Wednesday, January 27, 2010

Capital Cafe — sebuah nostalgia

Lately aku sempat pulak tengok MHI TV3 sebelum pegi keja. Yang benornya aku bukak tv pepagi sebab nak dengar berita jam 7am. (Dengar bukan tonton, sebab sambil bermekap pasang tv) > ya aku bermekap jugak ler pegi keja, wpun takda perubahan apa pun, seghopa tu larrr jugaakk!

Semalam pagi, aku sempat tengok potpet potpet pengacara FETRI yang petah berkata-kata dgn seorang pengacara wanita yang Muda LELA lagi Muda BELIA, tapi aku tak kenai... orang baru. Memang 2010 ni MHI bertukar banyak sangat, ritu aku tengok pengacara pun ramai yang baru (termasuk ANAHITA BAKAVOLI yang cun melecun tapi naik nama sebab menang satu program realiti mengacara dulu, lupa apa ke programnya, yg aku tak lupa, masa final dia pakai suar pendek woooo...!).

Yang aku geleng kepala semalam, pengacara cun bersama FETRI tu potpet potpet pasal sejenis buah. Buah Salak. Si cun tu bleh tanya lak spontan kat FETRI, “What, buah salad?” Mak aiii... Pastu mengaku plak tak pernah dengar Buah Salak. Bukan orang Melayu ker? Hmmm ragu gak aku, sbb muka ala-ala pan Asian (ayat dolu-dolu zaman Sofea Jane, Ramona Rahman dan seangkatan, malatop..). Sampaikan FETRI leh cakap, “Pernah dengar nama tempat Salak Selatan?” adoiiii..

Gambar hiasan semata – FETRI dan WARDINA

Yang buat aku geleng kepala kali kedua, FETRI sebut pasal Jus Pegaga. Si cun tu tak pernah tahu apa itu Pegaga. So, untuk menjawab rasa bengang aku sendiri, aku kata, “Agaknya budak ni lahir kat luar negeri, so dia baru balik sini Januari 2010 sebab dapat job jadi pengacara MHI TV3!” >> Dan aku terus pegi keja. Lupakan. Monolog tu andaian aku saja, okey?

Pagi tadi, aku sempat dengar, pasal depa promote tempat sarapan. Pengacara pagi tadi si ALLY dan Zakiah Anas. Depa ni memang serasi, maklum berpengalaman.

Yang best depa promote tempat yang ala-ala 60s, iaitu Kopiam Capital @ Capital Cafe, di Jalan TAR (betul-betul depa SOGOssss). The only one yang masih berfesyen lama di situ, include kerusi meja kayu dan cawan piring. Lama sungguh aku tak pi Cafe ni. Dolu-dolu masa bekerja di hari Sabtu, hampir tiap minggu inilah cafe aku dan kawan-kawan aku melepak makan tengahari yang dah tak berapa tengahari. Sbb sampai situ ukur jalan dulu baru makan, kadang dah kui 4 petang!

Kawan aku sorang tu, sejak anak dia sekolah rendah sampai anak dia dah bagi dia 4 orang cucu, mula makan di cafe tu. Sedap wehhh... rindu ler pulak. Yang best, Cantonese Kuey Teow paling best dan confirm halal. Rojak dan Nasi Padang pun memang rasa dia sangat dasat aarrr. Cewahhh!

Since dah bertahun lamanya jugak aku tak jejak kaki lagi ke Jln TAR wpun bulan posa waima raya sekalipun, so selama itu jugakler tak jejak ke cafe ni. Agaknya AMOI yang selalu tau apa air paberet aku tu mesti dah lupakan aku.. wuaaaa!


~...gathering blogger kecil-kecilan pada 1 Feb nanti, harus aku join. Anak-anak pi skulah dan si emak akan kuar bercanda... hahaha!~


36 comments:

  1. Weh.. mana ada gathering.. saja suka2 je... nak gi tengok 'orang tu' buat dialisis.. :)

    ReplyDelete
  2. KAKCIK > alaaaaa.... kiter takut aarr.. nanti kiter gigil tengok wayar-wayar tuu..

    Apa kata, KAKCIK masuk dalam, AZIE tunggu kat luar? hikhikhik!

    ReplyDelete
  3. Kopitiam ni kat sebelah kedai langsir depan Sogo tu ker ? Selalu lalu jer tak pernah singgah pun :)

    ReplyDelete
  4. Pernah singgah Kopitiam ini, kawan kat kampung baru Pak Wahid yang ajak singgah kat sini.

    Samalah kita bertahun tak singgah ke Jalan TAR ini, masa bujang di sinilah lalu lalang dari Puduraya jalan kaki ke Chow Kit.

    ReplyDelete
  5. ACIK > yup benar, sebelah kedai baju (langsir ekk..) Ritu nampak macam butik Muslimah jerrr.. tak perasan, lama tak pi area situ...



    Bang IDAN > Saya pun ada pengalaman jalan kaki area situ. Dari Central Market (now depa panggey Pasar Seni) ke pasar malam Jln TAR. Masa dulu tenaga memang kuat hebat (oppss!) skang ni, ampunnn.. tak kuasa nak ke situ wpun orang dukung!

    ReplyDelete
  6. dah singgah pon... hoh.. gambo lama tu sama lagi dengan sekarang slimnya... jaga ati somi... jangan marah gurau kat maya aje ni

    ReplyDelete
  7. CEMOMOI > terimakasih masuk menyinggah dan menyapa..

    hang ni rabun ker aperr... pi tukar spek. Gambor lama tu, akan ditayang dilayur untuk sehari dua jer tuh...

    Tak marah aihhh... cheq sukaaa...!

    ReplyDelete
  8. Sejak bilangan anak bertambah ramai ni..jarang kesana..(takut hilang disebalik org ramai yg berpusu2..yelah waktu tu mungkin otak zureen dah pikir kain2 jer..he3)

    ReplyDelete
  9. budak yg dgn ahmad fetri tu budak cina ler.nama dia tzer (betul ke speling aku nih)tapi bunyi mmg mcm gitu.

    budak cina kat malaysia ni pada pendapat aku mmg tak pernah ambek tau apa-apapun tentang sesuatu yg dorang takde kena mengena.

    sama jugak mcm anak aku.nama ulam pun lansung tatau.jadi tak pelik pun beb :)

    tapi yg aku pelik...ada sorang pengacara WHI ni..ada ke patut dia bole tanya mcm gini kat rossa penyanyi comel dan jelita dari indon tu " lagu hey ladies tu lagu english ke?

    ada ke patut.sedangkan lagu tu mmg popular giler kat sini dan hari-hari dimainkan diradio.dia patut study rossa dari internet atau majalah so takde ler bole tanya soalan yg nmpk 'bodo' mcm gitu.adehhh nmpk sgt tak layak jadi pengacara.

    ko tahu rossa mcm terkedu sekejap bila ditanya soalan mcm gitu.ada ke :(

    ReplyDelete
  10. ZUREEN > Kak Azie pun sama ko ler jugakk.. :D dah pompuan. Tapi Kak Azie memang sejak dolu kala memang tak suka pi beli belah bawa anak-anak. Rela pi sorang jer, cepat dan pantas..

    Yang buatkan Kak Azie dah jarang pi sana sbb dah tak keja hari Sabtu, so no reason pun nak pi ukur jalan. Dah tua-tua ni, susah tul kalu kena panas, mudah sakit kepala... > alasan si perasan..! hahahaha

    ReplyDelete
  11. selalu lalu depan cafe tu tapi tak pernah plak tergerak hati ni nak masuk... kena try test gak nanti ni... keh3

    ReplyDelete
  12. ECHAH > maksud aku dlm story aku memang SEBOLEH-BOLEH aku cuba mengelakkan soal dia bangsa apa... sbb ramai gak Melayu kita yang tak tau bab ulam dan buah2 sebegitu. Aku faham tu..

    What I try to say is: dia tak buat homework tentang kerja dia or MUNGKIN dia tak jangka langsung soklan spontan tu kuar... cuma aku berpendapat, dia sepatutnya cover line supaya tak ketara sangat yg dia TIDAK tahu.. gitulah.. pengalaman jugalah yang lebih bernilai di sini..

    Bab tanya lagu Rossa tu aku pernah baca somewhere, tp aku tak ingat dah kat mana... itu memang ketara ler tak patutnya wehhh...!

    ReplyDelete
  13. Kak Azie,

    Boleh jalan la tak kenal pegaga ngan buah salak, tu dah masuk kategori jahil murokab tu.

    ReplyDelete
  14. ICE > ko lalu situ mesti sbb ronda-ronda SOGOssss kan? Tak pun ko pi menCendol kat Pasar Malam TAR, kan?

    agak-agak bila nak pegi mentry test tuh? call me ekkk? :D

    ReplyDelete
  15. DESERT ROSE > hehehe... dasat tul perumpamaan ko nihh... U know what, si FETRI tu siap explain buah Salak tu kulit dia macam kulit Ular Sawa..

    I leh ampunkan ler tak kenal buah Salak, tapi tak kenal pegaga tu memang payah aku nak terima wehhh...!

    ReplyDelete
  16. azie,
    akak pun pernah sekali makan kat situ... sedap...
    sampai tak tau nak order apa..
    (ingat nak pergi lagi lah...)

    ReplyDelete
  17. AKAK > bagi orang yg biasa, memang tak kisah jer duduk kat cafe kecik macam tu. Kalu tiba peak hour, memang selalu tak cukup kerusi meja... Begitulah bertahun-tahun, tak pernah bertambah pun kerusi meja dlm tu.

    Bila nak pergi lagi tu agak nyerrrr....:D

    ReplyDelete
  18. best mkn mee hailam kt capital cafe tuh, tp rasa² nya dh hampir 2 tahun tak ke situ. dulu waktu lunch selalu la jgk mkn kt situ

    ReplyDelete
  19. EELOBOR > ada gak geng nii.. Kak Azie suka order Kuey Teow Cantonese tiap kali masuk situ, dan air laici..

    skang dah lama tak pi, tak pernah pun order Air Laici dari mana2 tempat... rasa mcm tak sama..

    Cantonese tu ada ler sekali sekala, but then, mesti teringat yg Capital Cafe punya...

    ReplyDelete
  20. Salam..
    Tak pernah minum di kedai kopi Cina atau India. Hubby saya alergik sikit tengok papan tanda kedai yg ada tulisan cina + melayu @ tamil, walaupun nampak halal. Dia hanya makan di kedai yg dia pasti betul2 org Islam.

    ReplyDelete
  21. Annahita Bakavoli tu satu fakulti dengan vic dulu. Tapi dia senior. Masa tu dia tgh ambik chambering "Law" kalau tak silap. Kebetulan kami berdua kena saman trafik Pak Guard UiTM.. sama2 beratur bayar saman. Hmmm.. walaupun dah jadi selebriti masa tu... dia tetap bayar gak saman parking.

    Dia jadi Dewi Remaja (Vic tau sbb mmg langgan majalah tu tiap2 bulan dulu). Sejak tu dia meletup la sebagai selebriti. Pasal dia tatau nama buah2 tu logik gak kot... since dia pun anak org berada... kalau stoberi ke... grape ke.. dia kenal la kot. hahahahahhah

    ReplyDelete
  22. SHANIZA > Salam. Sama ler juga saya.. Kalu tak pasti, memang tak akan masuk...



    VIC DIANA > pengacara yg taktau nak buah tu BUKANlah si ANAHITA tapi pengacara lain - baru gak (tak tau nama).

    ReplyDelete
  23. vic, kak azie maksudkan dak tzer yang dulu host quickie 8tv... alaaaaaaaa yang jadi model sabun vanish tu

    ReplyDelete
  24. ICE > cissss... dia lagi tahu ler pasal budak cun tuu.. wuaaa.. Gua tabik sama lu ler ICE..!

    ReplyDelete
  25. Kak, jom pi jalan2 kat area tu nak? Jalan cari tudung...hehehe

    ReplyDelete
  26. Salam!

    Yalah nama pun bebudak zmn skrg, kalau nak diceritakan, byk lagi buah2an yg mrk tak pernah dengar atau pun merasa.

    Macam Hubby Shaniza juga, saya pun tak berapa confident nak makan tempat2 yg diragui dan tak jaga sanitation. Kalau layanan lambat dan acuh tak acuh lagi menyampah...

    ReplyDelete
  27. Hi Azieazah, bila saya balek kampong, would love to buy you lunch at this restaurant...
    I sure miss some Malaysian foods....sebelum balek, must go on diet, then when in Malaysia...put back,haha.
    You have fun and stay young, Lee.

    ReplyDelete
  28. salam azie....
    tanya kat pengacara tu...
    "nak tak ikan wadik"
    aku konpius dengan pengacara tu...

    ReplyDelete
  29. orang yang tada pilihan kedai mana pun boleh sapu..

    ReplyDelete
  30. IRIS > boleh.. bolehh.. nak cari tudung ek. Kak AZIE temankan jer, tapi kena hadiahkan tudung selai, bleh gitu? Ahaks!


    TAJNUR > pilihan ada banyak. Tentu ada faktor2 tertentu yg buat kita pilih itu tapi menolak ini..
    Generasi sekarang tidak ada banyak masa kot nak mengenali buah2 tradisi dsb... sebab kecanggihan mengatasi segalanya.. hmmmm

    ReplyDelete
  31. UNCLE LEE > waaaahhh bila mau balik...? ya sure kita bleh lunch together-gether at this cafe...
    UNCLE ni macam sorang kawan yg duk oversea, everytime nak balik sini, dia mesti diet dulu, sbb dia nak makan sakan-sakan di sini...


    PAKLONG > Salam. Amboiii lama sungguh tak makan “Ikan Wadik”. Urang Banjar bisa basurah di sini... Ajar AZIE ek, nak polish balik skill basurah Banjar nihhh..
    .

    ReplyDelete
  32. ZEQZEQ > yaa... yaa saya tahu awak pun tak akan masuk kedai sempit macam ni...no aircond, no privacy.. :D

    ReplyDelete
  33. Kak Zai lari dari topik ataslah banyak orang dah komen.
    Gambar sebelah tu masih dara trang tangtang ke?
    Kak Zai kawin dah masa tu hehehe...

    ReplyDelete
  34. KAK ZAI > Maaf sebelum saya sempat baca komen Kak ZAI, pic tu saya dah REMOVE. Memang saya tak berhasrat nak buh lama gambar zaman tuk kaduk tu..

    1984 masa tu saya masih bersekolah menengah, SPM pun tak lepas lagi tuh..:D

    ReplyDelete
  35. Kak Azie, saya salah seorang peminat setia MHI versi yang lama. Masuk versi baru tahun 2010 - minat itu sudah terbang tinggi ke awan. Barisan pengacara baru tak mampu mengendalikan rancangan dengan baik, terkantoi dengan terlalu zahir. Kita moden ke, kita kampung ke, itu bukan alasan untuk kita tidka buat "kerja rumah".. sekarang, MHI sudah sepi daripada menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Saya juga sudah sepi daripada tercongok depan tv pagi-pagi. Masih rindukan MHI yang lama.

    ReplyDelete
  36. NOR AZIZAH > begitu lah masa beredar.. Kak Azie masih ingat di awal2 dulu... kalu tak silap nama program Sekapur Sireh ker aper.. lupa lak..

    dan yang awal2 dulu tetap menjadi kenangan pada kita..

    Nampaknya orang baru perlu lebih peka dengan sekeliling dan bahan yang bakal dicakapkan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails