Thursday, January 14, 2010

Keropok Binjai...

Tempat kerja aku memang tak diberi special hour untuk minum petang. Sebab time kerja adalah dari 8.30–6.30 pm dengan lunch hour cuma sejam (12.30–1.30pm) walaupun hari Jumaat. (No Malay male staf)

So, kalu nak minum petang, curi-curi masa sendiri jer. Tapi aku sangat jarang buat air utk minum petang. Selalunya minum air kosong jer. Air ni leh minum tak kira masa.

Tadi penuh bekas tu...

Sekarang sedang menikmati Keropok Binjai. Memang aku suka keropok ni, walaupun pahit sedikit tapi aku selalu taburkan sedikit garam halus, so ia akan rasa lebih lemak dan enak. Memang sejak dulu lagi, aku selalu beli keropok ni, tiap minggu mesti ada stok kat rumah. Enak di makan dengan nasi goreng, pastu ratah depan tv. Berebut dengan askar. Perhhhh...

Hari ni bawa 1 bekas ke ofis. Ratah lerrr.. Layan.!

Aku tak tau cemana orang buat keropok binjai ni. Buah dia pun aku tak pernah tengok.

Pic ni aku copy dari Google.

Sedikit info dari website: BicaraMuslim.com:
Kerepek binjai merujuk kepada kerepek yang dihasilkan dari buah binjai. Buah binjai yang dikopek akan ditumbuk bagi menghasilkan kepingan dan dikeringkan. Sekiranya buah binjai yang digunakan itu kecil, beberapa biji buah akan dikapuh menjadi satu dan ditumbuk untuk membentuk sekeping kerepek.

Kerepek binjai yang telah dikeringkan akan digoreng sebelum dihidangkan. Kerepek binjai goreng mempunyai rasa sedikit pahit yang mungkin tidak berapa digemari oleh mereka yang tidak biasa memakannya, tetapi bagi mereka yang biasa memakannya, rasa itu yang menyebabkan mereka menggemarinya.

Terdapat juga kerepek binjai yang digoreng dan disira dengan air gula bagi menghasilkan kerepek binjai sira. Kerepek binjai dan kerepek binjai sira amat digemari oleh penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu.


~...sebenarnya perangai meratah keropok ni bila aku rasa tertekan dengan sesuatu, samada kerana job atau kerana sikap orang...!

ADDITIONAL:
makan keropok sambil layan Dikir Barat dari blog EELOBOR... bestttt!

Demo jange jual mahal
Loni tino blana koknar
Muroh rego buleh tawar
Ikey gelamo limo seriyal
Dey tuo tak dok rego
kulit terik jadi kendor
Jange tunggu lamo-lamo
Takut jadi bini mudo
lalalalallaalallalalal.....pecoh pun tok guno

hahahahaha...!


28 comments:

  1. Dulu pembantu rumah kak Zai bila dia balik mesti bawa kerepek binjai tapi anak2 kak Zai tak suka.

    ReplyDelete
  2. KAK ZAI > pembantu rumah tu asal dari mana...

    ReplyDelete
  3. azie,

    keropok melinjo dan buah binjai, 2 jenis berbeza...
    (kalau salah tolong betulkan akak)
    buah binjai, memang dlm gambar tu tapi keropok melinjo ni buahnya kecik-kecik macam buah kopi...
    buah binjai - ada yang masam dan ada yang manis.. sedap buah sambal belacan.

    ReplyDelete
  4. Teringin gak nak makannya..(Asyik nak makan aje kerjanya..tadi nak makan mee kolok..he3)

    ReplyDelete
  5. Kak

    Harap dapat disampaikan pada rakan2 Walaweiiiiiii blog Akak...

    http://epoi8787.blogspot.com/2010/01/peluang-untuk-berkongsi-walaweiiiiii.html

    Gua sekadar berkongsi..

    ReplyDelete
  6. alosh la kak azie, mano ado ore mkn kerepok binjai sambil dgr lagu dikir barat. tp keropok tuh mmg peberet gak tuh, bersama dgn papadom. mkn sambil layan astro...puhhhhh

    ReplyDelete
  7. uish ada kopok binjai? tak penah dengar sebelum ni... tapi buah binjai memang best buat sambal... ada ke jual buahnya? aritu kirim kat kwn tapi dia kata dah takde lak skang buahnya... mana nak cari ek?

    ReplyDelete
  8. sedap keropok binjai ni..
    tapi kalau makan banyak2 jadi loya lak Tuya..
    sebab dia ade pahit2 tu kan..

    ReplyDelete
  9. Lorrr... keropok ni rupa-rupanya keropok binjai? Astaga wa esta bagadud... wa dok makan selalu dengan penuh lazat selama ni tapi tak pernah tau. Ingat ke keropok sirih.

    ReplyDelete
  10. nostalgia kak...lama dah tak jamah keropok binjai ni. mana nak cari kak...huhu...teringin dah ni...

    ReplyDelete
  11. salam kak azie, tak pernah try lagi, ingat tadi keropok melinja, yang ni memang saya suka, ada rasa pahit2 skit,keropok binjai tak pernah lak makan, buah binjai sangat suka. Potong, tabur gula(nak cover masam tu), pastu letak dalam peti ais, agak gula dah cair baru makan... slluurppp... sedapnya... meleleh air liur

    ReplyDelete
  12. Salam Azie. Di Medan ada terdapat satu kampung di panggil binjei. Saudara mara saya masih ramai di sana. Nanti saya tanya sama ada samakah benjei dengan binjai. Di Indonesia,keropok yang popular ialah keropok yang diperbuat daripada kulit lembu atau kerbau yang dipanggil Jangek. Sedap juga rasanya. Tapi kalau makan depan lembu atau kerbau, mungkin tak selera...

    ReplyDelete
  13. binjai ni dah mahal.kalau kat tawau mmg tempat dia ler.combi rasa diimport dari indon kot.

    skrg 500g pun dah rm10.dulu cuma rm2 jek.

    mmg sedap rasa pahit + lemak.

    ReplyDelete
  14. Dulu pembantu rumah kak Zai bertukar2 ada dari Jawa tapi yang selalu bawa kerepek ni dari Medan.

    ReplyDelete
  15. Salam kak Azie..

    Keropok Binjai dengan Keropok Belinjau tu sama ke ek? Ni first time saya dengar keropok Binjai

    ReplyDelete
  16. KAK MAH > ntah ler samada sama atau berbeza. Mungkin tempat lain sebut lain agaknya. Azie memang sebut Kopok Binjai ler..

    Kalu binjai yang mcm mangga tu pernah ler tengok, orang buat sambal belacan..

    ZUREEN > Hahaha.. memang, memanggg.. Nak makan sebab pandai makan dan banyak makan..:D

    ReplyDelete
  17. DJ EPOI > no problem BRO. Tarak hal lah... Nanti gua buat entri..:D

    EELOBOR > wehhh.. sedap aarrr, kunyah kopok layan Dikir Barat tu. Next time boh ler lagu ANAK TUPAI plak ekkk.. Kiter sukerrrrr...!

    ReplyDelete
  18. DINA > memang tak tau lah kat mana nak cari buahnya. Masuk kampung2 harus ada kot...

    KHAYALKHAYAL > BRO, U pun suker ek? enak kan?

    ReplyDelete
  19. TUYA > Kak Azie selalu taburkan sikit garam halus. So yang pahit tu tak terasa sangat tapi ia akan jadi tambah lemak. Try laa..

    SITI > Dulu masa bercuti ke Penang, Kak Azie borong banyak dari CHOWRASTA. Hang pi situ cari, bukan jauh pun. Kak Azie beli dulu tak ingat berapa kilo, berabih puluh2 RM, tapi bila balik naik bas xpress (pi sorang gitu laaar), sampai KL, keropok binjai tu langsung tak kelihatan. Wuaaaaa..! nangisssss...

    ReplyDelete
  20. ROSNANIE > dah macam jeruk tu kan? Wahhh teringin nak rasa.

    BABAH > Keropok Jangek? wahh menarik tu. Kalu lah kita dapat mengenali banyak makanan2 tempatan di negeri lain, best kan?

    ReplyDelete
  21. ECHAH > memang dah mahal. Aku beli di pasaraya kawasan taman aku 1 paket kecil RM3. Aku leh anggap murah jugak la, sebab leh dapat 2 tupperware besar. Orang kedai tu pun dah kenai, asyik aku jer yg beli. Tiap 2,3 hari sekali, mesti aku beli.

    KAK ZAI > Memang sebelah sana tu popular dgn pelbagai keropok kan? Kalu kita makan di restoren2 depa pun, makan nasi selalu dihidangkan dengan pelbagai jenis keropok.

    ReplyDelete
  22. NIDA > Mungkin sebelah Melaka sebut belinjau kot. Kak Azie sebut binjai ler.. Masa kecik dulu memang tak pernah pun jumpa. Dah tua-tua ni pandai lak makan... ”Memang dasar pandai makan” :D

    ReplyDelete
  23. Hello Azieazah, your office there no kedai kopi dekat?
    Okay, why not beli a thermos flask and instead of minum ayer kosong, bring Chinese green tea.

    It is not only refreshing, but good for health, good for slimming, good for after eating kropoks (as it gets rid of the oil) as well well bring a glow to your self.

    Saya suka kropoks, especially kropok udang.
    Used to buy a lot from Kota Baru and Trengganu old days.
    Disini Toronto, dapat juga sometimes from Singapore.
    Bila tengok TV, itu la dia, mulut nak disco, munch kropoks, ha ha.
    You have a nice day and stay beautiful, Lee.

    ReplyDelete
  24. UNCLE LEE > kat ofis saya ada air panas. Boleh buat kopi, teh etc... anytime. Memang saya juga ada stok Chinese Tea (instant). Ada kala memang saya minum, especially musim panas. Saya belajar banyak tentang minum Chinese Tea dari kawan2. Juga saya biasa juga buat air Red Dates (campur tongsam). Masak 1 big pot dan bawa ke ofis. Minum untuk 1 hari. Betul, sangat bagus untuk mata dan kulit... (tapi saya HITAM ler jugakkkk)

    Thanks UNCLE. U have nice day too....

    ReplyDelete
  25. sedap nye kopok binjai..acu pun suka..nyum..nyum..

    ReplyDelete
  26. ACU > nanti bila-bila ada gathering lagi, kita goreng banyak-banyak bawak makan bawah pokok ek? Mesti happening gilerrrr...

    ReplyDelete
  27. salam,

    kak azie.. krepek binjai yg kak azie mkn tu buah dia kecik2 bukan cam lam gambaq tu.. yg lam gambaq tu biasa org buh lam sambai belacan..
    buah belinjau @ blinjo tu yg org buat krepek tu..

    buah blinjau ni selain buat krepek bleh jugak di buat gulai lemak.. sedappp!!!

    arwah tok su dulu memang pakar buat krepek blinjau @ binjai ni.. sampai wat bisnes laa dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap satu hari nnt sy dpt melihat & menanam pokok ini

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails