Monday, January 9, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa: Dapur Kayu

Assalamualaikum
Senin
09-01-2012
*scheduled post


Dulu, kami memang hanya berumah kayu. Langsung tiada simen kecuali tapak tiang rumah.


Masa mengubah kehidupan dan resam orang dulu, perubahan bentuk rumah selaras dengan gaya hidup yang lebih baik, berlangsung bertahun-tahun.

Aku melalui banyak fasa perubahan rumah sebelum kami akhirnya tinggal di rumah kampung yang luas besar dan 2 tingkat! Arwah AYAH dulu, sangat menjaga rumah yang menjadi harta pusaka hari ini.

Masa kecik, MyBONDA memang latih kami semua guna dapur kayu. Bahan kayu api adalah ranting pelepah nyor, tempurung kelapa kering (dijemur), sabut kelapa yang mesti dijemur juga — berasap bila bakar boleh halau nyamuk, dll kayu kering, papan kecik, daun kelapa kering...

Hari ini mana lagi nak tengok dapur kayu, ada abu, ada atang...

Tapi aku jumpa dapur kayu juga — selepas lebih 30 tahun! — di rumah ANYSS. Walaupun dapur kayu ini katanya jarang sekali digunakan, kerana mereka gunakan dapur gas, dapur kayu ini tetap masih berfungsi sekali sekala terutama untuk memasak lama seperti merebus tulang... (rumah ANYSS wpun rumah kampung tapi moden, ada shower air panas lagik!)




Pertama kali melihat, terkejut tak sangka dapat melihat lagi dapur kayu sebegini. Masa tu terharu dan sebak pun ada. Terus teringat zaman kecik dan zaman anak dara dulu. Bagai terbau di hidung, bau arang dapur kayu... bau tempurung dan sabut dibakar... enak sungguh masak nasi guna dapur kayu.


Kenangan mengusik jiwa!


Perubahan dan kemajuan hari ini masih tidak mampu membunuh nostalgia dalam ingatan seorang aku....!



~...bila Pak Utih tidak langsung membenarkan HISYAM mengikutnya mencari kayu api di pinggir hutan dara, SERI BULAN sudah tersengih mengerti akan sebab dan alasan kerana Mak Utih pernah menyebut tidak mungkin HISYAM boleh mengenal mana akar hendak ditarik, mana kayu hendak ditakik dan mana pucuk hendak dijolok...~










16 comments:

  1. sy puas gn dapur kayu ni sbb mama jual kuih...

    ReplyDelete
  2. ni dapur yg ade sentimental value ni kak....

    ReplyDelete
  3. Nasi yang ditanak di atas dapur kayu memberikan aroma yang berbeza. :)

    ReplyDelete
  4. buluh buat tiup kayu takde ke? uuu pedihnya mataaa

    air yang dijerang pon rasa lain sikit...

    ReplyDelete
  5. kat rumah mak saya ada lagi..... buat bakaq bahulu... tapi la ni nak mkn beli ja yang dah siap/....

    ReplyDelete
  6. Azieeee,, saya rindu kampung halaman.. Rindu arwah mak ngan abah... Rase terhidu bau asap dari dapur bila mak menanak nasi..

    ReplyDelete
  7. jarang dah orang guna dapur kayu ni...jika ada harus dijaga untuk ditunjuk pada anak cucu kita nanti...

    ReplyDelete
  8. barang2 ni sekarang hanya ada dalam museum, susah nak cari org pakai..

    ReplyDelete
  9. betullah kat kg suami pun kalau rebus tulang atau daging dalam bilangan banyak dapur kayu digunakan...jimat gas...

    ReplyDelete
  10. teringat arwah nenek sebelah bapa tiri aina. walaupun ada dapur gas dia tetap guna dapur kayu utk masak nasi.

    ReplyDelete
  11. Kak Zai juga pernah menggunakan dapur kayu walaupun masa tu dah ada dapur minyak.

    ReplyDelete
  12. kat umah mak CA masih ada dapur kayu . Digunakan untuk masak benda2 yang perlu masa yang lama. Selalunya guna untuk bakar membakar...

    ReplyDelete
  13. teringat zaman kecik2 dahulu,,,merasa dapor kayu rumah arwah nenek,,,,,

    rindukan masa itu....

    ReplyDelete
  14. kenangan indah begini memang takkan dilupa, kan :)

    ReplyDelete
  15. azieazah - dulu masa sy kecik dalam umut 5-6 tahun kat kg masih guna dapur kayu cam ni..kesian kakak2 saya sampai hitam hidung dia terkena arang kayu masa nak meniup api..hahahaha nostalgia sungguh kan

    ReplyDelete
  16. masa kecik2 dulu arwah moyang yang jaga bila ayh & arwah mak g motong getah. ingat lagi dapo kayu moyang... tiap kali nak idupkan api, kene tiup guna buloh...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails