentu atau untuk bersedekah sahaja. Bila dah berkahwin dan mak mertua aku (N9) selalu buat Pulut Kuning tanpa kira hari apa, so aku menerima yang Pulut Kuning boleh dimakan bila-bila masa jer.. heheheh... naif tul aku..
So, sekarang ni, bila teringin jer nak makan, terus buat. Biasanya untuk sarapan hari minggu. Dan lauk paling popular mestilah Sambal Tumis Bilis. Kadang-kadang rendang daging atau ayam. Sekali sekala aku makan dengan Ikan Masin. Perhhhh...! Tapi aku nak try buat Sambal Sotong lak. Wow..!
Dulu, aku pernah balik kampung, buat Pulut Kuning untuk sarapan. BONDA aku siap tanya, “nak buat kenduri apa?” “Hehehehe... saja jer nak buat untuk sarapan esok pagi.” Masa tu nak rendam pulut. (Soak overnight yer kengkawan...) BONDA aku heran. Sebab di kampung aku, Pulut Kuning hanya dibuat pada majlis-majlis tertentu sahaja. Hmmm... ekslusif sungguh Pulut Kuning ni.
Dan aku belajar dengan Mak Mertua aku untuk masak Pulut Kuning yang sedap dan enak. Rendam dengan beberapa keping Asam Keping (pembaca lelaki, abaikan petua ni...). Sebelum nak dapatkan yang sedap dan enak tu, memang jenuh lah jugak kena komplen dek TOKLAKI, sebab asik ler tak menjadi. Pernah gak ler merajuk tak buat Pulut Kuning untuk beberapa lama. Sekarang ni kira dah terer dahhh. Tiap kali Raya mesti ada menu ni di rumah aku. (Jangan memandai soh buat Open House lak ekkk...)
Dan,
aku berhasrat nak buat Pulut Kuning dalam masa terdekat, sebab semalam anak aku ALIA dah naik Al-Quran dan CHAK dah Iqra’ 3.
Ada sesapa teringin nak rasa? Ahaks! ehhh tak yahhh laaa.. bukan sedap pun aku masak> tunduk malu sambil jeling ECHAH.
salam....
ReplyDeletemak aiii...terliur nengok pulut kuning tu....
kena ngan ayam kampung panggang ....tak leh cakap la....sedappppppppp sangat
memang terliur sangat² la pulut kuning tuh. ckup menyelerakan
ReplyDeletealong kat sini,nak.....
ReplyDeletenak.. nak.. saya mau... anak saya yg no1 tu mmg suka sgt pulut kuning...
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteHubby akak suka makan pulut termasuk pulut kuning. Tapi akak tak suka pulut termasuk pulut kuning...jarang2 buat. Boleh makan hari2 sbb ada org jual pulut kuning termasuk di pasar tani.
Sowi... no pulut for me. As for pulut yellow, I can take little-little only with sambal or rendang... eheks...
ReplyDeleteSalam Azieazah. Dah lama tak makan pulut kuning. Tapi pulut biasa selalu. Isteri saya pembuat/penjual tapai pulut. Kami juga suka makan pisang goreng lembik dengan pulut + dengan kelapa. Memang best, sampaikan mak mentua lalu pun kami ajak makan sekali (bukan - sampai mak mentua lalu pun tak nampak, melampaulah macam tu)
ReplyDeleteHello Aziezah, As we Canadians will exclain, "Holy Smoke"!
ReplyDeleteI love this nasi kuning! I have not eaten this since, alamak da lupa bila pun, but wayyyyy back.
Wa, women like you dangerous to bachelors, makan ni, empat malam menimpi ta tidur, ha ha.
It looks sooooooooo delicious, and ada sotong sambal, habis cherita ni,
I think tiga pingan tentu lichin, ha ha.
Aziezah, I am very impressed. Outstanding!
Your hubby is a very lucky man.....by the way, you must have made this and invited him for dinner sebelum kawain? Ha ha.
Da makan....itu la dia, game over, for him, arhaaaa ha ha.
You have a nice day, Lee.
Salam kak Azie...
ReplyDeletewah menggiurkan dan mengghairahkanlah gambar makanan tu semua.. meleleh air liurku ini..hehe
ngape jeling kat aku.... (^_^)
ReplyDeletesadapp tu beb..!
aku masak pulut kuning setahun byk kali gak.besday,annivesary dan bila result peperiksaan anak2 aku keluar.
rasa excited tu lebih siket kalau masak pada hari yg istimewa...betul tak??
ada sorang jiran aku ni sampai dah maklum setiap kali aku buat pulut kuning dia dah tahu sbb apa.dia dah hafal setiap tarikh penting dlm hidup aku.. :p
biasa aku buat sampai 20 tapau utk kawan dan jiran yg rapat.
baru-baru ni aku buatkan adik aku pulut kuning kenduri aqiqah anak ke 2 dia kat kampung.aku masak pulut dia masak kari udang.pandai adik lelaki aku masak sedap kari udang dia beb.untung bini dia sbb dia rajin ke dapur :)
email aku sepiring pulut hang aku tunggu ni :D
samalah macam AKAK..asyik nak menayang makanannnnnnnn je. Asyik nak bagi orang kempunannnnnnn je. ARRRGGGHHHHHH!
ReplyDeletePAKLONG > terliur ekk... jangan sampai basah keyboard tu. Makan dengan ayam panggang? wahhhh lain dari yg lain tu... nak try gak la..
ReplyDeleteEELOBOR > suka juga ya. Sekarang ni memang ada orang berjualan Pulut Kuning ni..
CIKGU NORMAH > Along juga yaa.. hehehe..
ReplyDeleteHEZRIN > Anak no 1 pun suka ya... Mak kepada anak no 1 tu pun mesti suka juga tu, kan? kan? hehehe...
SHANIZA > kalu di Perlis sana memang ada Pasar Tani jual Pulut. Saya pernah nampak. Dulu saya pergi Padang Besar, saya juga makan Pulut Ayam, menu Thailand. Pulut kukus putih makan dgn ayam. Sekali nampak macam Nasi Ayam, sebab ada bawang goreng, sos dan sup.. Tak berapa ngam dgn tekak saya...
ReplyDeleteKHAYALKHAYAL > Bro, U pantang tengok atau pantang makan? uishhh rugi youuuu....
ReplyDeleteBABAH > ohh pandai buat Tapai Pulut ya? Saya pun suka. Buh dlm petisejuk, perhhhh...
ehhhh salah la kalu Mak Mertua lalu ajak makan... patutnya Mak Mertua tu yang patut makan dulu sebelum Menantu duduk makan.. hahahaha...
UNCLE LEE > your joke makes me laugh until I jatuh kerusi...! hahahaha...! Ya, right. He is very lucky man. Bukan saja saya boleh masak (bukan pandai, tapi boleh masak), tapi juga saya seorang yang kuat makan..
ReplyDeletehahahaha.. Have a nice day too, UNCLE..
NIDA > sorang lagi meleleh air liur.. cepat lap..
ReplyDeleteECHAH > aku tau tu. Hari tu sebelum your bujang nak SPM pun ko buat pulut kuning hantar kat jiran dlm hujan-hujan.. Aku pun sekali sekala buat juga untuk hari-hari istimewa.
Nanti aku email dengan kapai terbang nooo...
FA > sabaq... FA sabaqqqq.... :D
ReplyDeleteazie,
ReplyDeletenak sepiring ngan sambal sotong :-)
azie, nasi lemak sedap tpca tu bukak tak ari sabtu?...jom dating kat situ....
KAK MAH > Nasi Lemak TPCA? Hmmmm rasanya buka kot hari Sabtu. Akak email Azie: azieazah_07@yahoo.com
ReplyDeletenanti Azie kasi no fon. Atau mintak jer dari Kak Cik SEROJA..
Roger!
Kak,
ReplyDeletesungguh terbeliak mata ai melihat nya , malam ni sure termimpi mimpi
DR > ko mimpi aper? mimpi makan ker mimpi minum? Jangan sampai terkencing atas tilam dah lah jerrr... hahahahaha
ReplyDeleteKak,
ReplyDeleteTerus minta emak buatkan untuk bekalan kembara petang ini. Hehehe. Pengaruh betul.
Sama macam kegemaran kak Zai pulut kuning tapi mesti ada rendang ayam atau daging.
ReplyDeleteMeleleh air liur dibuatnya,raya nanti kak Zai cari rumah azie boleh?
IRIS > Ehhhh Kak Azie sudah berjaya menghasut yerrrr... Hakhakhak! > gelak setan
ReplyDeleteKAK ZAITUN > Nak cari rumah Azie yerrr.. bolehhh... > cepat2 bungkus kain baju nak pindah rumah lain.. hahahahha
sedap nye pulut kuning..
ReplyDeleteacu suka makan pulut kuning dgn rendang ayam atau kari telur...
iskh..kak azie buat acu terliur la..uhuk
Salam Azieazah
ReplyDeleteMohon izin singgah. You have nice entries. I enjoy them all. You seem a jovial person too. Baguslah tu. And you are also very creative. I love pulut kuning + ikan masin (musuh orang diabetik & darah tinggi!). Do you know why we cook pulut kuning and not pulut hijau, biru etc? Have a nice day!
Salam Azie...
ReplyDeletehari ni la Azie buat pulut kuning tu kan? Ada lagi tak? Nak pergi mengendeng ni! :)
salam kak azie
ReplyDeletepergh... pulut kuning dan pulut yang seumpamanya, memang feveret saya, tp kdg2 kalau tak de lauk, cicah gula atau susu pekat manis pn dh sedap (orang kelantan memang suka manis2 ni, wpn tak semua cenggitu-dulu husband cukup pelik)
Aduh... tetiber jer teringat ngan pulut gaul durian... sedapnyer...
Lapax!
ReplyDeleteesok2 nak pulut purple , pulut PINK lak
ReplyDeleteSalam...Kak
ReplyDeleteSERIUS!!!
Gua telioq weih!!!
Kena ngn sambal ikan bilis ..mak oiiiiii!!!
ACU > ya pulut dengan kari, memang besttt....
ReplyDeleteTEMUK > Salam Bang TEMUK. Terimakasih bertandang.. Kenapa kita masak Pulut Kuning tidak biru tidak hijau? hmmmm... mungkin orang Melayu begitu sinonim dgn warna Kuning.. Warna diraja tuuu... Ada sebab lain tak? Saya kurang arif, Bang...
KAK CIK > Sori berlori Kak Cik. Tak jadi buat hari ini. Sebab petang tadi ada program discussion sampai 9.00 malam. Nampaknya kene tunda hari lain.
ReplyDeleteROSNANIE > Pulut kukus makan dgn Kuah Durian tu jangan disebut laarrr.. Memang sedap wehhhh... tak pun pulut tanak gaul dgn kelapa, makan dengan ikan haruan kering... Perhhhhh!!
ANYSS > jom pi makan...
ReplyDeleteZEQZEQ > Memang saya nak try buat Pulut PURPLE... tapi rasa tak sanggup nanti nak makan.. Awak nak makan kerrr...
EPOI > teruskan berangan sambil jangan lupa lap air lior yang meleleh tuh.. ok? hehehehe...
ReplyDeletearghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeletetak tahan dah...
kak azie...
bila nak ajak datang makan ni????????????
DIANA > ajak boleh selalu... bab nak masak tu yg kena tengok calendar dulu...:D:D
ReplyDeletemokyang, memang iye, tempat kita masak pulut kuning time kenduri je kan mokyang kan... cam pelik je makan pulut time tak kenduri... biasa mak saya masak pulut tanak je kalau bukan kenduri, makan dengan ikan masin best woh! tappi makan tak bleh byk mokyang, kang takleh tido
ReplyDeleteDINA > biasanya orang kalu makan pulut jadi ngantuk dan lemah badan..
ReplyDeleteSalam azieazah
ReplyDeleteOrang tua-tua kata, pulut kuning tu pulut top status sebab, betullah mcm azieazah kata, guna warna diraja. Juga disediakan utk very special occasion. Tak kiralah, majlis doa selamat ke, birthday ke, malah sekarang ni utk ganti wedding cake! Lain kali mungkin patut ahli PAS buat pulut hijau, ahli UMNO buat pulut merah & sedekah (bukan suap) untuk penduduk kawasan mereka?! Satu kawasan, dapat at least dua pulut!
TEMUK... hehehhe.. Bang.. Saya cuma tergelak jer lah. Tingin gak nak makan pulut merah...:D
ReplyDeleteKalau org Perak buat pulut kuning bukan majlis rasmi pasti ada sesuatu. Apatah lagi cuma untuk famili siap dengan ayam goleknya.
ReplyDeleteMaka itu timbulnya filem Jangan Pandang Belakang!.
Pulut kuning makan dengan ikan masin jeruk memang sedap!.