Saturday, January 7, 2012

Bersosial Cara Aku, Gigih Cara Aku ...

Assalamualaikum
Sabtuday
07-01-2012



Semalam aku bermesorat di luar KL. Hari tu ada orang tanya, keja apa mesorat malam-malam? Yang pasti bukan MLM. Tidak langsung, tapi kerja luar yang tidak rasmi tetapi perlukan komitment yang gigih juga.

Sebenarnya Ahad ini ada program untuk breakfast dengan blogger dan aku mendapat jemputan. Malangnya, aku tidak upaya sertai kerana mengambil kira sepanjang minggu sejak balik dari Kelantan hari tu, aku terlalu sibuk. Dan melihat Ahad nanti adalah hari yang wajar berada di rumah. Budak-budak dah start skulah, jadi ada banyak rutin terpaksa dijaga semula setelah bercuti hampir 2 bulan, kan?

Tapi,
aku terpaksa menarik balik alasan aku itu. Aduhh Sori Berlori la. Nampaknya Ahad nanti aku tetap juga tidak dapat berada di rumah sepenuhnya.

Sabtu hari ini aku terpaksa bekerja di luar KL juga, sehingga petang. Banyak temujanji yang harus dipenuhi. Rakan-rakan sepasukan masing-masing ada komitment lain lalu aku terpaksa mengawal temujanji sehingga petang.




Dan Ahad, masih ada kerja lanjutan yang harus dibuat.

Sibuk yang cuba dikawal, tapi sebenarnya, selagi badan larat (perasan muda), aku ingin terus gigih bekerja, terus cuba untuk menjadi pekerja yang baik, menjaga komitment sendiri agar setiap orang yang terlibat berpuas hati dan suka bekerjasama dengan aku...

Kerana aku bekerja untuk membantu orang lain itu sebenarnya membantu diri sendiri.

Tentulah aku berharap akan ada beberapa perubahan menjelang tahun 2012 ini nanti. Setidak-tidak ada sesuatu (atau lebih) yang dapat dibuktikan kepada diri sendiri, atau mungkin juga kepada orang lain.

Serik rasanya menjadi insan yang hina, insan yang jauh darjat dari kawan-kawan lain, malu bila dikatakan orang sengkek, dan terhina bila menjadi orang yang tidak mampu.

Memujuk diri, aku sebenarnya mampu bekerja kuat dan mampu menjadi orang gigih. Malah masih mampu gelak ketawa bahagia dalam aliran sosial bersama kawan-kawan blogger lain walaupun tidak perlu menjadi rapat. Mesra dan jujur adalah kunci terbaik.


Memang dah lama aku tak join kengkawan merebut Juara Longkang! Rindu...!



~...pertama kali bertentang mata dengan JALAL membuatkan SERI BULAN rasa nak pitam demam tetapi bila HISYAM bagai bersedia hendak menjual Silat Pulut Tanak Tak Masak, dia yakin sahabatnya itu akan menjadi pelindung terbaik walaupun bukan itu alasan terbaik...~










14 comments:

  1. Kagum dengan kegigihan Azie memenuhi tuntutan kerja...kalau kita dah melepek...

    ReplyDelete
  2. sibuknya akak .. BTW, tu choc ke kek kak? nmpk sedap jer.

    ReplyDelete
  3. Itulah wanita....
    berkorban apa saja,
    tenaga ataupun nyawa
    bukan kerana kasih atau mesra
    tetapi.....
    kerana membantu dan ingin berada di tempat yang lebih selesa....

    Terharu akak baca catatan AZIE,
    tanpa sedar
    Terlalu banyak persamaan antara kita
    Sesungguhnya kita terlalu banyak memberi daripada menerima...

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    BACA HABIS N3 INI DAN MEMAHAMI. LF SGT SETUJU SOAL KELUARGA PERLU DIBERI PERHATIAN WALAU SESIBUK MANA SEKALIPUN. KERJAYA JUGA MEMINTA PERHATIAN, BEGITU JUGA KEHIDUPAN SOSIAL. LF YAKIN AZIE BIJAKSANA DALAM MENGURUSKAN SEMUA PERKARA INI. KALAU MAHU, LF BERSEDIA SHARING PENGALAMAN LF YG TAK SEBERAPA DGN AZIE (TAPI BUKAN DI ALAM MAYA).... ANTARA KOMITMEN KERJAYA DGN T/JAWAB KELUARGA. TAKE CARE !

    ReplyDelete
  5. Kenapa azie cakap azie sengkek dan hina tapi pada kak Zai azie kaya dengan budi bahasa. Allah tak jadikan manusia berdarjat segala cuma manusia aje yang terkadang lupa diri.

    ReplyDelete
  6. dewan klinik atau hospital 24jam boleh mngsyuarat

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Azie..
    Jika taksilap akak..
    Azie ni pd kawan2 umpama lilin membakar diri dan menerangi orang lain..
    Walau kita tak rapat..
    Apa yg akak nampak dari yg akak baca... Azie mmg begitu.

    ReplyDelete
  9. Terimakasih atas kata-kata semangat. Sebenarnya tak terniat pun sebegitu, tak minta pun simpati atau perhatian. Sekadar luahan hati sendiri saja. :)

    ReplyDelete
  10. sskali keluar dgn kwn2 best juga..
    Sibuk mcm mana pn kesihatan kena jaga ye.......

    ReplyDelete
  11. for me, akak seorang yang pandai mengatur dah menguruskan urusan kerja dengan keluarga. syabas kak

    ReplyDelete
  12. Siapa yang mampu mengukur kekayaan dan kesengkekkan kita. Kaya bukan utk menunjuk2, miskin bukan semestinya meminta2.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails