Rabu
11-01-2011
*scheduled post
Lumrah orang kampung mesti nak bela ayam itik, sekor dua lembu atau kambing or kerbau. Pelanduk ada?
Samada buat makan sendiri atau sekadar buat peneman meriuhkan kampung. Ayam jantan menjadi alarm setiap pagi. Natural!
Lalu jangan marah bila orang-orang tua bila diajak ke bandar, cepat saja nak balik ke kampung semula, dengan alasan rindukan ayam itik, lembu kambing dan kerbau angsa...!
Dulu kami pun ada bela ayam, itik dan angsa. Cuma tidak banyak kenangan aku dengan angsa, kecuali kami lama juga membela itik. Bermula dari anak itik yang banyak sampai beratus ekor (kebanyakannya kaler kuning) sehingga berkurangan dari jumlah sebenar kerana di makan ular... [Kenapa bila besar, kaler kuning tu ilang? Telur tu disuntik pewarna ker sebelum ditetaskan?]
Pepagi terbongkok-bongkok memijak tanah becak separuh berair kerana separuh darat separuh parit, mengutip telor itik. Bila banyak boleh jual untuk tambah belanja dapor! Kalu musim raya, buat bahulu atau telur masin. Digoreng jarang sekali, kerana telor itik hanyir.
Di Ketereh hari tu, terperanjat lagi kerana di bawah rumah ada reban angsa. Lima ekor kalu tak silap. Setiap setengah jam, kadang-kadang setiap 1 jam, angsa ini akan berbunyi riuh beberapa minit seperti menegur sesuatu. Irama bunyi nyaring ini disebut “orkestra angsa” oleh CIK BINTANG. Hehehehe. Malam pertama memang susah nak tidor, tapi lama-kelamaan, telinga pun dah lali..

Buka pintu dapur rumah ANYSS terus nampak kehijauan ini.Bila hujan, suasananya sungguh menarik dan unggul sekali.

Telur angsa dieram secara moden sebegini. Lampu yang dipasang itu sebenarnya automatik, akan terpadam sendiri bila mencapai haba yang dikehendaki dan on sendiri mengikut keperluan suhu. Wahhh... kagum aku!
Cuma sehingga hari ini, aku tidak tahu samada Itik Nila dan Angsa itu adalah haiwan yang sama! Yang aku tahu, kedua-dua haiwan tu suka kejar orang!
*ada ker yang tak tahu apa makna “lau” tu? LAU = reban ayam atau reban itik.
Aku suka nak repeat lagi sekali gambar ini. Pelantar kayu, walau nampak macam kusam uzur tetapi sebenarnya pelantar ini memberikan suatu gambaran kenangan yang orang lain tidak mungkin faham. Masa aku nak menulis tentang kenangan itu di blog dulu, jenoh aku cari di Google gambar pelantar, tetapi tiada suatu pun yang menepati bayangan aku, kecuali GAMBAR ini (sekarang baru jumpa)!Aku teringat masa seusia 12 tahun, di rumah arwah MAKLONG aku selalu duduk di pelantar sebegini, mengangkat air ke rumahnya, juga memasak di dapur kayunya... dan pernah beberapa kali berteman seorang lelaki yang pernah kata dia hanya nak kahwin dengan aku — aku malu nak masukkan link entri tentang lelaki itu di sini, kerana lelaki itu sampai sekarang belum berkahwin!
~...belum sempat mencapai batok di tepi tangga, belum tertanggal selipar di kaki Mak Utih sudah berleter macam bertih, Pak Utih sudah masam macam termamah belimbing buluh kerana SERI BULAN pulang dengan lumpur di betis, HISYAM menghantar dengan lengan bercalar lalu kedua orang tua di ambin itu memandang penuh curiga...~