Thursday, January 5, 2012

Bazaar Tok Guru: Sendat Sampai Bumbung!

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt
05-01-2012


Selesai lunch di Restoren Cikgu, agenda lawatan diteruskan.

Kerana kami tidak terikat dengan jadual orang, masa diurus sendiri sahaja, maka kami bebas hendak singgah mana pun, berapa lama pun.


Sebuah hotel yang masih dalam pembinaan.



Mungkin ramai tak tahu, di Kota Bharu (mungkin di seluruh Kelantan), setiap papan tanda pejabat atau premis perniagaan (iklan) mesti ada tulisan Jawi bersama. Selaras dengan Kota Bharu Bandaraya Islam. Bagus kan? Jika tak mahir Jawi, tulis Rumi dapat memberikan maksud.

Agenda seterusnya shopping di Bazaar Tok Guru. Tempat membeli-belah yang baru dibuka. Bazaar ni seperti aked di Jalan Tunku Abdul Rahman, KL. Penuh dengan pelbagai jenis seribu satu macam jenis pakaian, kain-kain ela... dll. Makanan saja yang tidak kelihatan. Tingkat atas kami tak naik, kecuali ANYSS yang bersolat di surau tingkat 2.


Sekali pandang macam kompleks Tanah Abang di Jakarta, kan?


Kena pandai tawar menawar.


Hasil buruan, sendat sampai bumbung! Bonet dah penuh tuh.



~...JALIL masih menaruh dendam rupanya, lalu bila dia sebenarnya lebih pengecut dari penakut, anak dara Pak Imam diangkat menjadi sekutu...~









12 comments:

NzA said...

wah, borong sakan nmpk...jgn dgn tuan kedai diangkut skali dh...he.he.he...

Citarasa Rinduan said...

kalau ayu kesana.. agaknya semua ayu mauuuuuuuuu

Ati Masrif said...

kalau ke klate tak sah kalau
tak berabih duit bershopping
teringin benor nk shopping pinggan
mangkuk kat sana :)

wanG said...

borong jangan tak borong..hehe..

azieazah said...

NZA:
Ndak... tapi tuan kedai tak mo ikut. hehehe



AYU:
Kalu larat borong, angkutla semua.



ATI:
Memang tak sah. Tapi Kak Azie rasa pinggan mangkuk sesuai di sini berbanding Langkawi. Sini lebih murah.

kakcik said...

Dah lama kakcik tak borong Toto/Narita...

KhaiRin - anies said...

soping sakan ye?

@cu SaYaNg said...

mak oi..shopping!!! banyak gile borong TOTO..hehehee

Yunus Badawi said...

tu día... borong sakan nampak hehehe

Ann Ishak said...

Sian yg duduk belakang tu...mcm tersepit je hihihi

azieazah said...

KAKCIK:
Saya beli lebih untuk spare jika ada tamu juga nak bawak balik kg nak menginap senang.



KHAIRIN:
Sakan tak sakan juga. Ada lerrr.



ACU:
Memang toto tu antara barang yang dihajati nak beli di sana.

azieazah said...

YUNUS BADAWI:
Hahahaha..



ANN:
Tak la. Saja menyepitkan diri sendiri tu. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails